Wednesday, June 20, 2012

6 Julai 2012 - 6 Julai 2013

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum

1hari 1 post..bak kata ku kasmawati
tu maknanya orang tu memang xde kerja

ok la..saya nak tunaikan permintaan budak sorang nie
sibuk sungguh..lmbat lagi tau nak menjelma 6 Julai..
hari-hari dok ngomel pasal x tunaikan permintaan dia..

nah ambik nie
katanya,sila senaraikan apa yang saya nak sebelum menjelma 6 Julai 2013

pertama : syamail Rasulullah

kedua : Biografi Agung Muhammad Rasulullah


ketiga : meluruskan sejarah,menguak tabir fitnah - Al- Imam Al Qadhi Abu Bakar


keempat : 7 Wanita hina, & wanita Mulia - Misbah Em Majidy


kelima : Manisnya Kurma Ini - Dr Fauziah Nor


keenam : Stanza Cinta



ketujuh : Diari Musafir,Jangan Berhenti Berlari - Ust Zaharuddin


kelapan : Pelajar bertanya Prof.Muhaya menjawab

kesempilan : Di Sebalik Tabir Kematian - ok i got it

kesepuluh : bawa saya g jalan-jalan ke Zoo Negara, Perpustakaan Negara atau apa-apa yang ada perkataan " NEGARA" la.

ha dah selesai..cukup sepuluh..ok permintaan anda saya dah tunaikan.
bye2
Assalamualaikum

Tuesday, June 19, 2012

i'll be there


bismillahirahmanirahim

saya bukanlah seorang yang pandai melantunkan puisi
saya juga bukanlah seorang yang pandai berkata-kata
saya juga bukanlah seorang yang pandai mengubah gurindam
tapi saya punya hasrat
untuk meluahkan kata-kata ini pada seorang teman
namun sukar untuk dimainkan dengan kata-kata
mungkin lirik dan bahasa lagu ini
sesuai untuk menggambarkan apa  yang ingin saya katakan
buat teman saya
buat sahabat saya yang sedang dirundung kesedihan,
percayalah,saya sentiasa bersama anda
di mana jua saya berada..
usah segan usah silu
saya sedia mendengar

"if you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooh, Wooooh
yeah Yeah

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song
beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will
remind you

Ohh
Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
You'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooh, Wooooh
Yeah Yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go
Never say goodbye

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
You'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooh, Wooooh
you can count on me cos' I can count on you

~bruno mars- count on me~

Sunday, June 17, 2012

a,b,c

sapa pernah main game nie masa kecik2 dulu? terima kasih dekat dua orang yang sudi tunjuk demo permainan nie

nama saya Adam Mustaqim

maka saya dedikasikan video ini untuk cik vyah dah cik zati..haha...video nie diambil beberpa slot...pas2 gabung2..xsampai 5 minit siap..maka ini hasilnya..lepas tuan yang bercakap tengok video..terus dia meraung..menandakan pergaduhan berlaku antara mok sedara dia dan dia..hahaa

impian saya :-)


alhamdulillah dah seminggu di rumah.. xpernah duduk rumah selama ni..kadang-kadang rasa macam sakit jantung pun ada duduk dekat rumah ni..sebabnya asyik duk dengar budak dua orang tu menjerit je.sakit juga telingan

alhamdulillah "buku mahal" telah sampai separuh dibaca..agak lambat juga proses pembacaan kali ni sebabnya,asal je buka buku, ada sahaja yang memanggil..

sekarang ni duduk di rumah memang agak tak selesa juga sebab tak ada dapur..habis semua dapur gas,tong gas,semua benda yang duk dapur angkut wat naik atas..agak bersepah.sebab sekarang dapur tengah di repair..besarkan sekit dapur,tambah lagi 1 bilik tidur kat belakang dengan tambah satu lagi bilik air...ooo jangan ditukarkan juga atap dekat dapur sekali..sekarang proses tu dah 60 % hampir siap.so kerja2 sebegini memang tidak menyelesakan saya sebab terpaksa bertudung di rumah sendiri (baru je rasa selesa sebab masa balik abang ipar x ada kat rumah) tengok2 diganti dengan 4 orang bukan mahram plak..

ok berbalik pada tajuk entry kali ini..

ha...saya ada impian baru..cita-cita baru
satu hari nanti saya ingin memiliki sebuah kedai buku sendiri..


impian ni muncul bila saya tengok buku saya yang banyak tu..bukan saya nak jual buku-buku saya tu, tapi idea untuk memiliki kedai buku sendiri ini muncul memandangkan minat saya yang sangat "hebat" dengan buku- buku ni..
dengan kata lain..saya minat baca buku..jadi bila ada kedai buku sendiri, saya dah xpayah nak keluarkan duit nak beli buku..

duduk di rumah,saya lebih berminat dengan "buku mahal" berbanding dengan tv. bukan kata saya tak tengok cerita-cerita kat TV,tapi saya tak berminat sangat berbanding tengok dekat laptop,sebab kalau tengol dekat laptop,saya boleh cepat-cepat kan,kalau kat TV,xboleh,sebab tu saya jarang tengok TV, nak buka laptop plak,memang x lama la..jap2 hero datang,nak selamat,xpayah buka laptop..last2 cari la buku.
sebab tu la dah jadi tabiat jot baca buku (tapi saya tak suka baca buku pelajaran)

jadi sebab itulah saya ingin memiliki kedai buku saya sndiri

doakan saya



semua gambar ini adalah ihsan dari il google

Friday, June 15, 2012

untuk yang teristimewa

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum
 dedikasi istimewa ini saya tujukan untuk sahabat saya yang bersama saya lebih kurang setahun lebih.. bermula bulan 5 2011 hinggalah last day kami bersama..
seorang yang ungguh baik budi pekertinya,menyenangkan hati bila memandangnnya..
sejarah bermulanya derap langkah bersamanya bila kami mendaftar bilik bersama-sama..itu pun secara tidak sengaja..
untuk beliau saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk berbilik dengan saya disaat orang lain xnak pun sebilik dengan saya :-) hehehe

memang kami xrapat pun..memang kami jarang jumpa walau sebilik..memang kami jarang bercakap.. kami sama course tapi kami berlainan major..mungkin ini yang menyebabkan kami jarang berhubung.. tpi jauh di sudut hati saya, saya amat berbangga memilikinya sebagai sahabat saya..dia sungguh berbeza dengan yang lain dan dia sungguh hebat..

untuk dia saya nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih
 ~kerana dia..saya masih mempunyai teman
~kerane dia..saya masih boleh bersuara dan bercakap walau di bilik sendiri
~kerana dia..semangat untuk study masih ada
~kerana dia..yang selalu menolong saya
~kerana dia..sudi mendengar coleteh saya
~kerana dia..yang sudi mengejutkan saya dari "lena" yang panjang
~kerana dia..saya masih berjuang di sini
~kerana dia saya lebih kenal orang disekeliling saya
~kerana dia..saya kenal "jalan ke library"
~kerana dia...saya amat kagun dengannya

 berjuang tanpa putus asa..menolong sesiapa tanpa mengira siapa dia..berjuang tanpa mengenal penat dan dia adalah



Nur 'Atikah bt Shuhaimi

Happy Birthday Tikah
May Allah Bless You


Allahumma firlaha..warhamha...
Allahumma faqihha fi ddin wa'alimha bita'wil

untuk tikah semoga misi untuk dijalankan cuti nanti berjaya..semoga semuanya berjalan dengan lancar..semoga Allah permudahkan urusanmu..semoga impianmu untuk menjejakan kaki di taman yang penuh dengan ilmu itu ada berkahnya. barakllahufika shadiqati

with naim
Sabak Bernam Selangor
meraikan Nadya
Meraiakan Dayah Mohammad
rumah terbuka buatan kami
 p/s : walaupun diriku tahu "dia" xakan baca post ini..namun diriku tetap akan menitipkan kalam2 semangatku untuk dirimu walau dimana dirimu berada..kerana diriku tahu "dia" xpernah tahu kewujudan bloh ini..

semoga berjaya dunia akhirat tikah..
< to be continue>

Tuesday, June 12, 2012

imam ~copy paste~

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LAR

~copy paste lagi~
~ingin menitipkan sesuatu pada seseorang yang istimewa..tpi belum berkesempatan untuk menaip dengan sempurna..tunggu shaja..~

cinta random

Ada orang dating 5 tahun tapi lepas kahwin 1 bulan bercerai...

Ada yg kahwin bertahun tahun tiada masalah, tapi Allah s.w.t beri ujian dari segi kewangan (kena berhenti kerja) atau masalah kesihatan (perlu duit bnyak utk operation)...

Ada yg perkahwinan sgt tenang bersama pasangan, sekali tu family pulak buat hal...

Ada yg serasi bertahun-tahun, selepas itu suami/isteri berubah tiba-tiba...

Oleh itu mmg kita tidak boleh tentukan perkahwinan kita akan jadi sempurna atau dapat pasangan serasi sampai mati di dunia... Sbb itulah di syurga tempat "sempurna" dan tempat seronok...

Dan sbb ingin mencari keserasian dan nak perkahwinan sempurna inilah, ramai org Islam buat dosa berterusan dgn dating... Tak dikira lagi dgn duit yg dihabiskan masa dating...

Masa bercinta semuanya indah dan ramai pula akan mula sedar, rupanya perangai pasangan hanya dpt dilihat lepas kahwin, masa dating kebanyakkanya cover....

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi nafsu
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan
Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yang sesungguhnya.



*Andai ada cinta, janganlah ada benci.
Andai ada benci, segeralah memaafi...
*Andai ada cinta, janganlah mengkhianati.
Andai ada khianat, segeralah insafi...

*Andai ada cinta, janganlah mendustai.
Andai ada dusta, segeralah berhenti...
*Andai ada cinta, belajarlah untuk syukuri.
Andai tidak disyukuri, bimbang cinta tiada lagi...



Pada yg pernah bercinta or pernah gagal bercinta , ketahuilah :

Cinta Bukan Milik Kita. Cintailah yg berada di Atas , kerana dialah yg sesempurnanya. DemiNya , tinggalkan lah dia walaupun dirimu sukar melupakannya. Kerana jika dibanding dirinya dgn Allah Azza Wajalla , Dialah segala-galanya. Biar berpisah dahulu , mmbawa hala tuju msg2 , bila tiba masanya insyallah pasti bersua. Di saat itu , jika kau pasti agama dan akhlaknya sedialah menerimanya sbg teman hidupmu. ^___^

p/s :: Ingat ! Cinta Bukan Milik Kita :)


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu". ^_^ TRUST . ? In sha'Allah ? Assalammualaikum.



~entry copy paste~

Monday, June 11, 2012

cuti vs cuti

assalamualaikum
wah alhamdulilah cuti dah bermula...
sebelum cuti dah merangcang apa yang patut dilakukan cuti nie..
plan A dan Plan B

plan A nak kerja sebab nak tampung kos RM1500 untuk bulan 9 tahun depan
paln B duk rumah je...wat kerja dotdodot

akhirnya plan B juga yang pilih sebabnya kat rumah nie masih ada 3 orang budak nak kena jaga..
so rutin cuti kali nie sikit berbeza dari cuti2 sebelum nie..

kalau cuti sebelum nie..pagi2 bangun just siapkan diri sendiri dan g kerj..balik kerja..siapkan diri sendiri dan tido..

tapi kali nie

bangun-bangun je tido dah dengan suara merdu si fatihah duk ngaji dengan mak saya..hehehe..budak baru nak belajar bercakap banyak plak mulut dia

duk2 sekejap...dah pkul 7..hero berdua dah nak g sek..awal kan dia g sekolah..heheh...
maka tinggallah saya dengan si fatihah..so mula plak rutin dengan fatihah..
suapkan dia makan..mandi kan dia..bagi dia susu..ok time untuk dia tido...

fatihah dah tido...
misi kemas rumah...
kemas rumah x penat sangat kot..sebab dapur x payah masuk kemas
sapu2 rumah..beranda siap...
tunggu hero dua orang balik sekolah..

serius..cuti yang sangat x penat mcm biasa...cuti kali nia agak bosan dan paling syok..cuti kali nie semapt nak tengok tv...

p/s : saya x masuk dapur sebab dapur tengah renovate..nak tambah 1 lagi bilik tidur kat belakang..( biasanya kalau repair2 rumah nie..ada orang nak khwin)- teori rumah saya dengan rumah jiran sebelah...



~sekarang saya dah besar dah~

~bye2..kami g sekolah dulu~