Friday, July 27, 2012

siapakah mereka

Assalamualaikum

di satu petang

"one message received"
    syahirah rahmat

maka kawan saya pun cakap : syahirah mesti kawan baik fidah kan

saya...senyum...
pada sapa2 yang selalu tengok dan tertengok saya selalu berbalas message dengan syahirah mesti akan cakap macam tu..dan insan dia atas bukan orang pertama dan mungkin juga buka yang terakhir

satu ketika dahulu..lebih kurang seminggu dahulu sebelum biah kawin ketika mana saya ditanya
"fidah g tak kahwin beah nanti?"
bila saya kata tak nak pergi...semua akan cakap
" ish fidah nie..kawan baik sendiri kahwin pun tak nak pergi"
sampai hari nie dah saat post ini dilakarkan, mesti ada yang bertanya saya
" fidah, kawan baik fidah ( biah ) mcm mana? dah mengandung belum?"
sekali lagi hanya senyuman yang dibalas
tetibe teringat dulu..ada sorang tu merajuk dengan saya..sebab katanya saya asyik kawan dengan biah je..24 jam..termanggu manggu saya masa tu..terkejut kejap masa tu..hehehe
kenangan betul la..

dan di satu hari yang lain...
sapa2 yang pernah datang bilik saya mesti akan perasan sekeping gambar saya dengan seorang..aisyah idris dan orang yang tengok tu mesti akan cakap
" fidah dengan dia mesti kawan baik kan?"
saya....senyum sudah la...

jadi siapakah mereka di hati saya?
dan siapakah saya?
jawapan yang masih perlu dicari oleh diri sendiri...terconfius dengan statement orang2 sekeliling menyebabkan diri sendiri yang confius bertambah confius...
tunggu jawapan next post..

~baru je lepas mimpikan rabiah rahim...teman dia jumpa adik dia kat masjid..~
tetiba je mimpi mcm tu..ish2...

Tuesday, July 17, 2012

love YOU

. ... ★
..'''' 人
' (___)
. ┃口┃
. ┃口┃
..┃口┃       ★
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)     .人    
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______
. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
━━━(ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN )━

Tawaran masuk ke Universiti
Tarikh: 3 hari lagi dari sekarang
Nama universiti: University of Ramadhan
Course wajib: Puasa sebulan
Course special: Tarawih
Konvo: Maghrib 1 Syawal

CARA ELAKKAN VIRUS PADA BULAN PUASA.

'Enter' the masjid

‘Forward’ your solat
‘Download’ pahala
‘Firewall’ your iman
‘Backspace’ from syaitan

‘Bookmark’ to Allah SWT
’Delete’ Allah’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah
‘Help’ your muslim brothers n sisters
‘File’ your amal
‘Edit’ your akhlaq

‘View’ your good and bad deeds
‘Search’ the straight and right path

And Insya-Allah you will never get 'virus'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam Ramadhan.

Semoga PUASA kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Amin.

Monday, July 9, 2012

rusuk kiri

Ketika aku remaja
selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau tidak

Puas aku cuba membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.



p/s : copy and paste

Thursday, July 5, 2012

2 in 1 versi kedua

2 in 1 versi kedua,
sambungan kisah kawan baik
 ~kawan yang baik akan sentiasa menenangkan kawannya yang berada dalam "kegelapan" api kemarahan.~

~kawan yang baik akan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk kawannya yang tengah "down"~
~kawan yang baik akan sentiasa memberi pencerahan untuk setiap perkara yang kabur~
~kawan yang baik tidak membelakangi kawannya sendiri~
+++ sebaik mana pun kawan kita,kita dengan kawan kita,jangan kita lupa kepada kedua ibu bapa kita,jangan sekali-kali "meninggalkan" ibu bapa dalam setiap keputusan yang dilakukan+++
+++ serius,sebaik mana kawan baik anda melakukan perkara-perkara di atas,belum dapat menandingi ibu bapa kita+++
+++ ok motif post ni nak bagitau,cintalah ibu bapa anda+++
really2 miss my love and beautiful mummy..moga2 sihat selalu bonda...


next story...

satu nasihat dan pesanan dia yang saya pegang sampai sekrang..
"apa-apa yang terjadi,berlapang dada lah..InsyaAllah semuanya akan ok.."


venue ucapan beliau adalah di IIUM Mosque,level 2,tepi pintu
tarikh yang tepat tidak dikenal pasti,tapi 2nd sem 2nd year...



siapakah dia?
dia adalah....


:
:

:

:
:

:

:
:

:
:
Rabiah Bt Abdul Rahim
p/s : beah dah masak ke nasi goreng sardin?

Tuesday, July 3, 2012

2 in 1



~kawan baik akan tolong kawan dalam keadaan susah dan senang~
~kawan baik akan tolong kawan dalam keadaan dia susah dan senang~
~kawan baik akan sentiasa bersama dalam keadaan susah dan senang~
~kawan baik akan sentiasa mendoakan kawannya~
~kawan baik akan sentiasa menghormati pilihan kawannya~
~kawan baik akan sentiasa menjaga rahsia kawannya~
~kawan baik tidak akan membiarkan moodnya mempengaruhi keadaan sekeliling~
~kawan baik akan cuba mengelakkan menyusahkan kawannya~
~kawan baik akan sentiasa ada untuk kawannya~
~kawan baik akan meraikan kawannya~
~kawan baik tidak akan melukai hati kawannya~
~kawan baik tidak akan mengkhianati kawannya~
~kawan baik tidak perlu bersama 24jam~
~kawan baik ada 1001 cerita disebaliknya~
~kawan baik ada rahsia diantaranya~
~kawan baik tidak akan mengumpat kawannya~
~kawan yang baik tidak suka bergosip~
~kawan baik akan mengajak kearah kebaikan~
~kawan baik tidak mengajak kepada keburukan~
~kawan yang baik akan mengucapkan terima kasih pada setiap pertolongan dan pemberian~
~kawan yang baik,tidak memerlukan ucapan dan penghargaan atas setiap bantuan yang dihulurkan~
~itulah kawan baik. sudahkah anda menjadi kawan baik?


next story
ramai yang tanya saya,kenapa x update cerita rabiah rara kahwin ha?
jawapan saya : saya xtau nak cerita apa,sebab semua orang dah bercerita tentangnya..cuma satu saya nak bagitau,dia nampak sangat-sangat cantik di hari perkahwinannya..sampai saya "terexcited" tengok dia..
xtau nak kata apa,xsangka "jiran" dalam kelas saya dah menjadi kepunyaan orang...
apa2 pun,mabruk alaiki...


sangat comel kawan saya kan kan kan


ini diaolog saya dengan kak cik
~emm lepas ni, beah dah ada teman~
~emm lepas ni, beah dah xleh nak sembang2 dengan kita lama-lama macam dulu dah~
~emm lepas ni, nak xboleh nak usik beah mcm selalu dah~
~emm lepas ni, tiap2 minggu beah balik~
~emm lepas ni, xboleh naik kenderaan awam dengan beah lagi dah,nanti ada je orang hantar dan ambik dia~
~emm lepas ni, beah bla bla bla & bla~
~emmm semuanya lepas nie...lepas ni,apa yang berlaku?
apa2 pun alhamdulillah selamat membawa pergi dan pulang 10 orang anak dara ke Melaka :-)

##bila Allah dah bagi peluang untuk berubah ke arah jalan kebaikan,tapi kamu tidak mengambil peluang itu,tidakkah kamu takut Allah tidak akan memberi peluang lagi kepada kamu##