Tuesday, May 29, 2012

Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum
jap tdi bakal pengantin datang bilik :-)
lepas dia balik buka fb jumpa ni..
so nak share la


1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.

2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.

4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.

5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.

6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.

7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.

8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.

9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.

10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.

11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.

12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.

13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.

14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.

15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.

16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.

17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.

18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.

19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.

20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.

21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.

22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.

23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.

24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.

25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.

26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.

27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.

28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)

29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.

30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.

Originally by : Syabab Musafir Kasih

Sunday, May 27, 2012

maha melihat


Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya
*Kau yang  Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
Yang dicinta kan  pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penih dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

Friday, May 25, 2012

layakkah diri ini begelar sahabat


bismillahirahmanirahim
assalamualaikum semua
ada 1 rasa..ada 1 jiwa..ada 1 cerita...

Wahai Sahabat...
Dia Cantik, Saya Tak...
Dia Hebat, Saya Tak...
Dia Pandai Bergaya, Saya Tak...
Dia Bijak Bercakap, Saya Tak...
Dia Banyak Kelebihan, Saya Tak...

Jika Itu Yang Sahabat Ukurkan, Mungkin Saya Tak Layak Untuk Menjadi Kawan Untuk Sahabat. Apa yang inginkan saya Katakan ialah jika Sahabat layak untuk digelar "SAHABAT" saya, Sahabat Saya Takkan Menilai Semua Itu Dan Sahabat Saya Itu Boleh Menerima Kelemahan Sahabat Yang Lain Dengan Baik Kerana Dia Tahu Setiap Manusia Itu Ada Kekurangan Dan Kelebihan Masing-Masing...

Dari Sahabat Untuk Mencari Sahabat Yang Sebenarnya...

Kawan Yang Dilayak Digelar SAHABAT Ialah:
- Sayang Kepada Kita Kerana ALLAH SWT
- Sentiasa Ingatkan Kita Agar Laksanakan Perintah ALLAH SWT
- Berkawan dengan kita ikhlas
- Berada dengan kita di waktu susah mahupun senang
- Sentiasa membantu kita
- Boleh menerima kekurangan kita
- Fahami diri kita
- Bercakap dengan baik
- Mempunyai sikap yang baik


 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....

salah kah saya menjadi sahabat kepadanya?kenapa perlu dipertikaikan? saya tidak pernah memilih dan mengadakan istilah " suka kawan" dan "tak suka kawan" dengan sapa2..saya kawan dengan semua orang.rasa hati saya..saya yang sebenarnya tidak layak berkawan dengannya..dia terlalu baik untuk menjadi kawan untuk saya. 

Thursday, May 24, 2012

duhai jiwa

Duha jiwa
Apa yang dimahu
Apa yang diminta
Sengsarakah
Menagiskah
Gelisahkan

Duhai jiwa
Apa khabarmu
Sihatkah
Sakitkah
Tenangkah

Duhai jiwa
Temanilah aku
Aku kesepiaan
Aku kesunyiaan
Tiada lagi rasa bertuhan

Duhai jiwa
Kuatkanlah dirimu
Agar kau dapat
Membawaku
Sinarilah dirimu
Agar kau dapat
Menyinariku

Duhai jiwa
Sayangkah kau
Akan tuanmu
Kasihkan kau
Akan pemilikmu

Andai benar
Kembalilah kepada
Maharajamu



Saturday, May 19, 2012

5


Assalamualaikum....
LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI 





Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan : 
1. Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya. 
2. Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya. 
3. Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya. 
4. Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur. 
5. Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya.