Saturday, May 12, 2012

adam

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum wbkt


Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu. kerana kau adalah ketua.Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.Akan ku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku.Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama.Ajarilah akuYaasin dan memahami al-Quran.Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam jumaat yang penuh barakah.Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu.Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan n ahi mungkar.

Adam ku,
Ajariaku agar menjadi isterimu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah.Ingatk anaku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu.Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calons rikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.


p/s : mood ramainya la kawan saya yang nak kahwin
barakallhulakum

No comments: