Showing posts with label coret-coret. Show all posts
Showing posts with label coret-coret. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

iium peers graduation night

just picture
orang kata action speaks loud than words kan..
tapi saya nak tukar...
picture speaks loud than words

barisan-barisan peers 14th batch

our covering advisor...
bro wan yang baik hati

head CSC
mdm Noraini

yeeee..dah dapat sijil

special award : most famous
nurl fadlin arifin

"dara" award
intan paraha misnan

ni antara makanan yang diberikan pada malam tersebut
ada lagi tau..
barisan actor2 untuk gimik
~tengok la sapa director nya~

xde motif gambar nie..
~semua orang berebut nak bergambar atas nie~

special award: most comited
kak atie...



ni award "uda"

dapat hadiah dari cik sabirah

bagi hadiah dekat yan
~malas nak rotate gambar~

bersama cik tiqah
~sebelum bermula gimik~

cik tie yang "sleep in peace"
bak kata en din..

ni la kerja kalau VIP datang lambat kan

kerja2 kami berdua

kan dah cakap...
semua orang nak bergambar atas pentas..
termasuk budak dalam gambar tu

ni la barisan actor2 gimik
good job la korang


Monday, September 26, 2011

retreat 3- pangkor island

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum ..

wah kali nie sanagt-sangat best Retreat 3 nie..
kenapa?
sebab buat kat pulau pangkor

bukan senang nak ke sana
percuma plak 2...
bak kata tikah
pakej honeymoon untuk Peers

bermulanya kisah macam gini

1st meeting
kata kaer nak g Impiana Camp
so ala xpela..mana2 pun xkisah

2nd meeting
dengan abg Wan...Bro wan la sedap sikit...
bila ditanya kat mana retreat 3 akan dibuat
jawabnya: surprise!!
cuma pesannya bawa duit RM20

ikut tentetive 6:30 pagi dah nak bertolak dari UIA
tapi ada sorang 2kan..6:30 baru nak turun dari bilik
hehehe...sorry u guys...
masa dalam bas tu la dapat tahu yang Retreat 3 akan dibuat di Pulau Pangkor
masa 2..pandang tiqah..tiqah pandang saya...:-)

sampai pulau pangkor check in..
rehat-rehat jap
pastu continue dengan agenda seterusnya...
presentation scrap book

opss sebelum 2 ada "game"
~human mechine~
group kami buat toaster machine
dan of course group kamu yang dapat tepukan paling gemuruh
~gemuruh la sangat kan~

pas2 sambung la dengan presentation
Praise to Allah
saya xkena present
dari dalam bas lagi duk pikir...
adoi nak present pasal apa la...

rest jap..sambung dengan outdoor activity
abg Wan kerah kami main Volley Ball
masa tahu 2..
otak duk ligat ingat macam mana teknik nak main VolleyBall
(Ku Kasmawati dan Nurdiyana Abdullah)
~sory xifu..dah lupa cara nak main...~

habis main hentam kromo jela main
dah 2 main baling dekat-dekat net..
dek kerana Peers kepupusan kaum Adam
maka setiap group akan diberi seorang kaum Adam
maka terlepasla  seorang "pakcik" ke dalam group kami

lepas main VolleyBall
kami g jalan-jalan tepi pantai
hahah
ada orang cakap kat saya
"amboi fidah..seronok bukan main ye "date"  tepi pantai petang2 macam nie"
g jalan-jalan dengan tiqah
kami g jauh-jauh dari orang sebab kami nak bergambar sakan
(maklumlah kami kan pemalu..malu nak ambik gambar depan orang ramai)
alih-alih ada juga 4,5 orang makhluk Allah yang kami kenal duk ada kat tempat kami
so kena cover-cover la aksi 2
tengah duk syok-syok bergambar
cik sabirah datang ajak naik banana boat

maka masuk lah laut kami bersembilan orang
(saya,tiqah,yan,ema,su,bie,farha,fadh dan farah)

malam 2 plak kami sambung program kami
resolution....apa entah
macam biasa..present...
kami serah kat fadh la suruh dia present...
saya dengan tiqah kerjanya pegang kertas sahaja

malam bro Wan benarkan kami g jalan-jalan tepi pantai..
tapi kami g merewang kat lain..g jalan-jalan kedai cenderahati...
jalan-jalan sekerat.tiqah cakap dia sakit dalam perut...
saya pun ajak dia balik sebab
she need rest...

serius bangun pagi alarm bunyi pukul 5 tak tersedar langsung
lepas bersiap..
kami berlapan merewang rewang tepi pantai
g pun tak cakap kat sapa-sapa
pandai-pandai kami je..
syok xde orang kat pantai
apa lagi semua sibuk nak bergambar
7:30 balik resort untuk breakfast..
tapi breakfast lambat siap
duk ngadap TV dekat reception..
lepas makan ada short briefing
pas 2 bertolak ke pantai lagi...
kali ni menuji ke COral Island 
( tempat senario berlakon untuk cerita Senario Beach Boy)
naik bot..pusing-pusing laut...
ditunjukkan tempat-tempat menarik kan..

pas2 kami dibenarkan untuk mandi laut...
masa nie la ada la brothers nie jumpa gamat 
dan tunjuk dekat kami rupa gamat yang sebenar..
(ada benefit juga budak2 nie)
lepas puas mandi sambung bergambar lagi...
nasib la sapa2 yang duk dekat dengan kami
jadi mangsa jurukamera kami yang tidak bertauliah dan tidak bergaji kan

lepas 2 kami dibawa untuk snorkling..
1st experiance
sebenarnya xconfident pun nk turun laut 2..
tapi bila tengok sorang-sorang turun
lalu memberanikan diri untuk terjun juga laut yang dalam 2 kan...
lepas puas berendam dalam laut..
nampak ikan yang cantik-cantik
maka naik la kami ke bot untuk balik

masa naik bot..
alamak kepala dah pusing-pusing
si farha siap muntah-muntah lagi
masa nak balik chalet 2..
rasa macam nampak jalan tu ada dua je
dah macam apa entah
pening weh

sampai bilik
siap2kan diri
macam biasa
kami orang terakhir yang siap
makan tengah hari
pas2 balik la kami...

masa dalam teksi
huh!
ada seokor cicak lalu depan kami dan lekat dekat pakaian saya
maka berlakulah dan terkelurlah suara yang xpatut keluar kan...

lepas 2 nak turun teksi,nak angkat beg
terhantuk la kepala yang memang dah pening kat pintu belakang van
aduhhh memang sakit la kan
xternilai sakit 2..
benjol la juga kepala sikit
tapi Alhamdulillah dan xnampak sangat dan benjol 2..

and
akhir sekali sampai UIA dalam pukul 7+++pm..

 kami dah sampai pangkor...:-)


 ni dalam teksi..otw nak ke chalet kami..


 lepas main volley ball


 permandangan pantai kat pangkor
( bila tengok baik-baik..macam kenal je dua orang tu)

 cantik kan...

 lepas dinner
(orang suruh masuk dewan,kami sempat lagi bergambar)

 masa resolution
( semua ini hanyalah lakonan semata -mata terutama yang pakai baju kuning tu)
hahaha..sorry abg wan..

 bila anak dara keluar malam
(kredit to abg wan tolong ambikkan gambar)

 orang lain duk bersenang dalam bilik kami dah turun pantai dah...

 otw nak ke coral island..nak buat snorkling
(muka excited belake)

 ni la tempat kami tinggal

bergambar dengan kak ismi
 aik...bila plak abg wan masuk dalam gambar?

 coral island
ni roomate nombor 7
groupyang terbaik la

 snorkeling time!!

 the other members of IIUM Peers 14th batch

ciptaan Allah
Subhanallah


p/s : sila bezakan tiqah dan tikah
      :kak Ismi ialah pembantu advisor IIUM Peers
      : bro Wan or Abg Wan adalah advisor Peers buat sementara waktu menggantikan Madam Nordinah     yang sedang di dalam pantang

Sunday, September 18, 2011

SEMUANYA TENTANG LAPAN

bismillahirahmanirahim

semuanya berkaitan dengan lapan..
tapi bukan cgpa 3.8 ye...

sekarang duk bilik 3.8...
lapan...
apa yang penting dengan lapan nie ye..sampai kena wat post pasal nom lapan nie..
ha..mai nak habaq mai nie..

keypad nom lapan pada handphone saya dah xboleh guna..
bukan setakat nom lapan je..
cancel dan shortcut pun dah xboleh guna juga
sebab apa ye...
sebab handphone 2 dah sampai tahap kritikal dah
maka orang yang "gatal-gatal" duk sms dengan saya
akan menerima messege sebegini rupa daripada saya..

contoh 1:
 wasalam...sekarang nak g kelas..jap lagi la..nanti apa2 inform la awal2 siki+

contoh 2 :
k_ bilik diyana boleh online x?

contoh 3:
+ikah nak b_ka p_asa ka+ mana ni?

contoh 4:
fiqh zaka+,fiqh mawari+h, adila+ ahkam, ij+ihad wal if+a', fiqh _srah...

contoh 5:
ala kak nani.._m_r je t_a,wajah awe+ m_da lagi

bagi yang faham mesej dari saya xpe..bagi yang xfaham memang cari masalah kalau mesej dengan saya kan..

 sekarang nie kalau nak guna calculator dekat hp..
tiba2 nak menambah nom lapan terpkasa la buat
...+7+1
kalau nak kunci jam pukul 8
kena la kunci pukul 7:59
tapi ada 1 muskillah disini

kalau nak taip nom hp orang

contoh :
0134567890
tgk nom orang 2 ada nom 8 kan...
jadi maksudnya mcm 2 la..
nom orang 2 mmg xkan tersave la dlm hp saya

kalau nak topup yang pkai kad 2...
cnth:
16 angkanya
1234567891234567

makan saya akan pergi dekat messge..type messege

*122*1234567lapan91234567#
ema/dayah tolong tukarkan nombor lapan 2 pada nom

messege sent...
mcm 2 hidup saya tanpa nombor lapan..




semuanya gara2 nombor lapan
hidup saya kurang sikit
p/s : bila nak dapat hp baru nie...

itulah kisah saya dengan nombor lapan
sekian.......
      

Wednesday, July 6, 2011

genap setahun di uia bersamaan 21 tahun di bumi Allah

bismillahirahmanirahim
 assalamualaikum semua

 "happy birthday to me
happy birhtday to me
happy birthday to me
happy birthday to me"

 happy birthday to cik enun
happy birthday to cik enun
happy birthday to cik enun
happy birthday to cik enun kembar saya"

 mula -mula nak wat post kat cik enun..
enun..
selamat hari lahir yang ke 21
dah dapat kan msg dari saya
so seglanya dah tertulis di situ
so pas ni cepat-cepat g daftar mengundi
dan cepat2 la tukar status
dari cik ainun nadzirah hairal nuar
kepada puan ainun nadzirah hairal nuar ye
dah terbau bau dah nasi minyak nie..

**********************************

sangat2 la seronok kan bila malam2 tengah syok duk tidur tibe2 ada orang datang kejut minta minyak panas kan..
oshhh..kacau tidur betul la korang nie..
rasanya nasib kali ni baik sikit sebb my frez yang lain xada..
zatie,syahirah,nad,dayah,ema,diyana dah xde kat uia
kalau x silap hari bulan mandi tepung la jawabnya..

apa2 pun terima kasih dekat tikah shuhaimi,azie,kak yunii,aina,dan ainon atas drama "minyak panas" yang  korang lakokan  sebentar tadi walaupun lakonan korang xberapa menjadi kan..hahahhaa (gelak jahat betul la)

ok mcm biasa..macam tahun-tahun lepas
saya ada wishlist saya sendiri
orang biasanya wat wishlist masa tahun baru
tapi saya masa birthdaya saya k

ok senarai 10 wishlist saya sempena umur 21 tahun
1) ingin memiliki buku ihya ulumuddin sendiri
2) nak habiskan masa kat UIA ni dalam tempoh 3 tahun sahaja
3) nak jadi lebih baik dari masa umur 20 tahun dulu
4) ingin menjadi orang yang istiqamah dalam setiap yang dilakukan
5) dean dan deen list jadi keutamaan
6) nak jumpa kembar saya...enun..tolong tunaikan sebelum saya pergi jauh..ooo xlupa juga nak jumpa budak2 5 Ehsan dan pengawas2 sekolah batch 07
7) wishlist yang akan mengejutkan semua orang..saya nak cari dari mana asalny diri saya..means dari tulang rusuk siapa saya diciptakan..
8) nak ada buku tulisan sendiri..mungkin  akan menulis buku tentang falsafah hidup dan prinsip2 hidup...
9) bunga ros...(dah terlaksana impian ini tepat 00:30 malam)
10) biarlah hanya tersemat di lubuk hati

anyway thank a lot
dekat ku kasmawati atas dedikasi istimewa anda..terfikir gak..auto publish ke?
dekat pelakon2 drama "minyak panas"
dekat syahirah zatie dan dayah untuk hadiah 2...like3333 sangat2..
dekat yang duk hantaq msg tpt 12 malam

terima kasih banyak2
doakan saya semoga jadi yang terbaik

p/s : genap setahun menjadi pelajar rasmi UIA Gombak...





santapan 12tengah malam




terima kasih syahirah
kalau dapat yang real ni
huh xtido malam la





dayah memang memahami
dapat 2 bunga ros
like222
ala..gmbar hadiah dari zatie xnampak


 opssss..apa mksud gambar nie

ihya' ulumuddin
wishlist yang pertama

Saturday, July 2, 2011

post istimewa sempena bulan 7

bismillahirahmanirahim

har dah 2hb julai..
gatal2 nak menulis lagi..
sebb rasanya next post hnya akan menyusul  pada 6julai sahaja

post ini bertujuan nak wish birthday kawan2 yang lahir bulan 7 je

1/7- atikah shuhaimi ,wani, dan timah
2/7-adibah aqilah
3/7-mariam jamilah dan adha jamaludin
4/7-audi
6/7-ainun nadzirah (ulang  tahun setahun berada di IIUM Gombak)
8/7-cik sahi cun
13/7-zatie dolphin
16/7- selah
18/7-nadzirah
27/7-zihah

jangan gelak ye



Assalamu Alaikum,
Selamat pagi, semua orang,
( selamat pagi semua)
 
Saya ......, melakukan fiqh sebagai majorm dan ekonomi yang kecil.
( nama saya .......... saya mengambil pengkhususan dalam fiqh dan  minor dalam ekonomi)
Aku di tahun kedua sekarang.
(saya sekarang berasa di tahun kedua)
topik saya adalah Weekend sebagaimana disebutkan di melayu.
(tajuk saya ialah hujung minggu)
 
 jadi izinkan saya menjelaskan kepada anda, bagaimana saya menghabiskan akhir pekan saya kebanyakan. semester akhir pekan ini saya mulai dari Jumaat kerana saya belum kelas Jumaat.
(jadi izinkan saya menceritakan kepada anda semua, bagaima saya menghabiskan hujung minggu saya.hujung minggu saya bermula pada hari jumaat kerana saya tidak mempunyai kelas pada hari jumaat)

Jadi ketika saya tidur di malam hari Khamis, bangun sekitar 11 pagi.
Saya mandi secepat mungkin dan pergi ke masjid, membaca surah Kahaf dan berdoa dengan jamaah.
( pada malam khamis, saya tidur dan bangun pada hari esoknya pada pukul 11 pagi. Apabila bangun dari tidur, saya terus mandi secepat mungkin dan terus ke masjid. Di masjid, saya membaca surah kahfi dan solat secara berjemaah)
Setelah berdoa makan siang dan melakukan istirahat lalu menuliskan jenis pekerjaan rumah yang harus dilakukan dan menyelesaikannya satu per satu.
( setelah selesai solat, saya  makan tengah hari dan terus berehat. Selepas itu, saya menyenaraikan kerja rumah yang harus saya lakukan satu persatu)

Lalu menonton filem hindi dan tidur.
( selepas itu saya menonton filen hindi dan terus tertidur)

Pada 12 dari Sabtu setelah bangun, mandi pertama, berdoa dan lagi mulai menonton filem sampai malam,
(pada 12 keesokannya, setelah selesai mandi dan berdoa, saya menonton cerita hingga waktu malam)
 kemudian pergi ke jogging, setelah datang kembali, mandi dan bertemu rakan-rakan.
 dan mengambil makan malam bersama kantin apapun dan memutuskan mana tomorrowm, kita akan pergi di malam hari.
(setelah itu, saya terus jogging. Selesai jogging, saya terus mandi dan berjumpa kawan-kawan saya. Pada waktu malam, saya makan di kantin.)
****( these ayat “dan memutuskan mana tomorrowm, kita akan pergi di malam hari.” U delete it..not important to mention it)

Setelah mengambil decesion, saya datang kembali dan tidur, ( this also…delete it)

Aku bangun sekitar 10 pada Ahad dan mandi, dan menyelesaikan pekerjaan rumah jika dibiarkan beberapa cara,
( esoknya saya bangun pada pukul 10 pagi dan mandi. Setelah itu, saya menyelesaikan kerja rumah yang diberikan )

lagi saya mula menonton dvd tertentu dan di malam hari pergi beberapa tempat dengan teman-teman dan mengambil makan malam di sana dan kembali dengan keletihan larut malam,
sehingga tanpa meminta bantal dan tidur sprei, dan ketika bangun di pagi hari, sakit kepala kelas tampaknya mulai lagi, tapi tidak ada pilihan kecuali itu.
itu jadual saya bercuti akhir pekan.
( sekali lagi, saya menonton dvd. Pada waktu malam , saya pergi ke beberapa tempat bersama rakan-rakan dan kami makan malam di luar. Apabila pulang larut malam, kami keletihan dan terus tertidur. Pada keesokannya bangun, saya terasa sakit kepala.namun saya tiada pilihan, kerana kelas akan bermula pada hari ini. Saya harus pergi ke kelas,. Itulah jadual saya di hujung minggu)

Terima kasih telah mendengar dan berharap anda akan mengabaikan, apakah akan ada kesalahan apapun.
( terima kasih kerana mendengar ) Allah hafiz

ok janga ketawa...ayat yang x dibold kan itu adalah ayat seorang forener yg ada kat UIA..dia kena present subjek Bahasa Melayu untuk kelas BM dia..dia minta saya semak..yang saya semak 2 la ayat yang berbold dan berdalam kurungan itu....

jang ketawa k..cuba bayangkan korang yang tulis assgment dlm bahsa arab dan english...agk2nya macam 2 la bunyinya assgment korang kan...so jgn gelak +ketawa untuk dia...
motif disini: jgn ketawakan kesalahan orang lain kerana kelak mungkin anda akan diketawakan

tetibe teringat agak2nya macam nie la rupanya paperwork yang 1st saya buat untuk Peers ari 2...macam ni la agknya sape2 yang berkenaan baca paperwork ni gelakkan saya..adoishhh malunya...

Tuesday, June 21, 2011

saya bersalah.saya minta maaf

semalam g kelas tilawah..
saya rasa bersalah

ust timbulkan persoalan
kenapa antum semua xnak bercakap dalam bahasa arab?
(ust tu bercakap dalam bahasa arab dan saya terjemahkan dalam bahasa melayu dekat sini)

macam mana kamu nak fasih berbahsa arab kalau kamu xnak bercakap..
malu nak cakap dengan forener2 2..
mari cakap dengan saya..
acik ( ust suka gelarkan dirinya pakcik) suka cakap dalam bahasa arab
acik pun dulu x pandai bahasa arab

bukan ust yang mengajar bahsa arab kamu yang tak pandai
tapi kamu  yang malas bercakap
bukan buku yang kamu baca itu salah
tapi kamu yang malas bercakap
bukan Universiti tempat kamu belajar yang bersalah
tapi kamu yang malas bercakap
bukan kawan kamu yang salah
tapi kamu yang malas barcakap.

jadi jelas dan nyata saya yang bersalah bukan orang lain jika saya tidak pandai berbahasa arab

p/s : selalu dengar rungutan cakap
" susah la.esok present..bahsa arab."
" benci la..bahasa arab..bahasa arab..bahasa arab...."

هيا بالعربية
jangan terkejut jika anda melihat entry saya berbahasa arab satu hari nanti

Friday, June 10, 2011

kesalahan biasa masa exam



bismillahirahmanirahim...
semalam godek2 klender buatan sendiri sem nie...
ok perkara2 untuk carry mark yg saya x buat lagi ialah
1) tasmi' Waqiah...insyaAllah Isnin depan selesai..
2) assigment bm..dah hantat draf kat cikgu,masih menunggu balasan dari cikgu
3) presentation BM. (kumpulan) turn group kami Rabu minggu depan..tajuknya..simulasi untuk temuduga kerja..alamak..kena berlakon nie...

pas2 masih berkira-kira hari yang masih berbaki untk sem pendek nie...ohh tidak..masih ada lebih kurang 19 hari je lagi...ok dah sedia ke? asyik main je nie...
profile pic fb...
(ihsan dari cik google)

dek kerana exam nak nak dekat..nie nak bagitau nie la kebiasaan yg student duk wat bila time exam..termasuk saya ke.
pas2 sebenarnya perkara nie salah tau...jgn duk gatal2 nak tiru dan buat...


1-banyak tidur..katanya dengan tidur boleh hilangkan tension
2-banyak makan..padahal makan banyak boleh menyebabkan mengantuk
3-stay up sampai 3,4 pagi.saya cadangkan ubah cara stay up anda..pukul 10 tidur dan bangun pukul 12 keatas dan qiam la dulu..baru smbung study
4- stay up sampai 4 pagi dan semestinya anda akan terlewat subuh atau mungkin juga terlepas terus dan terpaksa sembahyang zuhur 6 rakaat + 1 dou qunut (bak kata yana)
5-study hard maksudnya setiap minit menghargai masa yang ada sampai xade masa untuk perkara2 yang lain
seperti nak makan..nak g mandi.nak ambik wudu'
6-melupakan kekasih hati (alquran)
7-kurang zikir
8-lupa bertanyakan khabar keluarga
9-kurang amalan2 sunat kerana setiap masa dipenuhi dengan membaca buku
10-niat..study kerana exam bukan kerana ilmu.

nie kesalahan yang saya duk perati masa final sem lepas...rajin x saya memerhati semua orang...termasuk diri sendiri...


ok..bye2 semua..nak kemas barang..sat lagi nak balik kampung...

Tuesday, May 31, 2011

bingkisan rindu

dedikasi khas buat2 insan yang pernah menghuni SMAPT 2003-2007

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
(ingat lagi kisah masa form 3? kita susah dan senang ttp bersama sehingga kita mampu mengharumkan nama sekolah dengan keputusan pmr kita)

Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
(setiap dari anda semua tersemat kemas di hati ini..tidak pernah dilupakan sama sekali..setiap detik dan waktu doaku tidak pernah putus untuk kalian semua)

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
( ye sudah bertahun2 lamanya kita semua tidak berjumpa..apa khabar kah kalian semua di tempat perantauan masing2)

Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
( ye terlalu banyak kenangan yang nak dikongsikan dan diingatkan...kadang2 tergelak sendiri..kadang2 mengalir permata jernih ini bila mengenangkan kalian semua)

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
( dunia alam maya menjadi penghubung kita semua..syukur masih mampu untk mengubat rindu pada kalian semua walau hanya di alam maya..syukur kita semua masih berhubung dengan baik)

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
( ye sgt2 pantas waktu berlalu..sedar xsedar dah dekat 4 tahun kita meninggalkan alam sekolah menengah kan...tanpa kita sedar usia kita semakin bertambah..tapi dalam kita sedar..terlalu banyak dosa yang kita lakukan....astagfirullah)

Potret lama masih kusimpan
(ye gambar2 lama masih disimpan..kemas dan rapi..yang pastinya ianya xkan berhabuk )

Kubingkaikan kenangan
( ku bingkaikan setiap keping dan setiap detik bersama terpahat dalam hati)

Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
(tersenyum sndiri bila tengok gambar2 yg ada yg tgh makan sambil ternganga,macam2 aksi pelik yg ada dlm gmbar tersebut)

Oh perjalanan kita masih jauh
(masih panjang perjalanan kita semua..ijazah..master..phd..kawin..ada anak...cucu...)

Jalanan berliku akan kita tempuh
(yg pastinya dlm tempoh perjalanan yg pnjang itu pasti ada lku2 dan duri2 yg perlu kita lalui..kelahiran..kematian..pertemuan..perpisahan..)

Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
( tidak salah memandang ke belakang jika memandang ke belaknag itu baik untuk kita sebagai penguat semangat untuk masa hadapan..jangan pula memandang ke belakang untuk penyesalan..pandanglah..lihatlah..kenanglah kenangan bersama jika itu mampu menguatkan kita ketika lemah)

Harapanku kau kan bahagia selalu
(satu sahaja harapan ku...semua kalian semua bahagia selalu)

Padaku engkau penghibur duka
(padaku..kalian la penghibur ku ketika berduka..ketika bersedih..sejarah dan kenangan kita membuatkan daku gembira selalu

Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
(sematkanlah...bingkisan rindu yg ku titipkan untuk kalianwarga smapt 03-07..)

nak dengar lagu nie..download sendiri..
tajuk dia bingkisan rindu...
andai 1 hari nti kita dapat berkumpul kembali..nak request dengan ex-penasyid sekolah...nyanyikan lagu nie..
please take note : razif..fendi..zul..rahman..amin...

Saturday, May 28, 2011

mood

bismillahirahmanirahim...

semua org sibuk update pasal baktisiswa kan...
mood: xde mood nak cerita bukan sebab xbest tpi tgh sakit sekarang + batuk..
(demam je pun)

tpi mcm biasa kalau demm xmcam orang lain...
hari2 saya akan muntahkan apa yg saya mkan..
mengalahkan org morning sickness la plak kan..

batuk...
xpayah cerita la...
kalau xcukup sebulan 2 mmg xsah lakan...

tpi hati kena cekal!!
sebab
1) presentation bm xselesai lagi..
2) lagi 1 minggu empoh yg ada untuk tasmi'
3) papework masih belum diserahkan
4) oh tidak...2nd mid term history hari isnin nie je...

pesanan
1) yana: hari2 saya tgk awak update pasal mkanan..bila lagi nyah nak hulur kat saya..walaupun dmm,mkn ttp kena makan kan...
2) pada sapa2 yg berkenaan : saya teringin nak mkan bubur jagung..sapa2 yg baik hati..boleh la hantar kat bilik saya ye..


Wednesday, May 18, 2011

saya busy




assalamualaikum

walaupun tajk kat ats bertajuk "saya busy" namun saya juga masih punya waktu untuk mengupdate blog kankankan...

ok...knpa saya busy erk...
org kata short sem waktu pling gembira sebab boleh bersenang lenang?

1st saya busy sebab saya kena wat kertas kerja untuk graduation night untuk peers batch 14..
kerts kerja je pun..watpe nak busy...


2nd:baktisiswa

ok..walaupun saya bukan committe sdkit sebanyak ia membei kesan kepada kesibukan saya la..sebabnya ia mengambil masa 3hari saya..hehhe..xpe2..beramal untuk masyarakat...

3rd: kerja yang banyak
ni padah untuk diri sendiri bila rajin add 3 subjek sekali untuk short sem ni kan..
ok dlm minggu ke5 saya dah kena tasmi'
lepas 2 saya ada kerja bm yang berlambak..
pas2 saya kene bersedia nak pulun history yang semakin hari saya belajar makin banyak menda2 yang memeningkan saya jumpa...

so daripada itu saya simpulkan saya sangat sibuk...

p/s: semalam g meeting untuk baktisiswa dapat tugasan baru iaitu kene kndalikan bhagian persembahan..walaupun bkn saya pic nya tpi saya kene tolong sebab pic 2 minta tolong saya.

kesimpulan yg kedua..bila saya g meeting msti saya dpt kerja baru..kalau xg meeting xdpt kerja..tekad pasni nak cuba2 pontg meeting.


Saturday, May 14, 2011

cinta???

malam nie saya ada tetamu..alhamdulillah selesai layan tetamu yang datang bertandang ke bilik baru saya sempat juga menjenguk kat sini..sebenarnya sebelum tetamu dtg 2 mmg nak update blog pun tapi tetamu dtg dahulukan tetamu jelah kan..

kenapa nak cakap pasal cinta..sebab baru je lapas bac note kat fb pasal jadilah lelaki yang beriman
so tgn ni gatal nak menitipkan rasa hati tentang cinta...

CINTA
cinta inilah ungkapan asmara yang sering dituturkan oleh mereka yang sedang mabuk cinta.
cinta..
ianya memang mudah diucap tapi adakah kita semua jelas dan memahami makna-makna cinta

cinta itu sebenarnya mahabbah iaitu kasih sayang yg sukar diterjemhkan.cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yng lahir drpd hati nurani yang luhur dan suci,tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit

apakah definasi cinta pada anda?
adakah dengan bercummbu-cumbuan dan berpelukan di khalayak ramai membuktikan kata cinta? kalau ini dikatakan cinta..LIHATLAH BRTAPA MURAHNYA HARGA CINTA

atau juga mungkin
cinta itu merupakan ungkapan romantis serta berpegang tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononya cinta suci??

JELASLAh terdapat PENDUSTAAn sekiranya seorang lelaki itu berkata dia benar2 cinta seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah ,kesucian dan iman temannya...

lelaki akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta.
AWAS!!!
semua pengakuan itu adalh hasutan nafsu dan godaan syaitan belaka...

wa akhiran...
letaklah cinta di tmpt yg betul dan pada yg behak

Thursday, May 12, 2011

kelas dan bilik

bismillahirahmanirahim

pagi2 dah update blog sebab pagi2 je internet laju dan xbuat hal..

kelas
nampaknya jadual aya sem nie bertukar lagi..
entah yang ke berapa dah tukar nie...

sekarang kelas saya setiap isnin selasa dan rabu..
setiap isnin dan rabu kelas bermula dari pukul 9-10:50 dengan kelas bm dan bersambung dengan kelas tilawah 2 dari pukul 11 hingga 12:50 kemudia rehat jap dan bersambung dengan kelas history pukul 2 -3:50...agak2 pent...

untuk special case hari selasa..kelas hanya bermula pada pukul 2 ptg...

bilik

pas nie kalau setahun saya duk kat bilik saya nie saya rasa saya akan jadi makhluk yg pendiam kot..mana x nya...dari start say balik dari kelas hingga la saya g kelas esoknya..mmg sunyi sepi bilik 2..kalah kat library..masing2 duk kat compartment masing2...

atau mungkinkah

saya akan jadi orang yg paling banyak cakap sebab nak tebus "gian" bercakap masa kat bilik..hehehe...

kadang2 nak tergelak juga duk kat bilik nie..sebabnya tetibe je boleh dengar orang ketawa terbahak bahak sorang diri..

Monday, May 9, 2011

xtvt masa cuti

seperti yang saya janjikan..saya nak post apa yg saya buat masa cuti..sebelum 2..nak habaq mai nie..3 roomtaes baru saya semuanya dari kedah..sat g..cek pun bolh ckp kedah.....


lagi 1 pesanan penaja...yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...



cuti hanya 3 minggu..disebabkan tuan empunya badan nie ambik short sem kan...



untuk minggu yang pertama..saya tlh menghabiskan seluruh masa saya di rumah akak say kat smakl...wat apa kat sana?sebb saya nak g bookfair..jadi saya menumpang dulu la..malas nak balik lagi sebab xberbaloi dengan herga tiket kan...



minggu kedua saya sudah bekerja..kerja jadi tokey kedai runcit mak mentua akak saya..maksudnya kedai runcit mak abg ipar saya..

alkisahnya..mereka sekuarga sangat2 cemerlang dalam berniaga..

akak saya dan suaminya..ada 1 kedai runcit dan buka perniagaan menjual sayur..nmpak simple..but mereka ni la yg membekalkan sayur2 dan bhn2 runcit yang diperlukan oleh kebanyakkan kantin sekolah (kalu xsilap kat area gua musang ada paling sikit 5@ 6 buah sekolah) belum termasuk sekolah swasta..selain itu hotel2 jg ambil brg ngan "syarikat" akak saya nie..

tambahan pula..mak abg ipar saya nie..buka kedai runcit juga tapu dkt dgn rumah depa la..plg pntg dkt dgn surau kampung 2..dan paling penting tu satu2nya kedai runcit yang ada kat kampung 2..so bayangkan betapa majunya..



arakiannya pula..mak mentua abg ipar saya ni balik kampung untuk menghadiri walimah..so nak xnak kedai yang kat kampung 2 terpaksa ditutup..maka berkomplain la semua penduduk kampung tersebut..



maka dengan ini tenaga saya amat diperlukan..saya disana pagi saya xbuka kedai kat kampung 2..saya ikut pasangan peniaga nie ke kadai mereka..pagi2..saya packing barang2 yang kantin2 dan hotel2 2 tempah..dan siap..saya tulis bill..mcm 2 la rutin saya hari2...dan tunggu sehingga mereka dtg ambil barang..dulu barang2 tu abg ipar saya akan hntar..skarang dah x lagi sebab agak menyusahkan..sampai la 12:45..



lepas 2 saya ikut abg ipar saya g ambik anak2 dia kat sekolah..sampai 1 :30 dan terus dibawa pulang ke rumah..selesai solat zohor terus buka kedai..rutin berjalan smpai pukul 10...

pernah sehari dek kerana penat..maka selepas solat zohor..saya tertidur dan lupa nak buka kedai..sehinggalah..saya terdengar panggilan telepon dari abg ipar mengatakan nak bawa masuk barang dlm kedai..adoh..mcm ne boleh tertidur nie...



kerja nie berterusan sehingga 1 mei..tgh hari 1 mei saya balik rumah saya sebab kat rumah ada kenduri..ada org nak dtg rumah saya..nak sunting bunga di taman..

lepas 1 mei..saya dah xnak sambung kerja dah..nak duk rumah plak..maka cuti seterusnya saya hanya di rumah...ditemani 2 hero..adam dan dainal..hari2 kena buli...

sehinggalah saya balik di sini...



minggu ketiga saya bertugas sebagai suri rumah tangga separuh masa...maka berlalulah masa sehingga saya tiba di uia pada hari semalam..dan akan memulakan penggambaraan saya untuk short sem ini


umtul sunject short sem..akan memperjuangkan tilawah 2 bersama ust idris basir dan intro 2 history f=dgn dr abd ghani serta baru lps add bm kerjaya..bersama..ala lupa la nama lectre 2..ok la bye2..nak balik bilik...



BILIK BARU..KAWAN BARU..kelas baru..lectre baru

semalam dengan selamat nye telah sampai di iium...
dah telah dngn selamatnya telah mengregesterkan diri di bilik baru juga..
sekarang dengan rasminya saya penghuni mahallah asiah f.3.8..
kalau dulu saya penghuni e.1.1. maka kali ini saya telah berpusing lebih kurang 360darjah..

roomates saya semua xsampai lai..cuma pagi tadi tiqah shuhaimi dah sampai..lagi 2 orang masih misteri lagi siapakah mereka itu..

roomates lama saya telah dicampakkan secara rasminya di f.2.8 dgn.f.3.1...
maka saya duk sini sorang2..menegenang nasib diri..hehehe...

kat bilik baru saya dapat wireless..tpi 2bar je..sgt slow...kalau nak sign in ym 2 mmg sgt2 lama dan penet untuk menunggu la kan..

xpe..wireless bkn keutamaan saya...
sebab saya dtg sini nak belajar..

jadual saya sem nie..mcm pelik dan mmg pelik pun...saya ade kelas tiap2 hari kecuali jumaat...
kelas saya start hari isnin pukul 2..kelas history..masih mengekalkan ust survey saya..ust abd ghani....kelasnya tiap2 hari isnin selasa dan rabu...

lepas 2 kelas tilawah 2..sebenrnya group pilihan hati 3..tpi disebabkan tersalah tekan num masa 2..maka tetekan group 4..dengan ust idriss bashi..huhu..seram plak nak masuk kelas...kls nya mula pukul 9 sampai pukul 10..maka saya nmpaknya akan bertpa la kat centre 2 hari2 ye...


Wednesday, March 30, 2011

penyelesaian bila anda sedih dan stress

tajuk oh tajuk..ada apa dengan tajuk..sebabnya saya tahu semua orang hampir2 stress ataupun sudah stress macam saya ni dan lebih teruk macam orang kat tingkat atas blok saya yang terlampau stress kerana beliau selalu menjerit sebab stress....

so saya nak tujukan kat orang yang selalu menjerit bila stress 2 tajuk nie (padahal saya xtau pun sapa budak 2)..

ok dengar betul2 budak yang stress ye..
(sapa2 yg sedih juga boleh ambik tips nie)

bila saya stress saya xkan menjerit..tapi saya akan

*duk diam2 kat comparment saya
* saya pasang earphone kuat2 kat telinga saya
* saya dengar lagu sedih2 atau lagu yg boleh bawa kenangan zaman dulu2..saya dengar dan menghayati sehingga saya menangis (samapai roomates saya ckp saya budak yg terlalui menjiwai lagu)
*yang nie saya suka buat- saya akan g basuh baju..kalau xde baju yang nak dibasuh saya akan ambik baju dlm loker yg xguna lagi pas2 saya g basuh bersih2 baju 2..siap downy kan lagi..fuh wangi baju saya
*tips terakhir dan amat berkesan..baca quran zikir dan tadabbur serta muhasabah la diri..
*ada lagi..saya suka dengar ikim..sampai saya boleh hafal apa yg program kat ikim..(tapi waktu mlm jela dgn pagi2)..

ok saya harap budak atas blok saya yang menjerit 2 dah xmenjerit dah lepas nie ye..
jangan selalu menjerit..sakit nanti anak tekak 2..nanti xde sore nak bercakap..

salam imtihan untuk semua :-)

Monday, March 7, 2011

story mory

assalamualaikum...
apa khbar kita semua hari ini..
xade apa yang nak diceritakan..
cuma nak bagitau saya sangat2 busy sekarang...
dalam busy2 saya saya masih ada masa nak taip benda yang xperbekdah nie..
sebabnya otak saya penat dan study..ceh22...
hujung minggu yang begitu penat...
nak story la sikit..sebab ada permintaan...

story pertama:
hari jumaat..budak2 nie ajak g mandi sungai..kat belakang uia..sungai rumput kot nama dia..
ok ikut..macam biasa...siap2kan budak2 nie ( macam mak la plak ) ye r..saya yg siap last sekali kan..msti sebb sibuk urus bdk2 nie...malam sebelum bertolak..menyiapkan belon yang diisi dengan tepung gandum dengan dayah.. (macam biasa otak penuh dengan kerja jahat nak kenakan orang2 yang menyambut birthdaynya ) sory la ye syahirah menyebabkan tudung syahirah jadi keras...

pagi minta tolong cik diyana watkan air teh..sedap...
beli nasi lepak untuk 11 kepla dengan menaiki2 biji kereta yg dipandu oleh bidayah dan hidayah...
samapi sana macam2 aksi tengok..mana xnya sibuk bergambar..samapi amera saya penuh memory dia k..terpkasa guna camera diana..nasib baik beringat jangan guna camera diana awal2...
antara aksi2 menarik. : aksi ajar anak pakcik nelayan berenang
: aksi kejar selipar yang hanyut..
: aksi budak2 baca doa makan bila dan lapar
: aksi mereka yang excited yang telah merendamkan hp mereka dalam air sungai




tentera yang menyrang sungai rumput

sanagt2 seronok sebabnya hari kami pergi 2 xade orang pun kat situ hanya kami..hanya kami k...

story 2 :
balik siap2 nak g pre reg..padahal baru pukul 2...
minta cik aviyah copkan plak sebab nak rehat jap...
prereg berjalan dengan lancar...5:10 dan cukup 18.5 credit hur dan dapat short sem..
alhamdulillah..lepas 2 tolong ema..
nampksangat sytem prereg xbetul..
masuk num matric saya kuar nama ku kasmawati
masuk num matric saya kuar nama nurul afidah..
lagi la bertambah kalut cik kusma 2..
lepas mereka menembak nembak berjaya juga merangkul 19.5


story ke 3
opppsss...esok sabti ade presentation..hahah..xbersedia aap2 lagi nasib baik slide dah siap zaman kuno lagi..so buat homework sikit sebelum present esok..tajuk syukur...
alhamdulllah berjalan dengan lancar

story ke 4
discussion fiqh ibadat..
petang cancel sebab si mawi da kerja petan 2..
so wat malam..
maka berlakulah misunderstanding antara kami berdua...
dia tunggu saya kat musolla dan saya plak tunggu dia kat bilik dia..
setelah berlama2 barulah tahu kami telah tersilap tempat
:-)

story ke 5
pagi2 lagi nak jejak kaki ke library...
( rajin x)
masuk library saya adalah orang ketiga di library yang besar pada hujung minggu 2.
wat fiqh sirah bersama biah dan midah..husna xdapat datang sebb ade intercourse kat sungai rumput
tengah hari otw nak balik sedang berkira2 nak cari kotak..
nak buat tabung untuk alquds week..
maka dapatlah saya dan syahirah menyiapkan 3 biji tabung yang sangat cantik..hehehe..
meeting untuk alquds week pukul 4:30 tapi saya dengan slamber nya 4:30 duk kat bilik tengan menghias tabung 2 supaya nampak cantik..
pukul 5:30 baru kami samapi kat meeting..baik kan kami nie..nasib baik x kena marah...
balik meeting pukul 7..
samapi mahallah dah manghrib..perut berbunyi..makn jap..
sembahnyg maghrib..


story ke 6
macam yang dijanjikan dengan diana nak g ummatic week
flash back macam mane tercetus nak g sana
"malam sebelum nak g discussion fiqh ibadah"
~diana jom g ummatic week
~awat ko ni tetibe buang tabiat ke apa nie
~jom la..nak tengok..
~ok..kita g isnin malam 2..
~bukan ke korang silat malam 2
~xpelah silat pukul 9,leps maghribkan kita g la
~habis korng nak suh ank dara makcik esah nie balik sorang2..huh seram sejuk eden
~ha;ah la lupa plak
~kita g malam esok la..
~ala ada discusiion soca
~jap je..
~ok set

maka leps magrib kami bertolak..opps dalam pukul 8..sampai sana dah 8:30..tunggu syahirah dengan nad..
YA allah xsangka sambutan untuk ummatic week sngat2 la mengagumkan..ramai sangat orang dan ofcourse la forener ka..rasa macam duk luar negara je..
kat bahagian pameran 2 cakap je nk apa..nak pakai baju cultre diaorang semua boleh..
ada makanan...
sebijik duk luar negara la..


depan al-aqsa mosque

saudi arabia
*mula2 ingatkan orang2 patung rupanya betul2 orang *


kat negara china

palestine..
maldavis
uganda
ni baru beberapa keping..semua booth kitaorang g dan ambik gambar k..sanag2 rugi kalu sape2 xg ummatic week 2..macam2 boleh belajar..ade macam2 benda pelik yg bolehtengok...
ok..
tadabur dan perjatikanlah ayat2 Allah dalam surah alhujarat ayat 13..

p/s ; jom pakat2 derma sempena alquds week...tabung derma boleh didapati di stall dan exhibition..juga di masjid dan surau2 kulliyah..dn juga di deparment dan jga tabung akan bergerak dari 1 kelas ke 1 kelas...sama2 kita selamatkan al-quds dan palestine