Sunday, December 5, 2010

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum semua...

heheh..style tulisan baru....

bergaris-garis lagi 2...

ingat lagi x kita semua apa yang allah sebut dalam surah al-anbiya'(35) dan al ankabut (57)

hafiz dan hafizah mesti tau kan..ayat mengenai ajal..

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan..dan kamu akn dikembalikan hanya kepada kami (al anbiya' 35)"

"setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati..dan kepada kami kamu dikembalikan ( al-ankabut 57)"

al-a'araf 34-mencaritakan tentang kita tidak boleh melambatkan dan mempercepatkan kematian kita walau sesaat...

saat malaikat maut datang nak menjemput kita.xada sorang pun yang tah..bersediakah kita semua nak menumpuh alam yang satu lagi..alam kubur..bersenderian plak 2..

beruntungla kepada sesiapa yang telah "bertunang "dengan kematian...

janganlah bila kita diberitahu bahawa kita bertunang dengan kematian..kita hanya mengeluh...sedarlah...pertunangan kita dengan kematian itu sebenarnya tanda Allah sayangkan kita...

allah mahu kita buat persediaan sepenuhnya sebelum kita berjumpa dengan kematian...

macam mana pula kalau tiba2 sahaja maut datang menjemput kita saat kita sedang bersuka ria?

bagaimana pula kita saat maut datang menjemput kita saat kita semua tengah lalai...(nauzubillah)

senang ke susah kita nak menghadapi jalan dan laluan ke syurga nanti..

berdoalah selalu semoga kita semua dimatikan dalah husnul khatimah...

ade caranya untuk memudahkan laluan kita semasa di akhirat..jom baca tips di bawah nie...

semoga bermanfaat..

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)


LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

ya Allah ya Tuhanku..tunjukkanlah aku jalan yang lurus..jalan yang diredhaiMu selalu..

No comments: