Tuesday, November 27, 2012

Fitnah Kubur


Imam Al-Bukharidan Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik sabda Rasulullah s.a.w, “Apabilaseseorang diletakkan di kuburnya, dan para pengantarnya telah kembali, sehingga ia mendengar suara langkah mereka, pada saat itu dua orang malaikat dating dan mendudukkannya. Keduanya lalu bertanya: “Bagaimana pendapatmu tentang laki-laki ini?” maksudnya: Muhammad s.a.w. Jika ia seorang mukmin, ia akan menjawab dengan tegas, “Aku bersaksi bahawa ia adalah hamba Allah dan rasul-Nya.” Kedua malaikat ini lalu berkata, “Lihatlah tempatmu di neraka.Allah telah menggantikannya dengan tempat di syurga.”
Adapun jika ia seorang munafik atau kafir, maka ketika malaikat itu bertanya: “Apa pendapatmu tentang laki-laki ini?” ia menjawab, “Aku tak tahu. Aku hanya mengikut apa yang diucapkan manusia tentangnya.”Keduanya lalu membentak dengan kasar, “Engkau tak tahu dan tak membaca!” Ia lalu dipukul dengan godaman dari besi di (bahagian kepala) antara kedua telinganya. Dia memekik dan suaranya didengar semua makhluk selain jin dan manusia.” Hadis ini berisi beberapa pengajaran penting yang mesti kita perhatikan untuk menyelamatkan diri kita dari azab kubur.Salah satunya kewajiban mempelajari agama, terutama yang berkaitan dengan akidah, sehingga mencapai keyakinan dan persaksian sepenuh hati (syahadah) atas kerasulan Muhammad Saw. Mengabaikan hal ini hanya akan mengundang hardikan Munkar dan Nakir, “Engkau tak tahu dan tak membaca!” Beberapa ulama hadis, antaranya Imam Badruddin Al-‘Aini dalam Umdatul Qari fi Syarh Sahih Al-Bukhari, mentafsirkan ucapan itu dengan “engkau tidak pernah meyakininya dengan istidlal (pemikiran sendiri), tidak pula (meyakininya dengan) mengikuti penjelasan ulama melalui buku-buku mereka.”Sehingga secara bebas, kita boleh menterjemahkan ucapan ini, “Engkau tidak tahu dan tidak pernah ingin tahu.”Singkatnya, ucapan ini sebuah celaan atas orang-orang yang tidak pernah mengindahkan akidah dan syariah sebagaimana perilaku sebahagian orang moden di masa kini. Bagi mereka, kulit wajah jauh lebih penting daripada agama.Jika satu jerawat saja tumbuh di hidung mereka, atau kerepot terlihat di bawah mata mereka, terasa dunia ini telah kiamat.Apa pun mereka akan dilakukan untuk menghilangkan jerawat dan kerepot itu. Namun ketika akidahnya tercabar, keimanannya dipersoalkan, ia masih dapat makan dan minum dengan nikmat seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa. La hau la wala quwatailla billah. Menyesallah Sebelum Menyesal Jawapan sempurna untuk soalan Munkar dan Nakir hanya dapat dilakukan dari sekarang. Iaitu dengan cara menyedari kekurangan yang terdapat di dalam sikap keberagamaan kita, lalu berusaha menyempurnakannya dengan sekuat tenaga. Mulailah menyesali kekurangan diri selagi penyesalan ini masih bermanfaat. Sebab apabila kita telah berpindah ke alam kubur, penyesalan sebesarapa pun sudah tidak bermanfaat lagi. Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullahs.a.w. bersabda, “setiap yang meninggal dunia pasti menyesal. Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya.Jika dia orang jahat, dia menyesal karena tidak berhenti daripada kejahatannya.

Petikan dari artikel Mahmudah
Oleh Us Umar M Nor Dalam Majalah SOLUSI

Friday, November 23, 2012

Andainya Cinta itu hendak ku beri...



Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
kaifa hal?
Andainya cint itu hendak ku beri, ada syaratnya, bukan dengan semudahnya semudah memetik epal di pokok, bukan sesenang memetik jari untuk menarik perhatian, bukan juga semudah A,B dan C.
Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, maka pilihan saya adalah :

1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, sembahyang pada awal waktu. Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. berlembah lembut dalam ketegasan atau ketegasan dalam berlemah lembut...Sabda Nabi SAW
"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah 

Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang ada maksiatnya..

4. Amanah 

5. Tidak Boros 
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak. bak kata teman.." fidah cari la orang kaya"

6. Tidak Mengelingas Matanya 
apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang di sekelilingnya. Jika ya,maka dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami. 

7. Terbatas Pergaulan 
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang. 

8. Bertanggungjawab 
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab. 

9. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang dicari.

10. syarat-syarat lain: boleh menerima diri ini dengan seadanya sebagaimana saya boleh menerima dirinya, memahami ooo dan yang paling penting jangnla yang kuat cemburu..kalau yang dapat yang pendiam pun ok gak..dan Alangkah gembiranya hati jika sidia bernama bermula dengan huruf "A"..







p/s : namun diriku sedar siapalah diri ini, untuk mendapatkan insan sesempurna ini...???

Sunday, November 18, 2012

kalah :-(

 kalah dengan nafsu sendiri itu amat perit sebenarnya
lebih perit dari kehilangan barang kesayangan
mujahadah melawan nafsu 
itu
bukan perkara yang senang

hati mula bertanya
jika sekarang sudah begitu susah untuk 
menjaga hati
melawan nafsu
macam mana keadaannya nanti 
bila berjauhan dari
Taman Budi & Ilmu ini

puas ku mencari
hati yang "dulu"
entah kemana hilang
sudah puas, namun putus asa itu bukan matlamat

namun kalah
kalah
dan kalah

cuba untuk bangun
dari angan-angan yang belum pasti
cuba sedarkan diri sendiri
jalan yang bakal ditempuh 
masih panjang

teruskan perjuangan
melawan nafsu
ajar terus mujahadah
untuk terus menjaga hati
bersih dan selamat


***
coretan hati 18 NOV 2012

Sunday, November 4, 2012

kenapa sepi?

bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

apa khabar iman hari ini? macam yang saya pernah janji dulu..nak update kan..tapi ni bukan "update" yang saya janji dulu tu..

kenapa dibiarkan sepi saja blog ini tanpa update...

reason pertama :

see...huruf di keyboard tercabut..dah xboleh nak tekan dah..

kemudian saya pun repair la keyboard tu..beli keyboard baru..RM00..hasilnya...tadaaa


 sehari lepas siap laptop nie skrin plak yang rosak...kalau nak repair skrin total cost dalam RM500.. jadi selepas berfikir dan fikir..maka hasilnya


selamat tinggal lenovo..selamat datang toshiba..


reason kedua:
bila dah dapat laptop baru masalah broadband plak..dia xdetect plak kat laptop baru..huhuh..termasak bermujahadah godek sana vs sini..untung ada seorang Brother ni tolong setelkan problem tu....

reason ketiga
menghadapi hari-hari terakhir bergelar pelajar undergraduate di bumi UIA ini sungguh memenatkan..terutama bila berdepan dengan fiqh Uqud..tapi seronok..
keterbatasan waktu yang ada terpaksa dihadkan dengan perkara-perkara penting dahulu
sekarang assgment fiqh uqud dah setell.,midterm lagi 2,second midterm lagi 1..assgment berderet lagi..

reason keempat
saya punya komitmen lagi satu terhadap rahsiahatidotcom..

Thursday, November 1, 2012

Janji

bismillahrahmanirahim
Assalamualaikum

dah lama kan tak update..banyak perkara ada dalam fikiran yang kene selesaikan satu persatu..
masa semakin  suntuk..makin "ketat" dalam meniti tahun-tahun terakhir disini.-doakan-

tapi janji
InsyaAllah akan di update dalam masa terdekat
janji
janji detepati :-)

saya janji..
tunggu saya tunaikan janji saya