Monday, April 1, 2013

Hasad Dengki

Hasad dengki memang permainan manusia. Namun jika dibiarkan, hasad dan dengki akan menjadi seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang menbakar kayu.

Jangan lupa bahawa hasad dan dengki yang menyebabkan Nabi Adam tersingkir daripada syurga apabila baginda dan isterinya, hawa menjadi mangsa dengki iblis. Kerana hasad dengki juga berlaku pembunuhan pertama dalam sejarah apabila dua anak lelaki Nabi Adam , Qabil membunuh adiknya, Habil.

Disebabkan kuatnya perasaan ini membelenggu manusia, Rasulullah bersabda bermaksud, “tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dengan dengki.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Seorang pujangga Arab pernah berkata, “orang hasad tidak akan senang hidupnya. Dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.”

 Jauhilah dengki yang memusnahkan ukhuwah dan kebaikan dalam diri. Namun jika ingin berdengki, lakukanlah dalam perkara yang positif seperti berlumba-lumba melakukan kebaikan dan menuntut ilmu atau ibadat.