Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Perempuan vs Muslimah???

Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu

Siapakah kita????renung2kanlah...

Monday, October 4, 2010

titipan untuk kekasihku

bismillahirahmanirahim
assalamuaalikum wbt
rasenye dah lama saya simpan post nie sebab nye saya nak masukkan movie sekali dgnpost nie..tapi saya sendiri xtahu boleh upload x video yang saya buat 2..sebabnya agak panjag juga la..andai nnti video 2 xboleh nak upload,bolh tgk dkt facebook saya
video 2 dah lama siap tapi tangan saya agak malas untuk mengopload semua benda sebab kerja yang agak banyak..ok straight 2 point..
kata2 nie saye ceduk,saya copy dari risalah yang kurun ke beapa entah.saya jumpa kat rumah masa tengah mengemas dulu,so saya ubah sikit bahsa dia supya nmpak lebih moden..kihkihkih..biasa la ambik subjek bm kan sem ni...ok
mari kita hayati bersama-sama

Dengan nama Allah yang MAha pemurah Lagi maha mengasihani
Salam sejahtera buat kekasihku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tak pernah ku temui, namun daku tidak pernah berputus asa mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya
“seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan RAsulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehaha! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai,pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insya Allah

Kekasihku,
“dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya,kecantikannya, dan agamanya.Maka pilihlah hal keagamaannya ,maka beruntunglah kedua dua tanganmu.
Telah dinukilkan panduan sepanjng zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia bligh ini
Jik harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku ini tidak punya apa apa harta didunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkkanbuatku oleh ibu dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti .tiada harta sebagai jaminan bahawa aku akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenanagan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata kata
“ dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepdanya dan jadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang ( ar rum 21)
Jka keturunan yang mulia itu yang kau idamkan, ketahuilah jua aku hanyalah manusia biasa di dunia ini. Ibu dan ayahku telah menitipkan aku di baah pengaasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalh keturnan mulia, ayhanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as sama sepertimu ingiin aku berkongsi lafaz sahih ini dengan mu…

“maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadanya.Jika Allah menolong kmu, maka tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu dan jika is mengecewakan kamu,maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya yang beriman itu berserah diri..” (al imran 159-160)
Kecantikan . itulah pandangan pertama setiap insane. Malahaku meakini bahawa kau juga tidk trlepeas seperti insane yang lain. Ketahuilah jika kecantikan itu yang kau inginkan dariku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang ku cintai. Kau hanya membuang masa jka kau menginginkan kecantikan lahiriaah semata- mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu memnbahagiakan rumah tngga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama samaku menegakkakn dakwah islamiyyah ini dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah kea rah jihad hambanya kepada penciptanya yang agung. Melalui pencaran ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuanagn islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini,aku ingin menjadi isteri yang sentasa mendapt keredhaan Allah dan suamiku untuk mmudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku,kau dan anak2 kita untuk dibiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha ESa. Aku bercita cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjkan Rasul

“ semoga Allah member rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahnyang,dia merenjiskan air ke mukana. Semoga Allah member rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya”( riwayat abu daud dengan isnad yang sahih)
Renungilah firmannya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allahh atas namanya pertmuaan dan jodoh.
“ hai sekian manusia, bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya: dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak, dan betaqwalah kepada Allah yang dengan ( mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu ( a- nisaa’ : 1)


Kekasihku yang dirahmati,
“ kaum lelaki itu adalh pemimpin bgi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka 9lelaki) atas sebahgian yang lain 9wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebhagian dari harta mereka” (an-nisa’ : 34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakana dlam Qalamnya yang mulia, aku menyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-nk pewaris kejihadan islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata mata. Moga diriku sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNYa. Lakukanlah tnggungjawabmu itu dngan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga, insya Allah


Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbngkan akan kehendak bersifat duniawi seata mata.benar?! ketahuilah aku tidak menginginkan hantaran bersusun,mas kahwin yang hanya menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kta dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam mulia, Al-Quran kerna aku menyakini Qalam itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, keranaia adalah laluan untukku menyempurnakan separuh dari agamaku, insya Allah. Akhlaqmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan keran semuanya berada di dalam udara Qana’ah( berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah Negara Jannatunna’im. Lihatlah rumah tangga Rasulullah saw kadang2 berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah saw tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingna hingga ke hari ini.

Terlal panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Ciukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akn kemmbali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada perteuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan
Wasalam


..:::.. Ya Allah gembirakan kami dengan redhaMu..:::..
“ pertemuan..menghadiahkan kita kasih sayang..jika cinta satu pasti betemu.. ia tidak ternilai..kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yang hanya adalh cinta kasih ilahi..kita berpisah hanya sementara kerana pertemuan bukan milik kita.. jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi..biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikma bertemu tidak jemu..berpisah tidak gelisah..



Monday, June 28, 2010

aku mahu tinggal di dalam dunia sujudku

bismillahirahmanirahim

assalamalaikum..dan selawat serta salam untuk nabi Muhammad saw..




Suatu malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit. Apabila aku mendongak tenampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan.

Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku:

"Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak. Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan.

Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya:
"Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:

"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab:
"Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!

" Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali.
Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali. Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!" Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi: "Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?" Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi... " Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda." Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga.

Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu... Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta.
Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi. Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku. Pada Asma aku berpesan,

"Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Friday, May 7, 2010

Wanita : Akalnya Senipis Rambut

Akal senipis rambut,tebalkan dengan ilmu.
Hati separuh kaca,kuatkan ia dengan IMAN

Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan Akhlaq
Suburkanlah ia kerana disitu nanti mereka akan melihat nilai keadilan Allah

Bisikkanlah di telinga mereka,
bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
ia bukan diskriminasikan oleh Allah,
sebaliknya di situlah kasih sayang Allah

wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya pasti tak akan terhibur
dan tidak akan menghiburkan

tanpa iman,ilmu dan akhlaq mereka tidak akan lurus,
bahkan mereka akan semakin membengkok,

itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan Tuhannya

dan bila wanita menjadi derhaka
maka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...