Monday, February 21, 2011

Allah sayang saya..terima kasih Allah

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum apa khabar iman kita hari ni ye...

"aku sedang ditarbiah oleh Allah"

dah lama rasanya saya rasa saya semakin jauh denganNya..
namun saya hamba yang hina ini langsung tidak ambik tindakan untuk itu..
sekarang saya rasa aku betul-betul ditarbiahkan...
bukan ditarbiahkn oleh sahabat-sahabat
tapi Allah sendiri yang mentarbiahkan saya...

dulu kat CFS pernah juga berlaku perkara yang sama...
leka lalu Allah ingatkan..
dulu sakit kepala sampai MC 5 hari adalah perkara biasa bagi saya..
dulu sakit kepala tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain adalah perkara biasa bagi saya
dulu sakit kepala makan ubat berguni-guni adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala berjumpa dengan ustaz adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala, kena x -ray otak adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala, kena inject, dua tiga jarum sehari adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepla habis beratus-ratus duit mak saya adalah biasa bagi saya
lalu saya sedar bahawa itu adalah tarbiah dari Allah untuk ingatkan saya betapa lekanya saya
betapa lalainya saya..betapa berdosanya saya..
itu tarbiah Allah
Allah ingatkan saya dengan sakitkan saya..
sakit penghapus segala dosa-dosa saya...
lalu saya sedar khilafnya saya menjalankan tanggungjawab saya kepadaNya.
namun tiada sapa yang sedar yang saya "ditarbiahkan" oleh Allah melainkan sahabat-sahabta terdekat dan juga roommate.
lalu saya kembali kepada Allah dan sedikit-sedikit ianya beransur hilang walaupun bukan 100%

kini saya lalai lagi
mungkinkah ini jua tarbiah dari Allah untuk saya?

mula-mula saya rasa ianya sakit biasa kerana ianya sudah sebati dengan saya
tapi makin lama makin sakit...
macam-macam ubat dah saya makan namun ianya tetap tidak hilang
sakit pinggang yang melampau
sakit yang tidak membenarkan saya duduk lama-lama di kerusi melainkan saya boleh bersandar
sakit yang memerlukan saya berbaring di katil mungkin?
sakit yang saya membawa saya untuk mencuba ubat HPA..
namun bukan saya berputus asa
tapi setiap kali saya makan saya akan mengalami muntah-muntah...
saya terpaksa berhenti dahulu...
bila duduk lama-lama di kerusi,bergerak sikit..
maka akan dengar bunyi2 yang begitu enak di dengar


dalam keadaan begini saya cuba menggembirakan hati insan yang sentiasa bersama saya .
dia jemput saya untuk family day IRK..
saya pergi walau hakikat hati saya begitu berat..
akhirnya..saya ditarbiahkan lagi oleh Allah
kaki saya injured masa kat sana..
dua hari terhincut-hincut...
alhamdulillah saya sudah sihat dari sakit kaki..

namun tarbiah Allah tak terhenti setakat di situ..
balik dari seminar balancing between love and study hari sabtu lepas..
tarbiah dari Allah datang lagi...
saya mula rasa sakit di bahagian dada..
saya buat andaian saya sendiri
itu adalah pedih ulu hati
daripada apa yang baca tu, tak ada satu pun simtom tu berlaku kepada saya
saya cuma rasa sakit
tidak pula mengalami batuk dan lain2 gejala yang diceritakan
wallahu'alam
kepada roomate saya, saya maklumkan
saya takut apa-apa terjadi kepada saya
sebab sakitny begitu terasa
nak menelan pun saya sakit..
nasib baik nak minum air x sakit..
walaupun sakit selera makan xpernah berhenti..
sakit..sakit..sakit...
bukan 24 jam terasa
anytime dia nak rasa sakit dia datang
bila dah puas da berhenti..

semalam g closing ceremony zikrulmaut..
hati begitu berat kerana sakit
tapi kerana janjiku kepada sahabat-sahabta
aku berpura-pura menjadi orang yang nasihat..aku melangkah pergi
natijahnya..
balik..aku rebah di katil sendiri..
bersendirian
menahan sakit sehingga mengalir air mata memohon keampunan kepada Allah
sehingga terdetik
"masihkan ada esok untuk aku bertemu ibuku, keluargaku dan sahabat-sahabatku untuk aku memohon keampunan kepada mereka semua ataukah esok ada air mata yang mengalir untukku?"
sedar diri masih menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada Allah
aku gagahi untuk bangun dan berjumpa denganNya...
selesai berjumpa denganNYa dan mengadu kesakitan denganNYa, aku "pergi" buat sementara waktu dengan satu doa
"ya Allah bangunkanlah aku untuk esok hari supaya aku dapat kembali kepadaMU dan berjumpaMU dalam ibadahku"

dalam keadaan saya begini..sakit lama datang kembali walau tak sekerap dan sesakit dulu
ahlan wasahalan buat sekit kepala..
saya menerimamu seadanya jika ia
adalah tarbiah Allah kepada saya yang sering lalai
dala mengingatiNYa..

tarbiahmu Ya Allah begitu mengujiku
begitu membuatkan ku mengingatiMu
begitu membuatku terkesan
begitu membuatkan diri aku tersedar
khilafnya aku
berdosanya aku
kepadaMU
rabbul samawatiwal 'ardh...

betullah firman Allah dalam kitabnya
"apakah manusia mengra bahawa mereka dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"- al ankabut 2

Ya Allah dosaku menggunung tinggi, namun rahmatMu kepadaku begitu banyak..ampunkan salap dan silapku.. bersihkanlah diriku dari dosa-dosa..kembalikan aku kepadaMU dalam keadaan aku mengingatiMu...

Ya Allah kau dengarkanlah bisikkan ku ini kepada sahabat-sahabatku...aku memohon ampun dari mereka Ya Allah..sesungguhnya aku bukanlah seorang sahabat yang baik buat mereka..aku sering lukakan hati mereka YA Allah, namu Ya Allah aku menyayangi mereka...YA Allah kau berikan mereka kekuatan untuk mereka menjalani kehidupan di dunia ini.. YA Allah masihkan ada maaf dari mereka semua untukku?

Ya Allah bukan aku lupakan keluargaku dalam doaku, Kau berikanlah mereka hidayahMu Ya Allah supaya mereka semua sentiasa dalam Jalan Yang lurus, Jalan yang KAu redhai..YA Allah temukan kami semua di syurga kelak

Ya Allah, jika sakit ini tarbiah darimu, penghapus dosa-dosa ku..aku terima Ya Allah..aku redha Ya Allah... YA Allah jangnlah kau jadikan sakit ini sebagai bebanan buat sahabat-sahabat di sekelilingku, kerana aku tidak mahu menyusahkan mereka...YA Allah hanya kepadaMu aku memohon...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Amin Ya Rabbal "alamin...

p/s : mampukah aku mengekalkan lakonan aku sebagai orang yang paling sihat di depan mereka semua...
catatan ini bukan untuk meminta simpati atau belas kesihan kepada sesiapa mahupun untuk meng'aibkan diri yang sering lalai dan leka dalam mengingti PEnciptanya..namun ianya adalah satu pesan kepada semua bahawa Allah begitu sayangkan kita semua dan sering mengingatkan kita ketika kita leka..ampunkanlah hambaMU ni Ya Allah.






1 comment:

minah senget said...

ujian itu tarbiah yang cukup indah kepada kita..bersyukurlah kerana mendapat ujian kerana ujian juga tanda Allah sayangkan kita
fidah sihat2 la ye..dah2 la sakit..