Wednesday, June 30, 2010

surah al mu'minun

Surah al mu’minun
Surah ke 23

Diturunkan di mekkah 118 ayat

1. Al-mu’minum (perihal orang2 yang beriman)- kerana sifat2 mereka dan balasan yang sebaik2nya yang mereka dapati ada disebutkan pada ayat 1-11

2. Intisari kandungan ayat :-menerangkan bahawa orang2 yang beriman yang tetap Berjaya dan diredhai Allah swt ialah mereka yang mengerjakan sembahyang dengan sempurna dan khusu’,yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perbuatan sia-sia, yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakatnya dan menjaga kehormatan nya dan perhubungan yang haram dan yang manjaga amanah serta menepati janji

3. Setelah menerangkan perihal kejadian manusia dan ni’mat2 yang telah dikurniakan kepadanya,dan kisah-kisah nabi2 yang telah lalu besama kaum masing2,lalu menerangkan perihal nabi Muhammad saw dan golongan kafi yang menentangnya

4. Kemudian , menerangkan bahawa harta kekayaan, anak pinak yang ramai pangkat kebesaran dan pengaruh kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah st kepada golongan ingkar tidak bermakna bahawa Allah memberikan mereka kebaikan,bahkan pemberian yang demikian mrupakan uian adakah mereka menghargai dengan bertaubat dan bersyukur, atau mereka bertambah dosa dan tenggelam dalam kesesatan yang mereka pilih

5. Ditegaskan pula bahawa dalam islam.tidak ada perintah2 Allah yang menyusahkan atau memberati. Orang yang sihat dan orang2 yang uzur, masing2 dapat mengejarkan sekadar kemampuan dan kesanggupan

6. Surah ini diakhiri dengan memerintahkan Bfinda saw dan umatnya ,supaya sentiasa memohon lkeampunan Allah ‘azza wa jalla dan rahmatnya semoga mereka selamat sentosa di dunia dan akhirat

Tuesday, June 29, 2010

siapa yang bakal menang?-rugi kalau xbaca!

bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum..

(Aku bukanlah pengulas sukan yang baik…, dan ini adalah ulasan ringkas dari aku sempena piala dunia 2010..)

Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam pakat pakat tidur awal dan bangun awal pula di pagi hari untuk solat tahajjud, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah jauh-jauh tinggal anak bini.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...

Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerinatah ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa ganguan.., bayangkan..

Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa ganguan, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..

Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirlan tuhan, korang ikut berdakwah dengan jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku ma cam ikan dalam peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu...

Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...

1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (maaf jika fakta sains aku tak tapat, moral: jangan ponteng kelas sains)

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun tu, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana ugama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjaman islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan islam hadharipun ada..,

Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?

Mana pergi rakyat malaysia yang berugama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché)

Lepas solat, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... Brazil lawan Chile...


Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majils bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..

Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasara islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”

Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, dakyah yahudi dan kuasa boikot.., korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..

Dah agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil membaca komik, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..

“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Naruto dari kampung Kanohalah”
Terkejut berok korang dibuatnya, Naroto menanang gapo tu? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam komik yang dipegangnya .., “tapi Sasuke juga kuat bang, nenek Tsunadipun, Rock lee pun kuat, Akatsuki tak payah cakap ler, menang kuat sangat, Gaara lagi, dia tu Hokage.., Kakashi, dan pakcik Jairayapun.., semua kuatlah bang..

Araghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dan sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..

Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader yang sedang minum air teh tarik..

“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”

Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korangmejawab, brader tu dah jawab dah..,

Brazillah paling kuat bro, Pentacampeão! dah 5 kali dah mereka menang piala dunia, bab kata pepatah: The English invented it, the Brazilians perfected it.., tapi portugalpun kuat.., bla bla bla..

*******

Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Majid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!

“GOAL!!!”

Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , mennyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...


*****

1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakayt Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin? Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended
animation


Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik...

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..

Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?

Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi.. “bola..bola..bola..”.., “peteh Malaysia peteh..”

Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!!!!

Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,

“bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”

Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 4 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2010.., dunia belum kiamat..

“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”


“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok final piala dunia..”

“Oh, ye ke?,”

Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...

Siapa yang bakal menang?

Brazil atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh nanti..

SEKIAN, laporan sukan dari keretamayat.

Ps:Aku doakan korang sembuh dari demam bola dan dapat demam ugama, dan mati kerana demam ugama.., amin.., errr, doakan aku sama..., isk..!


dipetik dari : http://keretamayat.blogspot.com

beza antara suka cinta dan sayang

bismilahirahmaniahim

assalamualikum

Beza antara suka, cinta & saying
Di hadapan orang yang kau cintai,
musim dingin berubah menjadi musim semi yg indah,
Di hadapan org yg kau sukai
Musim dingin tetap saje musim dingin hanya
Suasananaya lebih indah sekali

Di hdpan org yg kau cntai
Jntgmu tb2 bdebar lbh cpt
D hadapan orag yang kau sukai,
kau hnya merasa senang dan gembira saje

Apabila engkau melihat pada mata
Orang yang kau cintai,matanya berkaca2
Apabila kau melihat pada mata
Orang yang kau sukai,engkau hanya tersenyum saje

Di hadapan orang yang kau cintai
Kata2 yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam
Di hadapan orang yang kau sukai
Kata2 hanya keluar dari fikiran saje

Jika orang yang kau cintai menangis
Engkau pun akan ikut menangis di sisinya
Jika orang yang kau sukai menangis
Engkau hanya menghibur saje

Perasaan cinta itu dimulai dari mata
Sedangkan rasa suka dimulai dari telinaga
Jad ijika kau mahu berhenti menyukai seseorang
Cukup dengan menutup telinga


Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dari
Orang yang kau cintai,cinta itu berubah menjadi
Titisan air mata dan terus tinggal di hatimu


Dalam jarak waktu yang cukup lama
“tetapi selain rasa suka dan rasa cinta…
AdA PERAsAan lain yang lebihh mendalam
Iaitu rasa sayang….
rsa yang x hilang
Seperti rasa cinta yg xmudha berubah.
Perasaan yang dapat membuatmu berkorban
Untuk orang yang kamu sayang

Maffu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi
Cinta ingin dimiliki…..
tp sayang nya ingin
Melihat orang yang di sayangi bahagia..
Walaupun harus kehilangan…


::bintuawang::


wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali Ra

bismillahirahmanirahim

assalmualikum

kata Nabi Saw

Wahai Ali, bagi orang yang mukmin ada 3 tandanya
: tidak terpaut hatinya pada harta benda
:: tidak terpesona dengan pujuk rayu
::: benci terhadap perbuatan dan perbualan sia-sia

Wahai ali bagi orang ‘alim itu ada 3 tandanya
: jujur dalam berkata-kata
::menjauhi segala yang haram
::: merendahkan diri

Wahai ili,bagi orang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
: merahsiakan badahnya
:: merahsiakan sdekahnya
::: merahsiakan ujian yang menimpanaya


Wahai ali, bagi orang yang taqwa itu ada 3 tanda2nya
: takut berlaku dusta dan keji
:: menjauhi kejahatan
::: memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharamann

Wahai ili,bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda2nya
: mengawasi dirinya
:: menghisab dirinya
::: memperbanyakkan ibadah kpada Allah swt

.::bintuawang::.

Monday, June 28, 2010

kisah aku 20 tahun dulu : episod 7

bismilahirahmanirahim

assalamualaikum wbt

aku nak smbung crta nie..kalu boleh nak hbskan cerita nie sebelum 6 julai 10 ni

masa nak tunggu result SPm aku apply nak masuk kulliah al lughah wadin sultan abu bkar pekan pahang,..ambik sijil tinggg malaysia..stam..ha yang nie part best juga nak berlagak nie.
emm sekolah nie hanya untuk tingkatan 6 je..dan budak2 yang masuk sekolah nie adalah semua budak dari sekolah agama seluruh pahang..so bayangkan lah berapa raminye budak2 kat sini..dan sekolah nie bersebelahan dengan istana sultan pahang..

ni nak bgtau 1 rahsia...disebabkan sek 2 sebelah istana..jadi kalu sultan dan kerabat2 dia balik ke istana 2.maka sekolah kami akan keputusan bekalan air..kesiankan..kadang2 ade yang 2 hari xmandi.hahahah

emm msa kat sini pun aku agak terkenal juga 2..ni semua gara2 serong cingu aku nih...emm lpa nak crta.aku ukkelas istiqamah..kelas dalam rnking terbaik.disebbkan rmai bdk2 cerdik kat situ..so kelas bdk crdik ade 3..fatonah.insyirah dengan isriqamah..

masa exam penggal 1 aku dalam rangking sepuluh sekolah 2..dan sbb 2 aku galmour..hahaha

masa bulan 5 2,kawan aku ajk g on9 kat cafe kat sek..emmm gcheck result upu...ha ni lagi 1 cerita
ebnrnye yang isi upu aku 2 akak aku..kak zah..dia yang isi semuanye..dan aku xambilpduli lansung sbb dlu ku ade gak cita2 nak g mesir nie..sbb 2 aku mintak ambik stam..

so bli aku check aku dpt..aduh uia plak 2..emm aku tlfon mak aku..ckp aku dpt uia..mak aku ckp ha blik la..ishh..aku xnk sebnrnye blik sbb cte aku 2..aku siap2 nangis lagi nak xnk masuk uia..emm masuk blik..smua tnye aku pnya upu..aku ckp r dpt..so smua org duk tnye aku nk g ke x..dan yang paling keras xbagi aku keluar sek 2 ust yang ngjar adab nusus au dgn sir misykatuddin r..ust 2 siap ckp lgi kat aku..nnti sye keluarkan surat kat mak awak yang awak nie calon mumtaz ..rugi kalu kuar..last2 aku keluar jge sek 2...aku g hntr buku teks kat kelas.. dan yag pastinya ckgu2 ustazah2 kat situ trkejut dengan keputusn aku..aku wat gempak plak..emm ustzh smpt pesan lagi kat aku...
::be you self.jga diri dan jangan mudah terpengaruh dengan dunia fantasi dan ingtlah akhirat adalah destinasi kita::

hehehe.keesokkam hri 2 ada ujian muet betulis..lpas hbs muet.aku tlfn mak aku suh dtg ambik.dan sebnrnya aku terklpa nak gtau mak aku yang aku nak kuar sek 2..2 yang tegopoh gopoh 2...bnyak brg aku tinggal kat sana..bgi2 kat orng je..main sumbat2 je barang dan kebetulan msa 2 mak aku otw balik dari konvo akak aku kat negeri sembilan..konvo polis..

aku balik rumah..rehat2 aku pun wat la persiapan nak g uia nie..(padahal bukan aku)semuanya akak aku yang buat..dri senrai brg nak beli cme kms2 brg aku je yang wat dan g beli bang of course la aku..percye ke x..aku g bli smua brg aku kat kota bhru..hahaha

xade r..mase 2 kbulan kmi semua balik kelantan..cucu mak aku aka ank sedre first aku kawin..so aku g ronggeng2 dengan akak aku kat kb..dan semua brg bli kat sne...

sampai mase la nak regester masuk uia nie..kat nilai..emm aku g sne dgn mak aku,akak dgn abg serta ank2 dia r..yang pasti rmai teman2 membwa ayah mereka bersma...

huh lme gler bak regester..aku regester pkul 2..so pgi 2 ni jln2 kat nilai 3 dgn nilai petak aka nilai square..bli la sehelai 2 kain kan..

pas2 aku regester masuk dkt E37..part ni aku xska r..nak berknal knlan nie..aku nie susuh skit nak tgur org dlu..dan org pertma aku tgur ialah timah kb..huhuh sbb aku lupa kat mene aku ltk hp ak..suruh dia mcall hp aku..pas2 ak knl siti hazimah kak chick dan rmai lagi r..dan kwan baik aku masa ni nur fakihin r...kmi mkn same2..smua same2 r.aku blh baik dgn dia sbb dia duk ats ktil aku....

gedebas gedebus..hbs aku setahun kat sini...pasni smbung kat sni untuk tahun ke 2 palak dn aku ambik short sem...

tunggu la kejadian2 seterusnya...

aku mahu tinggal di dalam dunia sujudku

bismillahirahmanirahim

assalamalaikum..dan selawat serta salam untuk nabi Muhammad saw..




Suatu malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit. Apabila aku mendongak tenampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan.

Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku:

"Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak. Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan.

Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya:
"Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:

"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab:
"Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!

" Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali.
Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali. Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!" Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi: "Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?" Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi... " Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda." Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga.

Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu... Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta.
Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi. Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku. Pada Asma aku berpesan,

"Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

4 cara tidur

bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan salam swjahtera..

TIDUR PARA NABI
-Tidak terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH
-miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
-miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak di makan

TIDUR SYAITAN
-menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka

:::Semoga maklumat ini menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mangajrnya meskipun dia sudah mati:::
.::bintuawang::.

Sunday, June 27, 2010

kisah aku 20 tahun dulu : episod 6

bismillahirahmanirahim

salam seharum syurga

kisah aku 20 tahun dlu kembali dengan episod yang ke 6
emm masa episod 5 aku jnji nak crta yang aku jmpa sultan pahang kan..kehkeh keh..

em masa 2 aku tingkatan 3..
kat seklah aku berlaku kejadian buli yang gempak sekali..masuk paper beb..tv..nsb baik muka aku xmasuk tv..em terselit sikit dalam surat khabar ade kot..hahahahha

emm aku mls nak ulas banyak r pasal kes nie..yang pnting aku tahu yang kwn2 aku 2 xbersalah..hehehe..emm..

dek kerana bengan ke entah apa..emm sek kmi 2 sebenrnye ank angkat sultn pahang so bdk2 yang bljr kat situ akan jdi ank angkt sultan pahang..tpi aku xngaku r dia ayah angkt aku..huhuh sbb 2 bila sek kmi masuk brta pasal kes buli dia(sultan )2 sibuk2..
emm yang aku plak boleh terlibt sekali sebb aku pengawas sekolah..so masa 2 kitaorg dkt 2mggu xdpt bljr dengan sempurna sbb ckgu2 sbk dengan persiapan sultn nak dtg..yang kwn aku nie dia kene ngadp sultan so dia kne bljr la plak adat2 istina-heheh istana..

pada hri yang ditunngu seawal 8;30-9 pagi kami dh jdi mcm patung berdiri di tgh terik cahaya matahri..jdi acer-btul je eje ni- smbut sultan..masa 2 xpuas hati gler..masa sultn smpai..aku nmpak dato' hisamuddin..ah gler putih dato; nie,,tgk kt tv biase je..
mase sultan kat sek kmi dia asyik mrh2 je..dah 2 wartawan 2 entah ape2..sbuk..heheh

emm tingkatan 3 berlalu begitu saja..masa dah nk pmr kelas kmi dpecah pechkan..jdi4 kelas..so kelas aku yang perempuan tinggal la aku dengan geng2 aku je..yang laki punya la rmai..tpi kmi xpernh kna buli...

bila result pmr kuar..aku berkira2 nak smbung cite2 aku jdi _____:secret: tau xleh gtau..masa 2 dpt tau kat maahad sultan ahmad shah addini (sek dia) ada offer aliran sains nie..so aku boleh ambik sma dengan dgn aliran sains dlm 1 masa..so kmi(biasa r kwn sejati)pakat2 nak pndah sekolah..
so aku yang dulu berbaju hijau(pengawas sek)kini berbaju ptih..

xsmpai seminggu aku sekolah kat sana..aku talifon kak tie..naj balik..hehhe..aabg hlim dtg ambik aku..dan aku kmbali sekolah kat sekolah lme aku..

1st day masuk sekoah pakai bju putih..huhu..bestnye..dan yang pling best..budak2 laki duk usik aku..hahha.'eh2 dah tukar putih...xlwa la..tukar la hijau balik..pelik je kmi tengok bju putih nie"

huhuh..masa nak blik..aku dgn kwn2 aku lepak kat kantin..ttbe dtg ust syukri (ckgu disiplin) dan berlaku la dialog lbh kurang mcm nie

ust: eh fidah..xperasan..bla blik smula ke sni
aku:eh ust perli plak
ust :eh knpa pkai bju putih..esok pkai bju pgawas blik
aku: mana ade dah ust bju hijau 2
ust:knpa?kmu buang kemana bju kmu 2?
aku: ade je..kat rumah mak
ust:xkira.esok pkai bjuhijau jg..suruh mak kmu kirm bju 2..
aku: xnok la ust..best bhu putih nie..bersih dan suci
(aku mmg ska melawak dengan ust nie pun:dia duk dkt je dgn rumah akak aku:selalu je ust nie dtg rumah akak aku)

so esok 2 aku pkai bju putih lagi..kat perhimpunan..pnolong ketua pengawas 2 panggil aku ckp tungu lpas nie..emm pas2 kwn aku..zawil saleha ckp..hehehe..bju putih tukar bju hijau smla..
nak tak nak aku jdi pngawas blik...
smpai la tingkatan 5..dan kerana kmi semua sek kmi dah aliran sains dan kmi adalh batch pertma yang duk kelas 2 seramai 14 orang..

emm masuk tingkatan 5 ade jubli emas sekolah..emm aku mls nak crta bab nie sebba ku xsuka sebb peristwa nie myebbkan aku jdi bnci gler pgawas....hhahaha...tpi bgs jga..peristiwa nie dah bka mte sesorg untuk nilai org yg dia anggap baik slma nie..
emm masa ting 5 aku ditwarkan jdi penolong ktua pgawas dengan syrt aku kna duk asrama..aku xmau..jadi aku dilntik jdi bendahari...

ok pent dh menaip..nnti tunggu smbungan nye..aku rse crta nie mkin bosan plak..huhuhu

::bintuawang::

Saturday, June 26, 2010

aku cinta padamu


bismillahirahmanirahim

salam secantik bunga mawar

emm aku dah jatuh cinta r..baru sekarang saya sedar yang saya begitu mencintai mkhlik ciptaan Allah ini..selama ni saya tak tahu yang saya begitu minat dekat dia.sampai la saya check2 laptop saye dan terjumpa begitu banyak dia dalam latop saya..lama2 pandang dia..hati saya mula jatuh hati dan cinta pada dia..dia adalah bunga MAwar atau bunga ros..

xtahu saya begitu saynag dengan bunga nie..cantik sangat..dan sekarang..koleksi ku..bertambah lagi 1 dalam senarai...
BUNGA ROS

emm pasni birthday saya nnti pakat2 bagi bunga ros erk...hahahahha..just joking...

kata orang bunga ros nie bawa seribu makna..sejauh mana betul 2 tak tahu la kan..

Sekarang mari kita lihat pula apakah lambang warna bunga ros.

Sekuntum mawar mampu memperkatakan pelbagai makna. Bagaimana pula dengan sekuntum bunga mawar yang berlainan warnanya?






mawar merah

•Sekuntum mawar merah menyatakan: “Aku cinta padamu (I love you)”



•Sekuntum mawar putih membawa maksud: “Perasaanku amat mendalam






mawar kuning

•Sekuntum bunga mawar kuning menjelaskan maksud:
“Dirimu membawa kebahagiaan ke dalam hidupku” atau makna persahabatan


mawar merah jambu

•Sekuntum mawar merah jambu menyatakan bahawa: “Aku suka padamu”

•Sekuntum mawar jingga membawa maksud:
“Aku amat berbangga akan dirimu”




mawar peach (rasenye ni warna peach)


•Sekuntum mawar peach (warna apa dalam bahasa Melayunya ya? isk…ckLah, tolong!tolong! ) bermaksud: “Terima kasih” ataupun
“Saya amat bersimpati padamu”



mawar biru


•Sekuntum mawar biru menyatakan:“
Kau umpama sebuah mimpi yang tak mampu kugapai.” (Syahdu, gitu…!)

so pasni kalu sape2 jumpa bunga mawar 2 mesti ingat kat saye..dah r kalu tengok bintang malam2 ingt sye..pas ni bunga mawar pun mesti ingat saya...(perasan giler)-padahal xade oang pun nak ingta kat sye kan :-(



setakat mana betul fakta ini wallhu a'alam.em mohon kemaafan kalu tersalah fakta..

kadang2 kita pandang dan nililah ciptaan Allah yang maha Agung ini..dan sebenrnya Allah tiak menciptakan sesuatu itu sia-sia..hatta seekor semut pun ade sebb kenapa Allah menciptakannye..begitu jua dengan cacing dan begitu jua dengan bunga mawar kesayangan ku ini..jadi pandang2 dan renung2 kanlah kejadian di sekeliling anda...


::bintuawang::

kisah aku 20 tahun dulu : episod 5

bismillahirahmanirahim

salam kesihatan buat semua..
indunya aku kat kawan2..sekarang tentu semua sahabt2 tengah membilang hari nak sambung beajr kat ipta yang dipohon kan..ade dpt jadi ckgu..xkurang juga jadi doktor..
ape2 pu tahniah buat semua

ok kita sambung cerita kita

emm bila aku masuk sekolah menengah..akak aku pilih aku masuk sekolah agama..aku macam biasa mengikut jela..mula2 excited juga nie..
ehhh aku lupa nak cerita sebelum nie..yang aku ade 3 orang anak sedare yang sama umr dengan aku..heheh..

-wan-sekarang kat mesir (sekolah rendah sama dengan aku, anak abg tiri aku yang ke 3
-siti aminah- sama sekolah rendah dengan aku,sekarang kat utm ke uitm..xingt-kat skudai johor-dia mmg cerdik r..dan dia mmg akan jadi pesaing aku..-xslp ambik engeniering kat sana, anak abg tri aku yang ke dua
-nur nabila huda-aku sama sekolah menengah dengan dia tpi xpernah sekelas..anak akak aku yang pertama..tarikh lahir kami pun dekat2 je

em masa nak daftar kat sekolah 2..siyes we aku g daftar sorang2..mak aku bagi duit kat aku suruh bayar yurn..pas2 akak aku.kak tie hantar aku sampai kat pintu pagar je..and then aku tunggu akak aku yang pertama tu..kak ini..yela dia nak daftar ank dia juga kan..aku g tengok nama aku then kami kelas lain2..so aku kena g daftar sendiri r..dan yang paling cipta rekodnya aku duk kelas last sekali..hahah..sejarah betul dalam hidup aku..mana pnah duuk kelas last..
semua nye kelas 1st..
cme masa darjah 1 kelas 1 cempaka..

masa dftar 2..cikgu asiah tnye aku..mak xdtg ke..aku jwb x..2 je...pas2 aku "terkontang kanting"..aduh..kak ini dah balik..nabila plak dengan kawan2 sekolah rendah dia..hehehh..aku xade kawan..

yang paling hebat..sekolah nie xada la besar sangat..ku lupa jlan nak balik..puas aku pusing sekolah 2..heheh..last2 ade makcik 2 tgh jalan aku pun ikt je mak cik 2.jmpa juga jalan balik..heheh

aku g skolah jalan kaki je..aku xduk asrama..dri sekolah nie la banyak mengajar aku untuk lebih berdikari..apa2 event kak seklah mesti mak aku xdpt datang..apatah lagi kaka aku..emm aku sebenrnye xade r rpt sgt dengan ank sdre aku nabila 2..jarang bercakap akmi nie..dia pun mcm anggap aku ni musuh dia..heheheh..sebb aku jdi pesaing dia....
mcm aku pernah ckp semua event kat seklah xade org datang altough ak yang dapt hadiah..kekangan jarak dengan masa kot myebbkan mak aku xdpt dtg..

so hidup aku masa 2..masa sekolah nie..pagi sekolah..petang aku ade kelas tmbahan..biasanye sains sebb biasa la skolah agama..22 subjek yang kne pegang..so masa mmg xckp r..
petang aku tgk tv..crta china..huh..masa nie mula ak jtuh cnta dengan crta cina nie..mlm aku study..

masa aku nak ambik pmr lagilah aku sibuk..siang malam aku kelas..tpi 2 la..hidpa ku seksa gler..mlm xade org nak hntr aku g seklah..aku tmpang kawan aku..
emm lpa nak ckp aku mmg bdk skema kat sekolah..hahaha..mcm aku crta msa aku form 1 aku kels hujung sekali kan..kelas ke lima..bukan nk bgga kan..masuk tingkatan 2..aku masuk tingkatan 2 ehsan..emm 2A..siap jdi dhobit lagi..emm pengawas sekolah..hah! jangan terkejut..ranking num 10 dari semua 130 org plajr..hebat kan..mg glamour r aku masa 2..mane prnah cpta sej kat sekolah bdk 1 E masuk 2A..heheh..dri senior smpai ke junior sampaila cikgu2 knl aku..dan tmbah famous lagi aku dapt 99 untuk markah insya'..ckgu kelas aku ckp xpernah terjadi lgi kat sej sek nie...so..siyes wei aku bangga gler masa 2..

emm korang mesti bertambah xpercye bila masa aku kat 2A 2 exam pertengahn thun aku dpt num 4 dan akhir thun num 3..hahahah..hebt xaku..2 sbbnye aku glamour kat sekolah 2..dan ..majoriti budak kelas 2 ank cikgu..dan masa 2 la aku knl insan2 yang bernama

nur ili nt zulkipli-skrg kat msu ambik medic
wan aisyah wan abu bakar-msu medic
ainin nadzirah hairal nuar-kat upm pendidikan
saidah nusailah mokhtar-kat udm- ambik ape enth..sush eden nk myebut..
siti fatimah-sekarang ambik nursing
nor syahirah-dengar crta um
mnirah hayati..usim
dan jejaka tampan semalya..
audi
shahir
aimi
amin
dan amir
ni semua bdk2 kelas aku yang maintain smpai form 5

ok masuk tingkatan 3..aku rse mcm crowded sgt kelas aku 2..mase nie bst crta..masa nie aku digosipkan dengan firdaus ghaffar..diorg ckp elok dah fida..fidaoh.dan masa2 firdaus bru je jdi pengawas..emm mse 2 urus masisupa..so slalu la nmpak muka busy dia 2..
mmg truk r kitaorg jna gosip..emm ingt lagi ainun dengan zul..aisyah dengan rahman..rmai lagi r..dan si pidaoh nie lagi org ejek lagi dia mengiyakan..mana la xmalu muka aku masa 2..

eh2..tulis2 nie xsdr dah pnjg dah..nnti smbung episod lain ye..episod aku gadap sultan pahang,dato' hisamuddin dan lain2...

::bintuawang

kisah aku 20 tahun dulu : episod 4

bismillahirahmanirahim

salam rindu buat semua

semga doa kalian sentiasa bersama saya



hari nia nak sambung catatan perjalanan hidup aku 20 tahun dulu

dah lama xmenyambung sebabnya kekangan kesihatan..



em episod 3 hari 2 berakhir dekat cerita pagi2 kena tolak kereta dulu kan sebelun g sekolah..



emm aku masuk darjah 3..tahun 1999

tahun sejarah kepahitan..



sebelum 2..nak flash back jap..pasal masa tahun 1998..masa tahun nie..

masa aku darjah 2..aku pernah jatuh dari satu tempat dalam rumah akak aku..(depan rumah mak aku)..sekarang rumah 2 cikgu yang tinggal..dijadikan rumah sewa..masa 2 rumah 2 dalam proses pembinaan lagi..aku main nyorok2 masa 2..aku terjatuh lalu tangan aku patah..dalam 2 bulan juga aku x ke sekolah...cuti..mak aku bawa aku balik kelantan..berubat kat sana..bila sedare2 cadangkan bawa aku g hospital..ade yang xsetuju sebb mungkin nnti tangan aku kena masuk besi..kebetulan mak aku dah fobia dengan masuk2 besi nie..sebb abg gg pun pernah kne masuk besi dulu..sbb kne langgar dengan kereta..



kesan dari aku patah tangan 2..kini tangan kiri aku lebih pendek ari tangan kanan dan tangan kiri aku x boleh nak menyentuh bahu kiri aku..xsampai..dan ade tulang(boleh nampak) kat siku aku..tulang 2 timbul..dlu cikgu bio aku cakap kalu g hospital nie bolah je adjust tangan awak nie...



emm masuk darjah 3..aku xbyk kenangan darjah 3..tpi satu peristiw yang aku rase aku xkan lupa sampai bila2..

tarikh 7 okt 1999 pukul 6.05 petang...aku kehilanagn insan yang bernama ayah..awang bin ismail hanya tinggal dalam kenangan..

menurt cerita2 yang sohih..ayah aku dah lama sakit..sakit tua..dan aku masih ingat cerita mak aku..

"emmm dulu rumah kitaorang buruk je..sebelum arwah pergi (masa tengan sakit-dah xboleh berjalan) arwah mintak mak aku repair rumah 2 jadi lawa..so rumah yang aku tinggal sekarang hasil dari permintaan ayah aku..dan dia juga minta wat 1 paip kat bawah untuk senang dia nak mandi-sebb sebelum nie kami angkut air- tapi sayang..arwah hanya sempat gun sekali je paip 2..sebab Allah lebih sayangkan arwah dan sekarang paip 2 masih ade..



one more thing-dulu rumah aku ade telaga..tpi aku dah xingat r aku pernah mandi kat telaga 2 ke tidak-



sejak rwah pergi..akak aku masuk asrama..dan abg gg duk kat padang tengku-pindah sekolah duk dengan kak tie..so tinggal la aku sorang2..

kak nik masa 2 tolong my mum berniaga..kak nik memang seorang yang kental dan dialah orang yang paling banyak berjasa-tpi sayang hidup dia sekarang xseindah dulu-pendapat aku je-hakikat aku xtahu..

so bila mak aku keluar berniaga sayur i pasar2 sekitar kuala lipis nie..tinggallah aku sorang2 kat rumah..balik sekolah aku makan nasi dan at kerja rumah dan malam aku tidur rumah jiran aku..em merangkap abg tiri aku yang paling baik..



macam 2 la kehhidupan aku sampai la darjah 6..dan kalu xsilap aku masa aku darjah 4..kak ani khwin..masa 2 mak aku wat kerja sendiri dan akak aku ikut husband dia...dan masa aku masuk tingkatan 1 barulah kak ani balik semula duk kat rumah pusaka nie dengan mak aku..



masa aku darjah 6 dulu..result upsr kuar...mak aku xade rumah..semua orang xade..tinggal aku je..balik sekolah..kak nani (ank abg tiri aku yang ke 3) tanye ak punya result aku jwb boleh la..pas2 dia pesan suh aku takifon kak tie..sebb kak tie telefon rumah dia tdi..emm untuk mkluman masa 2 kampung aku memang sush dan ade tlifon rumah apath lagi hp..line max,cek,digi xwhud lagi kat kmpung aku masa 2..yang ade hanyalah public phone..



so sampai je rumah..siap2..aku dengar rosilawati panggil aku..ajak makan nasi rumah dia..aku ckp xpela dah ade nasi kat rumah..dia tnye aku rsult aku..aku dengan bangga tipu dia ckp 5A..dan dia mcm biasa pecye..last2 aku ckp result sebenr aku..ptg 2 bru aku talifon rumah kak tie..bgtau yag aku dapat 4A je



ok la..habis sekolah rendah..nanti kita sampung diari kehidupn aku di sekolah menengah..

::bintuawang::

5 kumpulan manusia yang menjadi mangsa kala jengking di akhirat

Rasulullah saw menganjurkan kita untuk sentiasa mengingati mati dan ada dalam satu hadis Rasulullah saw yang bermaksud ;
" cukupah mati itu menjadi pelajaran bagimu”
sesuatu yang bagi sebahagian orang amat menakutkan.
Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita menemuiNYA?

Cuba renung renungkan ini:

Di hri kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama Huraisy berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi

Malaikat jibril bertanya :”hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

Huraisy pun menjawab: aku mahu mencari lima orang.
1) Orang yang meninggalkan sembahyang
2) Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
3) Orang yang derhaka kepada ibu bapanya
4) Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
5) Orang yang suka minum arak

Tuesday, June 22, 2010

ayat kursi

bismillahirahmanirahim
salam kemanisan iman..
jom layan tazkirah pagi




Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujurn suami di luar rumah. Sebb itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.. di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

HIKMAH AYAT KURSI MENGIKUT HADIS-HADIS
Barangsiapa yang membaca ayat kursi apabila berbaring, di tempat tidurnya, Allah swt mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga Subuh.


Barangsiapa yang membaca ayat kursi di akhir setiap sembahyang fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah swt sehingga solat fardhu yang lain.


Barangsiapa yang membaca ayat kursi,di akhir setiap sembahyang,tidak menegahakan daripada memasuki syurga kecuali maut dan barangsiapa membaca ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.


Barangsiapa yang membaca ayat kursi di akhirm setiap tiap2 sembahyang fardhu, Allah swt menganugerahkan dia di setiap orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat


Barang siapa membaca ayat kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah swt mengutuskan 70,000 malaikay kepadanya.mereka memeohon keampunan dan mendoakan baginya.


Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir sembahyang Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dn di dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.


Barang siapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah swt berkenan member pertolongan kepadanya


::: daripada Abdullah bin ‘Amr r.a Rasulullah saw brsabda, sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat:::


===dipetik dari majalah suria permata KDN PP 10881/05/2010(024623) MS 58-59

aduh!sakitnye kepala!

bismillahirahmanirahim
salam kesihatan untuk semua..

aduh! sakit kepala datang balik la..macam dulu..dah 2 hari nie..
nak g klinik? malas la..nanti jumpa doktor hensem plak..xpasal2 terlepas abg enggenier..heehe...

jom kite survey kay internet da ape dengan sakit kepala nie ...

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan

Jenis-jenis Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang Tegang
:::::Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain
:::Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
>Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.
>Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
> Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok
:::Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus
 Stres
 Corak tidur yang berubah
 Alkohol
 Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
 Cahaya yang terang
 Kelaparan
 Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
 Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
 Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
 Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
 Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
 Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian
Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
 Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).
 Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
(runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
 Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.
Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
 sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
 Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
 Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.
Tabiat Baru
 Belajar untuk beristirehat
 Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
keluarga anda membantu anda.
 Senam selalu dan jadilah bertenaga.
 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
 Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
 Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
 Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
 Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
 Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

huh xsangka plak skit kepala ade kaitan juga dengan sakit tekinga...ok la..nak menyambung wat kerja yang boleh mendatangkan orang belanja nanti..ok

semoga info ini dapt membantu kite semua dalam menangani sakit kepala
info ini dipetik dari
e-self care farmasi

Monday, June 21, 2010

selamat hari bapa-aku rindu padamu..

bismillahirahmanirahim
salam rindu buat insan2 bergelar ayah


My late father ; AWANG B ISMAIL

mula2 sekali nak ucapkan
happy fathers day..
walaupun dah lpas smlm hari bpa..

patutnya post nie post semalam tpi disebabkan gangguan connection dengan internet..post nie di post hri nie..

emm sedihnya..bangun pagi2 selepas subuh..trus ligat di kepala
"emm hari bpe..spe mangsa seterusnya..nak pnjam ayah spe?
kaki laju berjalan menuju ke arah cermin..tempat letaknya bintang buatan...sye pandang bintang 2..mengalir air mata..sedih..
tangan terus laju mengambil dompet dalam tas tangan..mencari sesuatu..mencari gambat arwah cik aka ayah..sye tatap lme2 gmbar 2
bartambah syu hati..tangan mencari handphone...
>>>messegge
>>>write messegge
>>>text messegge
>>> slam _______ selamat hari bapa..sye doakan semoga bahagia dunia dan akhirat..

sye pikir byk kali sebelum menekan butang send..
xpela..xjdi..sye delete messegge 2..

dalam pkul 10 main2 hp..arhh xbest r hari nie..semua dah xade kt rumah..bosan btul..mesege ditaip lagi..tpi pada org lain..lelaki..
msg dibalas dengan ucpan selamat hari bapa untuk ayah fidah..
runtun gler hati mase 2..
sye;_____ sye dah xade ayah la...tpi xpe trima kasih..
dia: asif ukhti..ukhti ok ke?
sye: ok jela..dah biasa.lme xdgr brta?lme btul beruzlah..
dia;berjuang..sygkan ummat..
sye:emm selamt hari bpe untuk ayah ____.katakan pada ayah ____ trma kasih kerana mnjadi ayah yg terbaik di dunia nie..
dia: insyaAllah..kat ayh mentua ye..hehehe...emm org sekarang dia ade ayah xsygkan ayah..tpi bla dah xade ru nak cri2..xfhm btul
sye..hehehe..nak wat mcm ne..2 la lumrah dunia..bila ade xhargai..bla xade tercari-cri..emm ok la _____ mintak dri dlu..assalamualaikum...

kenapa manusia xreti menghargai seorang ayah..adakah mereka lupa..tanpa ayah x wujudlah mereka di dunia ini..adkah mereka nak tunggu ayah mereka xade lagi bru mereka hendak mengahrgainya? tidakkah mereka aknmenyesal pada waktu itu..
bagi yang mempunyai ayah hargailah mereka..sye rindukan ayah saya..xbnyak kenangan sye dengannya kerana dia tinggalkan sye ketika sye berumur 9 tahun..
sekarang umur sye 20 tahun..dah 11 tahun sye xjumpa dia..hanya gambarnye sje yang mampu sya tengok..hanya 1 keping gambar sahaja..gambar ketika arwah nak wat pasport masa nak g mekkah dulu..gambar 2 pun dah lusuh dah

sye rase kalu xade gmbar 2 mungkin sye dah lupa rupa arwah mcm ne..untung sahabt sekarang..punya alat2 yang bermacam dan canggih..boleh merakamkan memori bersama insan bernama ayah..tpi aku...
aku sebenarnya cemburu bila tengok kawan2 bersame insan yang bernama ayah..aku cemburu bila nak masuk sekolah..hari anugerah..nak masuk uni..mesti insan bernama ayah juga trut hadir menghantar sahbt2..denagan harapan dan doa..tpi aku hnye memamdang mereka..

titip rindu buat insan bergelar ayah

Di matamu masih tersimpan
Selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan
Terpahat di keningmu
Kau Nampak tua dan lelah
Keringat mengucur deras
Namun kau tetab tabah
Namun semangat tak pernah pudar
Meski langkah mu kadang gementar
kau tetap bertahan

engkau telah mengerti
hitam dan merah jaln ini
keriput tulang pipimu
gambaran perjuanagan
bahumu yang dulu kekar
legam terbakat dek matahari
kini kurus dan terbongkok
namun semangat tak pernah pudar
meski langkah mu kadang gementar
kau tetap setia
ayah………oh
dalam hening sepi ku rindu
untuk menuai padi milik kita…


buat AWANG BIN ISMAIL anakanda mu disini sentiasa merinduimu..semoga kita sekeluarga akan berjumpa di syurga kelak..



AWANG BIN ISMAIL DAN ESAH BINTI HUSSIN
AL FATIHAH BUAT AYAHANDA TERCINTA
::: maaf gambar ni 20 tahun yang dulu:::

Saturday, June 19, 2010

ultramen cosmos..ultramen dyna..ultramen .........

ultamen and the geng

bismillahirahmanirahim
salam rindu buat semua orang
tjuk pasal crta cartoon hari nie..

sye nak crta sikit..

seperti sedia maklum sya ni memang ramai ank sedare. cuti penggal nie rmai yang ade kat rumah tambahan pula ade saudare yang kahwin..sobila rami budak2 kat rumah..tv asyik tayang crta cartoon je.. tambahan pula kat rumah ni ada astro..ade chanell khussus untuk crta cartoon..

611...613...615...(ni yang sye tahu la)..2 belum masuk chanell yang percuma yanh menayangkan cerita catoon masalan tv9...seawal pkul 4 petang sudh ade cta wonderparts...diikuti go go diego..spongebob dan upin ipin...

chenel2 kat astro (chnel cartoon) 24 jam menayangkan crta cartoon...sekarang musim cuti sekolah..lebih banyak promo2 crta cartoon di tv..sempena cuti sekolah...


persoalan kat sini bukan mempertikikan chanel2 kat tv 2
tpi setakat mene pengaruh crta cartoon mempengaruhi hidup kanak?\

jom kita baca crta nie..

dalam 1 siri crta caroon yang megumpulakn semua jenis ultrmen yang hampir 10 jenis kesemuanya..dalam misi menyelamatkan bumi..
dalam pertarungan itu..3 jenis ultramen itu telah dibekukan oleh pihak musuh..tiba2 kanak2 yang menonton cartoon tersebut bergenag air matanya melihat "heronya" hampir ditewaskan dan mulutnya tidak henti2 "berdoa" =berkata-kata "kawan ultramen (ultrmen yang masih selamat) cepatlah selamatkan ultramen tu....

cuba kita bayangkan bila kita menyangkan pada kanak2 tersebut cerita2 dan penderitaan rakyat palestin (terutama kanak2) adakah kanak2 itu akan menagis dan terus berdoa untuk kanak2 palestin itu?
mugkun tidak sebabnya kanak2 tersebut tidak diterpkan dengan nilai2 islam tpi dengan niali2 pengganas. pengganas cartoon
cerita kedua..
ketika 1 keluarga tengah makan tenaghari..tiba2 bunyi
DUMMMMMM-guruh berbunyi
seorang kanak2 bangun dan meninggalakan nasi yang dimaka itu terus menutup semua tingkap dan jendela rumah..
bila ditanya oleh si ibu..denagan selamba + perasaan takut mugkin kanak2 itu menjawa "ibu jap lagi raksasa dan ultramen akan tru kat buni ibu"
besar sebenrnya penaruh cartoon pada kanak2 nie..
sepatutunya kanak2 ini diajr dan dan diterapakn niali2 islam..bukanya diajar dengan menonton crta cartoon..
cuba pada waktu kanak2 ini kita ceritakan kepada mereka kisah Baginda Rasulullah dan para sahabat,ulama'..usah cerita2 yang berat..hnye cerita2 yang ringan sahaja..
ni setiap malam sebelum anak2 tidur si ibu bapa sibuk menceritakan tentang ksah cinderella dan repunzell dan macam2 crta lagi....
wahai insan2 yang bergelar ibu bapa,papa dan mama,abi dan umi..didiklah anak2mu dengan sebaik2nye..jangnlah seekali engkau menerapkan niali2 keganasan dalam diri mereka( walaupun engaku tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian)..
sedarlah engkau bahwa kanak2 itu mudah belajr..belajr melalului daya imiginasi..
ingatlah bahawa anak2 kamu itu adalah pewaris dan bakal pentadbir negara satu hari nnti..seorang ulama' pernah berkata
"jika engakua ingin mengetahui dunia pada kmudia n hri,maka lihatlah pada remaja2 yang ade..jika remaja itu baik maka baiklah dunia dan begitu juga sebaliknya"
dan kanak2 yang ada sekarang akan menjadi remaja...
mungkin qde yang akan mempertikaikan hal ini..
"alah crta cartoon je pun..budak2 lagi..bru nak kenal dunia..xada ape2lah..."
sye xkte slh membiarkan mereka menonton cartoon tpi berpada padalah..




spiderman

Thursday, June 17, 2010

hanya satu pintaku

بسم الله الرحمن الرحيم

salam kerinduan buat semua..
entah apa yang mmbuatkan hati saya nak mencoretkan tinta nie..

sebelum 2..nak mengulas skit kejadian hri nie..huh
laptop saye tecabut keypad..hehhehe

hanya satu pintaku..
klu perasan smua lman sesawang sye pnuh dgn status hnya satu pintaku..ym...facebook..formspring..samapaike blog

semalam chat dengan seorang kawan..crta masalah dia..saya haya bagi pendapat dan saya tahu pendapat saya itu macam kurang yakin je untuk dia sebbab saya tak duk tempat dia dan kurang memahami sepuhnye masalah dia..
semalam juga satu rahsia terbongkar...

dia langsung xckp yang dia salahkan saye sbb kejadian nie kajdian bersame lbih kurang dalam hmpir 20 orang9kalu xslp:mls nk kira bpe orng sebenrnye..

sye dan seorang kwn hnye la wakil dri smua orang 2..hnye untuk memperbetulkan keadaan sje..niat kmi ikhlas

mla2 sebelum sye mmbuat kptusan sye dah fikir bnyak kali..sme ade nk bgtahu atau pun tidak..akhirnya ssye at kputusan untuk trma je..mgk ade hkmahnye..lm yang menyaksikn..pnuh keshduan..seolah court tmpt maghukum manusia yang bersalah..

sye ingtkan semuanye beakhirnya begitu shje..rupanye msh ade mte ang memandang serong terhadap mereka..apakah slp mereka pada kmu semua..sekarng lletakkan kmu sema di tempatnye...mesti pae ketika itu hnya 1 pinta kamu pada mereka..tolong memahami aku..aku tidak bersalah...

bukan ini isunya
hnya satu pintaku..
aku dijadikan manga keadaan pada kejadian ini..tpi aku xksh..ebab mmg sft sye 9mnusia lhir ubulan 7 yang xkisah untuk disusahkan dan xsuka mnyiudahkan org lain)

tpi kalu sye boleh letakkn sy di tempat kmu..untuk memahami keadaan kmu...hnye satu pintaku _____ fahamilah kmi semua yang hany nak yang terbaik untuk kmu berdua sbb kmu berdua adalah sahabt kami..jangankah kau jadikan semua ini sebb untuk kamu ______ kepda kmi lagi..

:::::maaf kalu banyk salh ejaan dan tand baca..sebb seperti dimklumkan keypad laptop tercabut...::::
:maf juga kurang xplanation sbb mls nak tmbulkan blikmisu nie:::

Monday, June 14, 2010


Kekasih

lewat senja rindu mula bertamu
mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam
lalu aku bertasbih di Mahgrib ini
melangkah Isyak yang menanti


Tengah malam aku yang sepi
aku terlena dalam doa yang panjang
mengharap Engkau mendengar
kerana Engkau Maha Mendengar
mengharap Engkau mengerti
kerana Engkau Maha Mengetahui


Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
ditambah fitnah yang amat mengejutkan


Tuhanku,

Rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepada-Mu,Ya Allah…

10 PERINGATAN BUMI

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

salamualaikum wa mahabbah warahmah

Berkata Anas bin Malik r.a: sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

1. Hai anak adam! Berjalanlah dia Atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan masuk ke dalamnya kelak

2. Engkau melalkukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah,engkau akan diazab di dalam perutku kelak

3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah,engka akan menangis di dalam [perutku

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingtlah engkau akan kecewa dalam perutku

5. Engkau mengumpul harta atas belakang perutku tetapi ingatlah,engkau akan kecewa dalam perutku

6. Engkau makan benda yang haram dalam perutku, tetapi ingtlah,engkau akan dimakan ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina di dalam perutku

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakang perutku tetapi ingatlah,engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan berdukacita

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari tetapi ingtlah enkau akan tinggal di dalam kegelapan dalam perutku

10. Engkau hidup di tas belakangku beramai ramai,etapi ingtlah engkau akan keseoranagan di dalam perutku

Friday, June 11, 2010

DIALOG CINTA ZAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI

dialog cinta ni saye cilok dri majalah buletin kampus...seronok bace..teringat zaman sekolah dulu time belajar izik,kimia bio...dan semestinya ingat kat kawan2 lame jg.
.Aku :kasihku,ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.masihkah kau tidaak membuat sebarang anggapan
Mu :aku tidak percaya kepadamu kerna kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku

Aku :kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku inikerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian
Mu :tapi aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan

Aku :tapi cintaky padamu adalah pemalar
Mu :aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang berikan masih belum sahih

Aku :tapi aku mengamalkan hokum newton ketiga dimana tindak balas cintaku bersamaan dgn cinta yang kau berikan
Mu ;kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah “random’ yang mempunyai janji2 manis yang bergerak secara rawak

Aku :itu adalah fitnah yang terebar melalui proses pancaran an perolakan
Mu : tetapi mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan

Aku :ku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu
Mu :adakah kita akan berpadu kepada kimia

Aku :itu masih belum diketahui,tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya
Mu :aku khuatir kau akan bertemu denganyang lebih aktif dan betindak bals dengannya

Aku :nampaknya kita tengah bercinta tiga segidan haruslah menggunakan hukum2 penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya
Mu :tapi aku telah member cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali.masihkah kau tidak prcaya

Aku ;ya aku percaya. Tapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim
Mu ;itu semua boleh diabaikan .yang aku mahu ialah tempoh perkhawinan kita harus mengalami pecutan yang seragam

Aku ;ka harus bersabar,kerana sabar itu 0.5 dari iman
Mu ; tapi iman aku adalah infiniti

Aku ;aku tidak fikir iman kau addalah infiniti kerana kau belum mendarabkan dengan 6×10’23.
Mu :kau membuatkan kemarahan aku meluap luap.nanti bila tekananku melebihi tekanan udara,kau jugak yang susah,kerana kau akan mengalami Hemolisis

Aku ;aku sekarang bukan aku yang dulu lagi aku telah mengalami proses plasmosis
Mu :kau betul2 menyakitkan hati aku.ku sangkakan kau intan rupanya kau grafit.pergi ku dari sini!biarkan aku sendirian!

Thursday, June 10, 2010

kisah aku 20 tahun dulu : episod 3

bismillahirahmanirahim..

salam rindu buat semu..

sekarang kita sambung kisah aku 20 tahn dlu yang jauh berbeza dengan hidup aku sekarang..boleh dikatakan aku sebenarnya xberapa suka dengan hidup aku sekarang..



ok kita sambung cerita:::
ok cerita pertama untuk epsod 3

aku kecik2 dulu xmasuk tadika..kalau xslp aku umur aku 5 @ 6 tahun,aku pagi2 akan menangis..sebab nak ikut mak aku dgn akak aku g kebun getah..aku pun xtahu ngape..biasanya aku akn ditinggalkan kat umah jirah aku aka akak ipar tri aku..sebb masa 2 dia pn ada ank kecik..so bila mak aku tinggalkan akukat situ pasti dan semestiya aku akan bwa bekal

::air tea

::jemput-jemput pisang

::nasi goreng



pas 2 yang xthannye kami (aku dan 2 orang ank sedare aku..ida dan sukri) akan main2 "mak ayah" mcm pondok2 kahwin2...

tapi kadang2 mak aku bwe je aku g kbun getah 2..

mcm aku ckp ecik2 aku suka menangis...crta nie selalu je family aku crta kat aku..

aka aku selalu perli aku ckp aku kecik2 dulu kalu menangis susuh nakbrhnti..dan selalunya ang tri aku yang sulung 2 akan bawa ank dia sukri datang umah aku..pas2 dia akn cakap "tolong tukarkan lampin sukri"..s aotomatik aku brhnti la menangis..aku tukarkan lampin sukri 2...nak teka aku wat apa lpas 2....

aku sambung menangis semula...:-) hehehe..



pas2 kan bila dh msuk sekolah..masa drjah 1,abg gg darjah 6 dn kak nurul darjah 4..masa 2 kak nurul dah xnaik bas tapi naik baikal.aku msa 2 tumpang akak dengan abg aku r..beg aku letak kat basikal kak nuryl dan aku sekali dngan abg gg..huhuh...ha part nie pling aku suka...
masa aku sekolah rendah dulu aku dpt RMT(rancangan makanan sekolah) dapat makanan percuma...

1 hari bila aku masuk kelas...aku g mkn rmt 2 la...lepas perhimpunn aku masuk kelas..tengok2 beg aku xada...huahuahuahuah..aku menangis la...aku pn g la kelas akak aku...aku tengok ada cikgu kat kelas 2..jdi aku menagis tpi kelas dia....cikgu dengar aku menagis...ckgu suruh akak aku g tanye aku klenapa..aku pn ckp r beg hilang...pas2 akak aku suh g tau abg aku..aku pn g la...pas2 abg aku g kelas aku...tnye bdk2 nie..mana beg aku...las2 ketua kelas aku masa2 kalau xsilap aku namanye dia azhar..dia g ambik beg aku bawah meja cxikgu..huhuh
bila ditanye sape sorok..budak2 nie ckp sjjeje nak main2..

huhuhuhhu...
bila aku masuk darjah 2,aku dah xpergi dengan basikal lagi dah..kak ani yang hantar aku naik motor...lame2aku naik kereta abg tiriaku yangmasa 2 nak hntr ank2 dia ke sekolah jg...yang paling aku ingat bab nie..kete 2 keta 2 buruk je...tpi kete jga tau..tiap2 pagi mesti kkenetolak kereta 2 dlu..bruu kereta 2 hidup..heheh

cukup la sampai kat sini dlu episd3...
moral story:
:::sapa boleh pikir...
:cepat sape noleh sumbangkan idea

Tuesday, June 8, 2010

sakit kepala: apa yang perlu anda tahu

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah
1-sakit kepala yang berdenyut-denyut
2-muntah-muntah
3-pitam.
Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.


PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

:::Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


::::Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

:::Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

:::Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

:::Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

:::Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA


>>Berehat seketika dengan berbaring.

>>Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam


>>Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.


>>Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.


>>Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.


>>Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.


>>Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

sumber: http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1291434&_dad=portal&_schema=PORTAL

Monday, June 7, 2010

kisah aku 20 tahun dulu : episod 2

bismillahirahmanirahim
salam kasih sayang buat semua
episod 2:kisah aku 20 tahun dahulu..

episod pertama hari 2 tamat bab pendidikan aku.aku lpa nak masukkan aku pnya resul peksa..aku xade r crdik sgt..(ni bkn nak menunjuk k):::x riya' pun :-)
masa aku drjah 3 aku dpt ambik exam PTS.exam untuk xpyh masuk darjah 4,trus ke darjah 5..tapi aku xlepas
upsr aku dapat 4A 1B..
pmr aku dapat 7A 2B
sma aku dapat 1 agregat 6::mumtaz
spm aku dapat 5A 1B 5C 1D-truk gler result aku..
kat asasi aku hbskn pengajian aku dgn cgpa 3.>>>
alhamdulillah

aku dulu kecik2 lagi dah kena tinggal oleh mak ayah..menurt crta orang dulu2..lepas aku lahir (beberapa bulan) mak dgn cik g mekkah wat haji..so bermula la hidup aku tanpa mak dan cik..so sbb 2 la aku ada bu susu..orang kampung paggil ibu susu aku 2 mok cik..emm ank mok cik yang bongsu sama umur dengan abg aku..abg gg...

aku xbanyak sangat memori masa kecik2 sebab aku lupa la...aku cerita apa yang aku ingat je tau..
kecik2 dulu aku ada penyakit..sakit kaki..kaki aku xboleh kena lantai simen nnti kaki aku akn bernanah..so bila bernanah aku xdapat r nak berjalan...so kat dalam rumah aku pakai selipar..(mcm orang putih gitu)hahaha

ha ni cerita baik punya...korang mesti ingat atau korang mesti tau nie...budak2 kecik nie mak bapak dia akan dia sruh dia tidur peteng2kan...mcm 2 jga aku..aku kecik2 dah diajar untuk menabung...akak aku buatkan aku tabung buluh...panjang sangat...so bila aku bangun tidur (petang) aku suka sangat menangis.xsah kalu x menangis..so mak aku bagi aku seringgit.boleh dikatakan tiap2 hari aku dapat seringgit..yang bestnya kalu mak aku bagi duit serinngit kertas aku xmau..aku nak yang sekeping mas 2...aku panggil duit 2 "duit keris" hatta mak aku bagi 50sen 50sen pun aku xnak..dah dpt duit aku bhnti la nangis..aku ajak aka aku =kak nurul g kedai..lebih dari 2,aku masuk la tabung aku...bila aku tgk duit keris ni msti aku tersenyum sorang2.siyes beb..

ni cerita nie aku xingat berlaku masa umur aku brape tahun..mak aku belikan mainan...sejenis haiwan yang boleh gerak2...mcm 2 la...kalu xslp aku 2 tupai kot...aku takut giler tgk benda 2 bergerak dengan sendiri..kalu xsilap aku..akupanjat ats kerusi kot.TAAAAKOOOOOT.....last sekali aku ambik tupai 2,aku hentak2 dan buang tupai 2...hehehe

next..masa aku xmasuk sek lagi abg aku sek ptg dan kak nurul sek pagi.abg gg g dengan basikal kak nurul dgn bas.sememntra mak dgn yang lain kat kbun abg aku yg jga aku kat rumah..bila dah dkt zuhur cik bwa aku g masjid naik basikal tua...masa orang tgh sembahyang..aku duk main tepi tingkap..aku tgk bas sekolah lalu dan berhenti depan masjid..aku apa lagi..cepat2 dapatkan bas 2,naik bas 2 dan ikut akak aku balik rumah..dan semestinya tiap2 hari ayah aku akan cari aku...hehehe

nie crta aku bru je tau beberapa hari lepas...kata akak aku:kak yah: masa aku kecik2 dulu abg gg suka sangat usik aku..pantang sekejap mesti dia akan usik aku..macam2 gaya...dan baru aku tahu dulu aku nii suka menangis upanya..pantang diusik pasti menangis...satu hari cik panggil kami bertiga aku abg gg dgn kak nurul...cik bagi nasihat jgn la suka buli aku sebab aku ni kecik lagi..hahaha aku menang..kak yah cakap abg gg suka usik aku sebab aku suka conteng buku dia dan koyak buku kak nurul.heheheh

ok la cukup la setakat nie untuk episod 2.nantikan episod 3...dengan kisah yang lagi menarik..antaranya kisah lampin...

moral dari cerita:belajar la menabung.sikit2 lama2 jadi bukit
hidup jangan duk menyusahkan mak bapak..mcm aku sian ayah aku cri aku..
buat2 abg2 kat luar sana janganlah suka buli adik2 anda sebab adik anda koyak buku 2 sebab dia nak belajar 2..hehehe..

kisah aku 20 tahun dulu : episod 1

bismillahirahmanirahim

salam kasih sayang semua
harap semua sihat2 belake...
buat kawan baikku _______semoga cepat sembuh....

episod 1 :

emmm guna "aku' la ye...
sebelum 2..nak introduce dri dlu

aku dilahirkan pada 6july 1990 pada kul 6;40 pagi....
nama aku nurul afidah binti awang..
tapi menurut cerita akak aku...dlu2 sebelum g rgsrter nama aku kat pejabat pendaftran negara nama aku adalah NURUL AFIDAH FITRIAH BT AWANG...
ha FITRIAH 2 diambil sempena aku lahir bulan syawal...maklumlah nak sambut aidil fitri..

tpi nama 2 xjdi sebab ayah (aku paggil "cik'...emm mcm korang ada yang pggil papa dll tapi aku pggil ayah aku cik" ) xbgi letak fitriah 2..katanya panjang sangt name...

apa mksud nama aku erk ??
نور الأفيدة
cahaya yang bermanfaat
kalu baca afidah kpda af'idah
jadi la cahaya hati..

ok latar belakang keluarga...
10 orang adik beradik..anak bomgsu..
list adik beradik
:::
noraini (kak ini)
norhayati (kak tie)
abdul halim 9abg halim)
robiah (kak yah)
rohani (kak nik)
nesri (kak no)
norazizah (kak sah)
mohd azizi (abg gg)
nur hidayah (kak nurul)
nurul afidah (adk dah @ mak su)...

untuk pengetahuan korang yang name pagil mcm plik2 sikit 2,aku punya pasal la...mak aku ckp dlu kecik2 aku pelat sgt2...so hbs nama org aku tukar...cnth paling ketara anak buah aku..sekarang umur dia 19 tahun..
nama dia :muhammmad fadhirul helmi:-anak kak tie- kak tie ajr kami panggil fadhirul... disebbabkan aku kecik2 dlu pelat aku pagil dia "fadhiyo" sampai sekarang nama dia orang pggil dia "yo"..jht kan aku..sam gak mcm kak zah jdi kak sah dll

aku ade 26 orang anak sedara dan nak tambah lagi sorang...

ha sebelum terlupa aku ade 4 orang adik beradik tiri...emm sebelum cik kwin dgn mak aku,ia dh khwin dah sebelum 2...pas2 orang 2 meninggal...khwin lagi sorang..menurut abg tri aku yang mak kedua ni bercerai..baru la cik khwin dgn mak aku-ni aku bru je thu thun lps-selama ni aku ingt 2 orang je...hehehe..ikhlas la aku ckp aku xbpe nak suka sorang abg tr aku nie..menyusahkan hidup mak aku je...::::ok stop mengumpat::::
kalu dicampur dan ditolak dan dibhgi aku sebenarnya mempunyai keluarga yang besar...hmpir 200 orang ahli keluarga terdekat...tapi serius aku ckp aku xbpe nak knl diorang 2 semua sebb apa aku xbpe nak knl tggu crta aku akn dtg..ni termasuk la cicit mak aku dgn cucunya sekali...

ok sekarang latar belakang pendidikan aku...penddkan aku xade la hbt sgt pun biasa2 je

sek ren :sek keb merapoh (cnfirm korang xtau sek nie kat mne)
sek men : sek men agama almaidah addiniah padang tengu:::smapt::: (ting 1-3)
:maahad sultan ahmad shah addini (ting 4-seminggu je) kmudian balik semula ke smapt pas2 angan2 nak ambik stam jdi aku g merantau jauh2...ke KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN SULTAN ABU BAKAR PEKAN PAHANG.. xsmpai 5 bulan kat sana aku dapt offer masuk asasi uia..aku mula2 xnk g uia nie..siap nangis2 lagi xnak g..mak aku pjuk2 aku pun g la ditambh dengan aku tgk 2,3 orang kwn2 aku keluar juga dri situ...
so skrg aku tgh tggu nak masuk uia gmbak je
emm aku ambik course islamic revealed knowledge and heritage major fiqh dan usul fiqh..

ok la aku rase cukup la untuk episod pengnalan kisah aku 20 tahun dlu..
kita jumpa lagi untuk episod kedua nnati...

moral dari story:
:: walau seramai manapun ahli keluarga,kena ambik tahu nak kena cba untuk mengenali mereka kalau x,nnti dh besar2 silap2 khwin dgn sedare sndiri yang paling bahay khwin dgn orang yang kita xboleh khwin...
:::nak bagi nama anak biarlah ada mksd...jgn sesuka hati je bgi nama...masalam mohd al an'am
bismillahirahmanirahim

salam kasih sayang dan rindu buat semua....

lama dah x mencoretkan isi hati kt sini...

banyak memberi peringantan untuk diri sendiri je...
mula2 sekali nak wish kat sorang kawan nie happy beleted birthday..

hari nie dah 7.6.2010...
emm cme trbalikkan tarikh 2....
lagi sebulan je lagi...

ok untuk post bulan 6

nak wis kay kwan2 yang smbt birthday bulan nie

1/6 aisyah idris
3/6 arwah ayah saya
4/6 salina
7/6 muhammad
20/6 nad irk
28/6 fatma
28/6 syikin
28/6 eman ben




saya doakan semoga berbahgia selalu...



sekarang tgh hangat dengan cerita palestin..saya malas nak ulas banyak sebab kat blog kawan2 pun dh banyak cerita pasal 2..



ok untuk topik bulan 6 nie...nak imbas kembali zaman2 kelahiran saya dulu..banyak cerita yng nak dikongsi...suka suki...yea sempena nak menyambut 20 tahun nie kan...



ok la banyak2 kang nnti mengarut palk...k undur diri dulu...nntikan kemunculan



"kisah aku 20 tahun dulu "