Friday, July 26, 2013

Petrosains @ Ramadhan

Petrosains Destinasi Kami

sebelum masuk snap picture dulu




like this picture



buku yang membawa kami ke petrosains

5 of us...group members

with mom tobe

lQ 4400..
أللغة العربية لأعرض الوظفية
*xde orang g petrosains pose2 nie, xjumpa mana pun orang Islam dalam tu..orang putih jah ada..kami la wakil Melayu Islam dalam tu..
* nice trip,nice memory before انتهاء هذا سمستر

Sunday, July 14, 2013

Grown

Bismillahirahmanirahm

Alhamdulillah, Allah bagi pinjam lagi nyawa untuk bernafas kali nie..
5 Ramadhan...

6 Julai hari tu Alhamdulillah dah "grown" semakin membesar..nak jejak 23 Tahun dah..
 tak sangkan kan, kejap je masa berlalu..
 6 Julai juga menandakan genap 3 tahun saya di bumi UIA Main Campus..
rasa macam baru je semalam masuk daftar sini...alih2 dah 3 tahun kat sini.. Awesome...

dah 23 Tahun nie kena banyak2 sikit kena "Grown"..jangan nak buat perangai budak2 kecik lagi..x matang langsung...

anyway, thanks a lot pada yang wish, pada yang sudi doakan, dan pada yang hulur "buah tangan" tu...thaks...

GROWN TO BECOME A MATURED WOMEN

Thursday, July 4, 2013

sawang

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita hari nie..
punya la lama xberupdate..last post tu pun "auto-post" hari tu...nasib baik ingat lagi password en.blog nie..

bersawang


Bersawang..itulah perkataan yang sesuai untuk en.blog nie...
pemilik dia busy kalah orang2 besar...
"busy pikir masa depan"- kata pemilik..

k...bai.

Q&A

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah pemberi segala nikamt dan kurnia yang tidak terhingga

Q - Bila nak update blog? Dah x menulis ke?
A- hihihi..sekarang dah updated dah..  bukannya malas nak menulis, hari-hari saya menulis tapi bukan di warkahuntukhati, tapi saya menulis di rahsiahatidotcom. Kalau x menulis di rahsiahati, saya menulis save kat laptop tunggu untuk post je..

Q- eh ada blog baru ke?
A- haha..dah lama dah.cuma dulu tumpuan lebih kepada warkahuntukhati, tapi sekarang beralih kepada rahsiahati.

Q- kenapa?
A- sebab x semua perkara saya akan cerita, termasuk la juga kat kawan2..cukup la rahsia hati, kesedihan jiwa, kegembiraan diri disimpan kemas di rahsiahati.. ( pening x ayatnya)..hehe
x la..just menunaikan janji pada diri sendiri. saya pernah berjanji pada diri saya sendiri, janji yang saya buat masa saya mula-mula masuk UIA Gombak, yang saya akan mengalihkan sedikit tumpuan saya kepada rahsiahati bukan warkahuntukhati.. 

Q- rahsia hati tu tempat luah perasaan terbuku ke?
A- luah perasaan la sangat..hihih..itu rahsia..tapi yg penting tu bukan tempat nak mengutuk ngutuk orang ye..cukuplah ianya sekadar rahsia..rahsia perjalanan dan penggembaraan seorang hamba menghadapi saat2 terakhir di bumi UIA

Q- اي السؤال؟
( لا تسألني متي تريد ان تتزوج؟)

Monday, April 1, 2013

Hasad Dengki

Hasad dengki memang permainan manusia. Namun jika dibiarkan, hasad dan dengki akan menjadi seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang menbakar kayu.

Jangan lupa bahawa hasad dan dengki yang menyebabkan Nabi Adam tersingkir daripada syurga apabila baginda dan isterinya, hawa menjadi mangsa dengki iblis. Kerana hasad dengki juga berlaku pembunuhan pertama dalam sejarah apabila dua anak lelaki Nabi Adam , Qabil membunuh adiknya, Habil.

Disebabkan kuatnya perasaan ini membelenggu manusia, Rasulullah bersabda bermaksud, “tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dengan dengki.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Seorang pujangga Arab pernah berkata, “orang hasad tidak akan senang hidupnya. Dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.”

 Jauhilah dengki yang memusnahkan ukhuwah dan kebaikan dalam diri. Namun jika ingin berdengki, lakukanlah dalam perkara yang positif seperti berlumba-lumba melakukan kebaikan dan menuntut ilmu atau ibadat.