Friday, May 18, 2012

DIAM!!!!


bismillahirahmanirahim
assalamualaikum
Renungkanlah waha isahabat sahabatku yang dirahmati ALLAH SWT,
Mengapa lidah kelu disaat kematian?
Tetapi kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. 
Cuba kita amati. 
Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimic mukanya yang menahan kesakitan  “sakaratulmaut”.

Diriwayatkan dari sebuah hadis yang bermaksud :“hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’


Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang beragama islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadholatnya!
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendimkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hamper tiba maka kita tidak dapat mengucap dua kalimah sahadah, yang mana sesiapa yang dapat mengucapakan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut  Allah  dengan izinYa menjajika nsyurga untuk mereka. 
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut


“YA  ALLAH! ANUGERAHKANLAH KEMATIAN KAMI DENGAN KEMATIAN YANG BAIK LAGI MULIA,LANCARKANLAH LIDAH KAMI MENGUCAP KALIMAH “LAILAHAILLALLAH…..” SEMASA SAKARATUL MAUT MENGHAMPIRI KAMI…AMIN…AMIN..AMIN YA ROBBALA’ALAMIN

“orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengigati mati”

Wednesday, May 16, 2012

jatuh cinta lagi :-)


assalamualaikum
mesti hairankan..
kenapa begitu kerap saya mengceritakan tentang cinta
tapi yang pasti kali ini bukan cinta kepada manusia
tapi cinta pada sesuatu yang tidak bernyawa tapi mampu membantu kita disana kelak

bila tiba sahaja musim peperiksaan
ramai sahaja yang mengaku bahawa dia telah jatuh cinta
ya
jatuh cinta pada buku
jatuh cinta pada ilmu
jatuh cinta pada meja study - itu sudah pasti
jatuh cinta pada library

yang pasti yang dahulu pencinta sejati kepada katil
akan cuba menjauhkan diri dari katil,
pencinta movie akan mengrantai laptopnya di dalam loker..
tentu sahaja mereka yang tidak pernah mendekati pensyarah-pensyarahnya
akan cuba untuk mendekatinya.

ya..kali ini masa untuk jatuh cinta..tidak kira siapa kita
pelajar taman budi dan ilmu
pencinta ilmu
pengemis ilmu
pemberi ilmu
pasti tengah bertungkus lumus untuk bercinta dan "mengorat" ilmu
untuk menjadi teman setia hidupnya..
atleast teman setia sehingga examnya selesai kan

wahai diriku dan seluruh pembaca
tajdidlah niat itu
perbaharuilah niat itu
bercintalah dengan ilmu
bukan kerana exam
tapi kerana Allah Yang Maha Agung.

bila bercinta dengan ilmu kerana exam
ada "padah" yang sedang menanti
percaya atau tidak
itulah yang harus ditempuhi

teringat satu cerita
kisah benar
realiti mahasiswa...
bercinta dengan ilmu kerana exam

::::::::::::::::::::::::::::::::pada suatu hari:::::::::::::::::::::::::::::::::
"minah,kau dah habis baca belum econs?"
"dah...kau tipah?"
"ishhhh..exam aku berderet-deet nie..quiz xhabis-habis lagi...minah xpela..xde exam..."
"xpe ah..baca slow2..InsyaAllah..Allah tolong.."
"aku bukan apa..kalau tak habis nanti pointer aku turun..aku ni dah la dean list..hishh risau aku"
maka setelah bertungkus lumus..maka habis juga subject econs dibaca oleh tipah.

selepas beberapa hari  
"woiii minah..kau dapat bape econs?"
"alhamdulillah..sikit je.tapi ok la...saya dapat 7/10 je."
"aku dapat atas 1 dari kau..aku dapat 8/10.presentation dengan assigment kau weh?'
"bersyukur dengan apa yang Allah beri..presentation dapat 9/10..assigment dapat 13/15..tipah pulak macam mana?"
"wah best rrr kau..aku punya tajuk susah kot..xbanyak buku perbahaskan tentang tajuk aku tu..aku dapat 8/10 je presntation..assgment plak dapat 11/15.."
"alhamdulillah"
"ishh mana aci nie..carry mark kau lebih tinggi kot dari aku.."
"xpela..xbanyak pun kan beza kita..dua je"
"alaa..aku nak dapat A econs..nak kekalkan dean list aku 2"( sambil merungut kepada lecture yang mengajar, mengtakan sistem pemarkahan yang tidak adil dan membahagian tajuk assggment yang tidak adil untknya".

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
duhai sahabat sejatiku...
belajarlah kerana Allah
bukan kerana exam
letakklah piawaian yang terbik untukkmu
tidak salah mengejar dean list
tapi yang salah
bila meletakkan dean list sebagai
"goal" yang utama...

duhai diri yang sedang berusaha
letakkanlah Allah matlamat utamamu
nescaya engkau tidak akan bersedih andai markah yang diperolehi dalam peperiksaan tidak menepati targetmu
kerna ku yakin...markah bukanlah penentu segala-galanya..
mungkin ketika dirimu yang sedang berusaha,
ketika menjawab soalan peperiksaan itu,
Allah hijab sekejap ilmumu..untuk menguji dirimu..
bersabarlah...

duhai diri yang sedang menggapai impian
tajdidkan niatmu selalu
Allah sentiasa bersammu selalu
janganlah meletakkan dean list sebagia impian utamamu
kelak kau akan menangis
kelak kau akan kecewa
andai kau bahagia
mungkin hanya seketika..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::
"macam mana nak tahu kita belajar kerana Allah?
pada saya...jika dirimu ingin mengetahui adakah belajar kerana Allah
maka cuba tanya dirimu
"apa yang kamu ingat tentang subjek itu setelah peperiksaan berakhir?"
"jika diminta untuk ditunjuk ajar oleh junior-junior mu,berbekalkan result A,adakan kamu mampu untuk mencurahkan semula ilmu tersebut kepada mereka...

Ya Allah kuatkan kaki yang sedang cuba melangkah kepadaMU..doronglahnya...pandulah jalannya...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::
butaufiq wanajah untuk semua bakal pemimpin negara
exam bakal menjelma..seminggu sahaja berbaki..
gunakan sebaiknya...
pesanan untuk diri sendiri juga

dari  si pengemis ilmu
buat pemberi ilmu
sukran jazilah kepada semua asatizah-asatizah saya yang telah mendidik saya selama ini..

Monday, May 14, 2012

hawa

assalamualaikum
entry sebelum nie tentang adam..
kali nie berbicara dari rasa hati seorang hawa untuk hawa
untuk hawa yang cemburu melihat kawannya, sahabatnya yang bakal menyempurnakan separuh dari agamanya




Kepada Hawa
Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. 


Hawa pula, 
tunggulah dan bersabarlah, 
tak perlulah kamu yang mencari Adam. 
Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, 
dia akan datang mencarimu dan 
mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah 

berdoa agar Adam yang datang itu adalah 
Adam yang beragama, 
beramal dengan agamanya dan 
punya akhlak yang baik. 


Dengan kata lain 
dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus 
untuk ke syurga.


wahai hawa
ingatlah
JODOH itu rahsia ALLAH S.W.T.
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...J
ika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama dia...Kita tetap tidak akan bersama dengannya •.?•
Jika ALLAH telah menulis jodoh kita bersama dia...Kita tetap akan bersama dengannya •.?• Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, InsyaAllah.
Tiada Yg Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancan Dan Sebaik-Baik Yang Merancang Itu Adalah Allah s.w.t... :)
Cukuplah sekadar aku mencintai dan dicintaiNya, nescaya aku bakal dicintai oleh seseorang yg juga mencintai dan dicintaiNya.



selamat bakal pengantin baru buat
::: eros dan pasangan:::
:::kak miyah dan pasangan:::
:::beah dan pasangan:::


doa buat kekasih




p/s: soalam bertalu2 kepada saya 

"fidah bila lagi?"

hanya mampu membalas dengan senyuman..
dan jawapan hati berkata
"insyaAllah selagi belum menggegam ijazah...
maka perkara ini tidak akan bermain dalam fikiranku 
.cuma doa sahaja mengiringi setiap impian dan harapan.
ada misi yang lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu...

Saturday, May 12, 2012

adam

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum wbkt


Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu. kerana kau adalah ketua.Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.Akan ku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku.Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama.Ajarilah akuYaasin dan memahami al-Quran.Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam jumaat yang penuh barakah.Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu.Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan n ahi mungkar.

Adam ku,
Ajariaku agar menjadi isterimu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah.Ingatk anaku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu.Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calons rikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.


p/s : mood ramainya la kawan saya yang nak kahwin
barakallhulakum

Sunday, April 29, 2012

5 minit pun xsampai :-)


Assalamualaikum
penat mengedit assgment..jom cari pengisian hati sebentar..5 minit je.

ketika bertanya seseorang kepada Rasulullah tentang perbandingan antara dunia dan akhirat lalu menjawablah nabi:
             
 “adapun segala keseronokan di dunia ini tidak lain adalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya sebab jika dibandingkan dengan kenikmatan yang terdapat di dalam syurga maka dunia adalah tidak lebih seperti seketul bangkai yang ditarik atau direbuti oleh beberapa ekor anjing.”


Sewaktu bertanya lagi seseorang kepada Rasulullah tentang perbandingan antara dunia dan akhirat maka menjawab pula nabi :
       
 “celupkan jarimu ke air laut maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah dunia manakala  air yang selebihnya tertinggal di segara lautan itulah akhirat.