Sunday, October 31, 2010

tidak ada perbuatan baik yang sia2

bismillahirahmanirahim

''Apa gunanya saya membaca al-Quran tapi tidak memahaminya!'' Tanya seorang murid. ''Bacalah dahulu, perlahan-lahan nanti tok akan ajar maknanya,'' jawab gurunya. Muirid itu pun terus membaca. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Lama kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semula. ''Tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami makna al-Quran ini sesuatu yang tidak berfaedah,'' katanya.' 'Baiklah.Tok akan menyuruh kamu melakukan satu pekerjaan yang lebih bermakna,'' kata Tok Guru tersebut. Wajah murid itu kembali ceria. Tok Guru menyerahkan sebuah raga dan berkata, ''Kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini, si murid kehairanan. Mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku, detik hatinya. Dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari untuk menuangkan air ke dalam kolah. Namun sebaik sampai, air telah habis, menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu. begitulah yang dilakukannya berulang-ulang kali. air menitis keluar dari celah ragadan kolah masih tidak dapat dipenuhi. ''Tok, perbuatan ini lebih tidak bermakna. Kalau Tok gantikan raga ini dengan timba, barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!'' Tok guru tersenyum. ''Setiap yang Tok suruh pasti ada maknanya,'' katanya perlahan. ''apa maknya Tok/' ''Menimba air samalah dengan membaca al-Quran walaupun tidak memahami maknanya, jawab Tok Guru. ''Sama-sama tidak ada faedahnya. Begitu/' ''Tidak,sama-sama ada faedahnya,'' Pintas Tok guru anak muridnya jadi lebih hairan. ''Cuba tengik raga yang kamu gunakan sejak tadi itu. Mulanya ia kotor, tetapi sekarang bukankah sudah bersih/ Walaupun air di kolah tidak penuh tetapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. Betul tak/'' ''Betul Tok,'' jawab anak murid mengiakan. ''Ha begitulah hati juga hati kamu ketika membaca al-Quran berulang-ulang kali. Walaupun belum memahami maknanya, tetapi paling tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan. Muridnya mengangguk. Hebat rupa-rupanya Tok Guru mendidik,bukan sekadar mengajar



Saturday, October 30, 2010

dedikasi untuk dayah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam imtihan buat semua pelajar iium..

Post kali ni saya dedikasi khas untuk sahabat saya yang bernama Nur Hidayah Bt Muhammad.

Saya doakan dayah sihat selalu panjang umur dan semoga impian untuk dapat dean list pada sem ni dan berikutnya Allah makbulkan…

Rasenya xade apa yang nak cakap kat sini sebab dah cakap banyak dah dengan dia hari2…

Cuma saya rasa,saya nak mintak maaf atas semua kesalahan yang saya lakukan dari awal kita kenal sampai la kita berpisah satu hari nanti sama ada berpisah hidup atau pun mati..

sebab apa erk saya buat entry nie..

sebab saya bila f2f dengan dia banyak menda yang ingin saya cakap dan luahkan ckan terluah dan xkan tercakap..

macam semalam..saya xwish pun kat dia..

saya cuma sent messege je kat dia..

so saya ambil cara ni.

untuk expresikan apa yg saya nak ckp kat dia

Dayah..

Dalam mengharungi hidup dengan dayah, sepanjang 2 tahun ni..( lebih kurang r ) banyak sangat yang kia lalui bersama nak2 plak sem ni kita sebilik kan..

Macam2 kerja giler kita buat..

Macam2 kerja baik kita buat

Kita study sama2

Sama2 stay up bila nak exam

Terima kasih dayah

Dan yang paling penting

Dayah la kompas kehidupan kami

Dan saya rasa x keterlaluan jika saya katakana dayah adalah penyeri hidup kami semua

Dayah xade kat bilik

Sunyi je..

Entah r dayah..xtau nak ungkap kana apa dah..

Ha satu lagi..

Soryy plan malam ni hancur la..

Tapi xpe..yang penting kenyang kan

Dayah,saya..dan sahabat yang lain…

Sedarlah kita hidup di dunia yang fana, yang kekal hanya di akhirat sana..sama2lah kita manfaatkan usia yang dipinjam ke jalanNya..marilah kta mengorak langkah kea rah kebaikan..jauh dari kemungkaran..lakarkanlah lembaran hidup yang lebih bermakna, marilah kita sama2 berusaha mengejar nur hidayagNya.. pasti kita akan lebih bahagia..Happy birthday dayah..moga bertambahnya umur dayah,maka akan bertambahlah segala amalan..InsyaAllah..sama2lah kita

Emm dayah

Hadirnya saya dalam hidup dayh untuk menjadi teman pemberi ingtan bukan untuk melalaikan dayah, adanya saya dalam sebagai penyokong di belakang dayah dalam menempuh mehnah di bumi tarbiyah iium ni bukan pematah semangat dayah, namun andai dayah rasa diri saya ini ibarat embun, muncul kala terbitnya matahari, maka dayah kene selalu ingat saya masih di sini, sentiasa mendoakan dayah semoga terpelihara sepanjang hari, walaupun saya hanya menyepi…

Dayah..

Hidup ini susah kita duga, kadang2 kita rasa dekat je dengan seseorang tu, tapi sebenarnya jauh, walaupun kita dapat capai dan genggam tangan orang tu, tapi belum tentu hati dia kita dapat salami.. mungkin kadang2 kita dapat tngok dia ketawa tapi kita kita xtau apa disebalik senyumannya..bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya wahal kehadiran kita langsung tak desenangi.. dayah..itulah rencah dunia..kita tak akan tahu sapa kawan kita dan sapa lawan kita samapi la satu hari nanti kita jatuh..masa tu kita tengok adakah ada tangan yang akan menghulurkan bantuan ataupun x… tapi satu yang perlu dayah tahu yang tangan saya sentiasa ada untuk membantu dayah bangun semula dari jatuh 2…

Dayah

Rasanya dah lama saya mencoretkan isi hati ni.(ceh2..) ulum hadith 2 dah tunggu saya dah..

Dayah..

Kiranya 1 hari nanti tempias hujan membasahi jendelamu. Ingatlah..itu tandanya air mata saya mengalir mengingati dayah,kiranya dayah tersedar ada darah di jari darah, itu tandanya ada sesuatu yang terjadi pada saya.andai dayah tersentak dari lamunann yang begitu panjang. Itu tandanya saya sedang merindui dayah dan andai dayah terbangun dari tidur dan terdengar sayup2 ayat2 quran yang mendayu,itu tandanya saya telah pergi sebelum dayah…tak perlulah dayah iringi pemergian saya dengan tangisan air mata..cukuplan iringi saya dengan al fatihah dan ampunkan segala salah silap saya dan halalkan makan minum saya…

Buat yang terakhir

Sanah helwa dayah

Happy birthday

Selamat hari ulang tahun




zatie & dayah


saya, syahirah & dayah


dayah,zatie,saya & syahirah


birthday girl dayah


gambaran awal dayah di hari convocationnya


bersama roomates terchenta: saya, dayah,diana & ema


kek birthday daya




Ikhlas daripada:

Bintuawang

Asiah e 1.1

02:37am

Wednesday, October 27, 2010

10 angguan Syaitan Dalam Solat

1

1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar" , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir.

Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.

2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu".

Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku". (HR. Muslim)

3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam". (HR Bukhari dan Muslim)

4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat". (HR Bukhari)

5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan terburu-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian

ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin". (HR Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah

seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (HR Bukhari dan Muslim)

9)BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menggangu kekhusyu'an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara"

10)TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya". (HR Muslim) Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Tuesday, October 26, 2010

15 perkara yang mendatangkan bala

bismillahirahmanirahim

assalamualikum

hari ini cuma bicara pendek..bicara peringatan untuk kita semua..
jom..baca jap..xsampi 5 min pun...

15 perkara yang mndatangkan bala

1- apabila kekuasaan dianggap keuntungan
2-anamat dianggap gahimah
3-membayar zakat dianggap sebagai satu perkara yang merugikan
4- suami tunduk pada isteri
5-derhaka pada ibu
6-mentaat kawan yang trpesong dari kebenaran
7-membenci ayah
8-pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
9-membuat bising di dalam masjid
10-orang disanjungi kerana kejahatannya
11-minum arak berleluasa
12-semakin ramai lelaki memakai sutera
13-wanita menari i khalayak ramai dianggap perkara biasa
14-permainan muzik merata-rata
15- umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu

jihad exam vs perasaan

bismillahirahmanirahim

assalamualikum wbt

exam..untuk kali ni..aku rasa aku banyak mengeluh dan makan hati la..
makan hati? dengan sapa?
dengan kawan2 la
mkan hati aku 2 sampai aku hilang rasa untuk study

i dont know why
but this is my feeling (betul ke ayt bi nie)

bermula dengan kejadian assgment bm
dari jauh..aku makan hati

disambung dengan 'ulum hadith
walau dekat selalu tapi hati yang merana

bertambah pulak dengan qpt..

sekarang aku rasa aku berjuang seorang diri..
aku xade mood nak study
aku geram
aku marah
aku sakit hati

aku? sekarang sudah hilang tumpuan aku..
samapia satu hari aku dah xtahan dengan perasaan mazmumah yang ada dalam diri aku..dan aku msg kawan mintak pandangan dia...

so dia reply
" fidah,kita ni hamba biasa je,layak ke kita nak sakit hati dengan orang, banyak sangat ke amalan kita? kat akhirat kelak kita semua sama je..tapi yang membezakan diri kita semua adalah taqwa..tapi nak dapat taqwa bukan mudah dan bukn perkara yang senang,hatii kene selalu bersih dari sifat mazmumah, antaranya ialah susah ak maafkan orang lain nak jadi fardu muslim yang sempurna antaranya kena ada salamatulsodri dengan orang..biarpun hubungan kita dengan Allahkita baik tapi dengan manusia kita ada masalah, maka Allah xkan pandang kita jika kita tak settle dengan manusia itu lagi... "

msg yang cukp simple mampu mengalirkan air mata di saat orang lain tengan sibuk membaca buku..dan aku...masih menialai diri aku yang hina ni di mata pandangan sahabat dan di mata pandangan Allah.

terima kasih buat si pebgirim nasihat yang sungguh berguna kat aku 2...
dan sekarang masa untuk aku fokus apa yang aku dah belajar..buka masa untuk baca buku untuk exam..tapi masa unuk fokus untuk ilmu2 yang aku telah kuti 4 bulan di sini...

dan aku juga ucapkan bitaufiq wanajah untuk teman2 seperjuangan ynag mungkin aku sendir xpernah wujud dalam doanya..

untk jadual exam aku??

23/10-study circle
28/10-tilawah 1
1/11-ulum hadith
3/11-bm
8/11-dirasah fil quran
9/11-almadkhal ila fiqh
15/11-qur'anic propethic text

buat sahabat2..aku sentiasa mendoakan kejayaan kalian..
ampun dan maaf aku minta seandainya dir aku ni banyak melakukan salah silap dekat korang semua..

.::bintuawang::.
library
1037am

Monday, October 25, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم
tajuk kita kali ni mengenai jari..
ok murid2..apa itu jari sebenarnya?

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas.

Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya.

Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.

Renung dalam-dalam.

Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada JARI KELINGKING yang kecil dan kerdil,

seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.

Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua,

JARI MANIS namanya.

Begitu juga dengan usia remaja.

Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.

Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..

Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga.

Jari yang paling tinggi,

JARI HANTU namanya.

Zaman remaja ditinggalkan.

Alam dewasa kian menjengah.

Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh

serta kerjaya yang teguh.

Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini

banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.

Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.

Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada JARI TELUNJUK.

Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.

Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini,

hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru

dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung IBU JARI.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.

Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.

Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.

Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.

Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita.

Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"

sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas

dan hayun ke hadapan.

Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima.

Renung dan fikir dalam-dalam.

Dimanakah kita sekarang

Sunday, October 24, 2010

kem smart solat smjk chong hwa

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum w.b.t

dah lama rasa nye tangan nie tak menari atas keyboard laptop nie (lama ke) raasenye baru je siapkan assgment ulum hadith selasa lalu..
seperti sedia maklum saya memang agak busy minggu lepas..
-apasal skema sangat ayat nie-

ok back to our topic today
kem smart solat smjk chong hwa..

pagi aku dimulai dengan ada study circle pagi tu..sepatutnya aku dan rakan-rakan lain berangkat ke masjid assyakirin pada 7:30 pagi 2..dam disebabkan kami ade study circle..maka kami dikecualikan dari hadir pada 7:30 pagi..dan yang g pagi hanyalah Adham dan Saifullah sahaja...

memang agak kelam kabut juga aku pagi 2..hp xhabis habis berbunyi..kalah pm wooo...
10:30 pagi:

samapi je masjid sakirin..makanan dah terhidang..ala-ala vvip gitu...mcm biasa perut yang dah lapar kami isi...
opps lupa nak kenalkan barisan faci2 yang terlibat

adham
azhar
firdaus
saifullah

saya
syahirah
ezzati
hidayah
ku khadijah
adibah
atiqah

so bila perut dah kenyang masa tugas kami bermula..macam biasa mmg kena kenalkan diri la..so aku memang dah lama xpengang micprophone..last pegang masa sek dulu la..(emm yeke)...2 memang selalu la aku pegang..dah hbs form 5.aku dah xkenal dah micprophone ni..
masa cfs aku pernah pegang 2,3 kali r..masa leadtrain..dan masa mukhayam arabi kat johor..2 pun kejap je..

the latest aku pegng micprophone masa sharing moment economic..mcam aku pernah cerita aku jadi mc untk majlis 2..so xad la lama sgt so aku xade la kene parkinson hari 2..
just simple introduction dari aku..
nama asala cos..cukup..g pun mmg aku mls nak ckp byak pun hari 2..i dont why...

bila time syahirah perkenalkan diri..respond dari peserta agak ummmmphhh..semua kagum dgn kecntikan dan kemerduan suara kakak faci bernama syahirah nie..

pas2 bagi kump..alahamdulilah kumpalan aku xseteruk kump lain la..at least diaorang ada asas bab2 sembahyang nie..

so mula la kehidupan aku kat situ sebagai facilatator..apa yang menarik kat sini? masa aku ajar diorang teringat aku ngajr anak buah kat rumah..emm mcm 2 la..cuma kalu kat rumah diorang ni banyak tanya..budak2 smjk chong hwa nie senyap seribu bahasa je..cuma apabila di "push" baru nak bersuara..ade la 2,3 orang yang memng suka bertanya..

duk kat sini aku bukan setakat mengajar tapi aku juga turut belajar sebanrnya..banya benda yag aku belajar..nak cerita kat sini..esok pun x habis..

banyak program yang penceramah bagi aku ikuti cuma ada gak l yang aku skip..aku g hafal quran sebab selasa lepas 2 aku kena tasmi'. tapi aku xselesa dengan keadaan masa 2..-curi2 masa program untuk hafal quran- so ku masuk r dewan semula...

emm nak cerita apa lagi ye?

ok harapan aku dekat adik2 smjk chong hwa
semoga adik2 semua dapat amalkan apa yang kami jarkan dari a sampai z
semoga adik2 menjadi lebih baik dari sekarang
semoga adik2 menjadi anak yang soleh dan solehah
semoga adik2 menjadi pemimpin yang berani menegakkan islam
ingat adik2
hidup kita hanya sekali jadi hiduplah dengan penuh erti..

jangan hampakan ibu bapa adik2
jangan hampkan cikgu2 aik
dan jangan hampakan akak2 dan abg2 faci
dan yang penting
TUNAIKANLAH HAK ALLAH
akak kat sini mendoakan semoga adik2 berjaya

dan sbelum kami balik sempat la kami semua bergambar..
bergambar sakan lagi 2..

oppps lupa
teima kasih kat ustzh smjk chong hwa
cikgu2
yang banyak tolong kami
yang bagi kami peluang
untuk menyebarkan ilmu Allah ini
jom layan gambar...

sebelum 2..bitaufiq wanajah untuk semua mahasiswa mahasiswi di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan akhir

buat si"dia"
jai diri hiasi peribadi dengan akhlaq mulia



barisan facilitator muslimah

syahirah bersama adik2

hidayah dengan gropunya

atiqah bersama anak didiknya

special picture-dah lama xambik gambar xpakai cermin mata-

gabungan mantap ezzati dan adibah bersama mentee
-banyak betul gambar faci muslimah ni-

Saturday, October 9, 2010

~mungkinkah busy~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

emmm(mengeluh)
banyak betul kerja mingguni
assgment fiqh baru dapat and kene submit jumaat nie
bahan?xcari lagi
target assgment fiqh= rabu siap

pas2 assgment 'ulum hadith
baru siap taip bape page..
mata dan penat nak menghadap laptop

minggu depan nak pre-reg..
xtau mcm mane
pening dengan jadual sendiri
dan susun jadua plak sorang-sorang
rase diri ini sendirian je kat sini..
tapi aku sendiri xkisah
(cuma kadang2 ade gak rase sedih dan terkilan dengan kawan)

pas2 mid term fiqh 18hb nie
baru baca 1bab...

and then.. quiz
quranic propethic text
satu pun xsentuh lagi
quiznya jumaat

pas2 tasmi'
untuk tilawah dan dirasah..

dan last kerja saya rasenya
untuk peers
rumah anak yatim dah cari
tunggu nak contact pengurus rumah 2 je
mungkin pilih kat rawang
sebab dengan rumah su

oppps lagi 1
akak suruh cari faci
untuk kem smart solat
kat sek dia

seknya dah tempah ma'aruf club
tapi xtau la mcm ne
xcukup 10 orang
yang best
makanan,penginapan,pengangkutan semua percuma
siap dapat elaun lagi..
berminat x?
boleh sms kat saya..
emm untuk student uia saja..
tarikh program
16-17hb
sape2 ade halaqah sabtu 2
pihak sek
akan datang ambik pukul 10 sabtu 2...

ok la..nak sambung study la..
dari semalam xtidur lagi..hnay tidur 1 jam je
mata dah layu..tpi 2la

اللهم سرني ولا تعسر يا الله

والسلام
.::bintuawang::.

Monday, October 4, 2010

apa erti tanggungjawab yang sebenar?


bismillahrahmanirahim
assalamualikum

wah happy sangat2..

xlupa juga memanjatkan kesyukuran pada Allah .

atas segala nikmat yang dia bagi

sehingga akhirnya assigment bm (group)

yang dah lama disimpan (budan kehendak saya)

akhirnya siapa juga


dan disinilah kita dapat nilai erti tanggungjawab seseorang atas apa yang telah diamanahkan...teringat plak apa yang dibaca dalam buku

"mencari erti hidup"

dimana dia mengisahkan

pada zaman dulu ade seorang raja

yang begitu risau akan keselamatan negaranya..

lantas meminta pendapat daripada pembesar-pebesarnya

maka dicadangakan agar gundik2 raja supaya menjadi pengintip dan perlu dilatih ketenteraan


maka selepas musyawarah,raja pun bersetuju..namun malangnya..

gundik2 ini membuat hal

pas2

jurulatih pun ditukarkan

dan jurualtih ini meminta

kuasa penuh untuk melaih para gundik2 yang mmg sopan santun itu

arakian..perancangan untuk melatih gundik2 ini tidak berjaya..

selepas jurulatih itu menyiasat dan meneliti,

didapati gundik kesayangan raja la yang menghasut

gundik2 lain untuk tidak memberi kerjasama..


maka pada suatu hari,semasa tengah berlatih,gundik kesayangan raja itu buat hal lagi..selepas ditegur,dinasihat dan diberi amaran,namun gundik itu masih tidak sedar


jurulatih itu pun teringatkn surat kuasa sepenuhnya...dia pun buka dia pnya pedang dan menghunus pedang itu kepada kepala gundik kesayangan raja itu tadi..


maka raja itu pun terkejut..mana xnya itu bini dia paling dia sayang..padan muka...


moral dari story nie..mcm mne seorang jurulatih sedar akan tanggungjawabnya terhadapa apa yg diamanahkan oleh raja..untuk mendidk gundik2 dalam keteneraan menyelesaikan masalahnya..itu amanah yang raja bagi so dia kena siapkaan


mcm 2 jugala dgn amanah kita sebagi seorang pelajar kita kene selesaikan amanah kita..amanah kita terhdap Allah,ibu bapa,guru dan kawan2

kalu dapt assgment group so bagi la commitment sepenuhnya..jgn menyusahkan ahli yang lain


saya tahu anda semua mesti pernah belajr hadis

"kullukum ra'in wakullukum masulun 'an raiyatih kan?


so kenapa xnak ambil pengajaran dari hadis 2...


assgment bm..xpernah aku buat assgment samapi mengalir aair mata..rase mcm xcerdik sikit sbb menagis mengenagkan sahabat2 yang kurang memberi kerjasama..

mals nak cerita banyak yang penting saya dah langsaikan amanah yang cikgu bagi pada saya dan akhirnya siap. Alahamdulillah dan bila selesainya assgment 2...

Allah kurniakan nmat kegembiraab xterhingga kepada saya..saya sujud syukur dan menangis sepuas tanda kegembiraan dan kesyukuran atas Allah permudahkan urusan saya walaupun saya terpaksa take over kerja orang lain..

terima kasih Alllah...


titipan untuk kekasihku

bismillahirahmanirahim
assalamuaalikum wbt
rasenye dah lama saya simpan post nie sebab nye saya nak masukkan movie sekali dgnpost nie..tapi saya sendiri xtahu boleh upload x video yang saya buat 2..sebabnya agak panjag juga la..andai nnti video 2 xboleh nak upload,bolh tgk dkt facebook saya
video 2 dah lama siap tapi tangan saya agak malas untuk mengopload semua benda sebab kerja yang agak banyak..ok straight 2 point..
kata2 nie saye ceduk,saya copy dari risalah yang kurun ke beapa entah.saya jumpa kat rumah masa tengah mengemas dulu,so saya ubah sikit bahsa dia supya nmpak lebih moden..kihkihkih..biasa la ambik subjek bm kan sem ni...ok
mari kita hayati bersama-sama

Dengan nama Allah yang MAha pemurah Lagi maha mengasihani
Salam sejahtera buat kekasihku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tak pernah ku temui, namun daku tidak pernah berputus asa mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya
“seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan RAsulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehaha! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai,pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insya Allah

Kekasihku,
“dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya,kecantikannya, dan agamanya.Maka pilihlah hal keagamaannya ,maka beruntunglah kedua dua tanganmu.
Telah dinukilkan panduan sepanjng zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia bligh ini
Jik harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku ini tidak punya apa apa harta didunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkkanbuatku oleh ibu dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti .tiada harta sebagai jaminan bahawa aku akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenanagan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata kata
“ dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepdanya dan jadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang ( ar rum 21)
Jka keturunan yang mulia itu yang kau idamkan, ketahuilah jua aku hanyalah manusia biasa di dunia ini. Ibu dan ayahku telah menitipkan aku di baah pengaasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalh keturnan mulia, ayhanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as sama sepertimu ingiin aku berkongsi lafaz sahih ini dengan mu…

“maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadanya.Jika Allah menolong kmu, maka tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu dan jika is mengecewakan kamu,maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya yang beriman itu berserah diri..” (al imran 159-160)
Kecantikan . itulah pandangan pertama setiap insane. Malahaku meakini bahawa kau juga tidk trlepeas seperti insane yang lain. Ketahuilah jika kecantikan itu yang kau inginkan dariku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang ku cintai. Kau hanya membuang masa jka kau menginginkan kecantikan lahiriaah semata- mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu memnbahagiakan rumah tngga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama samaku menegakkakn dakwah islamiyyah ini dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah kea rah jihad hambanya kepada penciptanya yang agung. Melalui pencaran ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuanagn islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini,aku ingin menjadi isteri yang sentasa mendapt keredhaan Allah dan suamiku untuk mmudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku,kau dan anak2 kita untuk dibiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha ESa. Aku bercita cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjkan Rasul

“ semoga Allah member rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahnyang,dia merenjiskan air ke mukana. Semoga Allah member rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya”( riwayat abu daud dengan isnad yang sahih)
Renungilah firmannya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allahh atas namanya pertmuaan dan jodoh.
“ hai sekian manusia, bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya: dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak, dan betaqwalah kepada Allah yang dengan ( mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu ( a- nisaa’ : 1)


Kekasihku yang dirahmati,
“ kaum lelaki itu adalh pemimpin bgi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka 9lelaki) atas sebahgian yang lain 9wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebhagian dari harta mereka” (an-nisa’ : 34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakana dlam Qalamnya yang mulia, aku menyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-nk pewaris kejihadan islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata mata. Moga diriku sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNYa. Lakukanlah tnggungjawabmu itu dngan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga, insya Allah


Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbngkan akan kehendak bersifat duniawi seata mata.benar?! ketahuilah aku tidak menginginkan hantaran bersusun,mas kahwin yang hanya menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kta dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam mulia, Al-Quran kerna aku menyakini Qalam itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, keranaia adalah laluan untukku menyempurnakan separuh dari agamaku, insya Allah. Akhlaqmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan keran semuanya berada di dalam udara Qana’ah( berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah Negara Jannatunna’im. Lihatlah rumah tangga Rasulullah saw kadang2 berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah saw tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingna hingga ke hari ini.

Terlal panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Ciukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akn kemmbali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada perteuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan
Wasalam


..:::.. Ya Allah gembirakan kami dengan redhaMu..:::..
“ pertemuan..menghadiahkan kita kasih sayang..jika cinta satu pasti betemu.. ia tidak ternilai..kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yang hanya adalh cinta kasih ilahi..kita berpisah hanya sementara kerana pertemuan bukan milik kita.. jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi..biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikma bertemu tidak jemu..berpisah tidak gelisah..