Wednesday, May 16, 2012

jatuh cinta lagi :-)


assalamualaikum
mesti hairankan..
kenapa begitu kerap saya mengceritakan tentang cinta
tapi yang pasti kali ini bukan cinta kepada manusia
tapi cinta pada sesuatu yang tidak bernyawa tapi mampu membantu kita disana kelak

bila tiba sahaja musim peperiksaan
ramai sahaja yang mengaku bahawa dia telah jatuh cinta
ya
jatuh cinta pada buku
jatuh cinta pada ilmu
jatuh cinta pada meja study - itu sudah pasti
jatuh cinta pada library

yang pasti yang dahulu pencinta sejati kepada katil
akan cuba menjauhkan diri dari katil,
pencinta movie akan mengrantai laptopnya di dalam loker..
tentu sahaja mereka yang tidak pernah mendekati pensyarah-pensyarahnya
akan cuba untuk mendekatinya.

ya..kali ini masa untuk jatuh cinta..tidak kira siapa kita
pelajar taman budi dan ilmu
pencinta ilmu
pengemis ilmu
pemberi ilmu
pasti tengah bertungkus lumus untuk bercinta dan "mengorat" ilmu
untuk menjadi teman setia hidupnya..
atleast teman setia sehingga examnya selesai kan

wahai diriku dan seluruh pembaca
tajdidlah niat itu
perbaharuilah niat itu
bercintalah dengan ilmu
bukan kerana exam
tapi kerana Allah Yang Maha Agung.

bila bercinta dengan ilmu kerana exam
ada "padah" yang sedang menanti
percaya atau tidak
itulah yang harus ditempuhi

teringat satu cerita
kisah benar
realiti mahasiswa...
bercinta dengan ilmu kerana exam

::::::::::::::::::::::::::::::::pada suatu hari:::::::::::::::::::::::::::::::::
"minah,kau dah habis baca belum econs?"
"dah...kau tipah?"
"ishhhh..exam aku berderet-deet nie..quiz xhabis-habis lagi...minah xpela..xde exam..."
"xpe ah..baca slow2..InsyaAllah..Allah tolong.."
"aku bukan apa..kalau tak habis nanti pointer aku turun..aku ni dah la dean list..hishh risau aku"
maka setelah bertungkus lumus..maka habis juga subject econs dibaca oleh tipah.

selepas beberapa hari  
"woiii minah..kau dapat bape econs?"
"alhamdulillah..sikit je.tapi ok la...saya dapat 7/10 je."
"aku dapat atas 1 dari kau..aku dapat 8/10.presentation dengan assigment kau weh?'
"bersyukur dengan apa yang Allah beri..presentation dapat 9/10..assigment dapat 13/15..tipah pulak macam mana?"
"wah best rrr kau..aku punya tajuk susah kot..xbanyak buku perbahaskan tentang tajuk aku tu..aku dapat 8/10 je presntation..assgment plak dapat 11/15.."
"alhamdulillah"
"ishh mana aci nie..carry mark kau lebih tinggi kot dari aku.."
"xpela..xbanyak pun kan beza kita..dua je"
"alaa..aku nak dapat A econs..nak kekalkan dean list aku 2"( sambil merungut kepada lecture yang mengajar, mengtakan sistem pemarkahan yang tidak adil dan membahagian tajuk assggment yang tidak adil untknya".

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
duhai sahabat sejatiku...
belajarlah kerana Allah
bukan kerana exam
letakklah piawaian yang terbik untukkmu
tidak salah mengejar dean list
tapi yang salah
bila meletakkan dean list sebagai
"goal" yang utama...

duhai diri yang sedang berusaha
letakkanlah Allah matlamat utamamu
nescaya engkau tidak akan bersedih andai markah yang diperolehi dalam peperiksaan tidak menepati targetmu
kerna ku yakin...markah bukanlah penentu segala-galanya..
mungkin ketika dirimu yang sedang berusaha,
ketika menjawab soalan peperiksaan itu,
Allah hijab sekejap ilmumu..untuk menguji dirimu..
bersabarlah...

duhai diri yang sedang menggapai impian
tajdidkan niatmu selalu
Allah sentiasa bersammu selalu
janganlah meletakkan dean list sebagia impian utamamu
kelak kau akan menangis
kelak kau akan kecewa
andai kau bahagia
mungkin hanya seketika..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::
"macam mana nak tahu kita belajar kerana Allah?
pada saya...jika dirimu ingin mengetahui adakah belajar kerana Allah
maka cuba tanya dirimu
"apa yang kamu ingat tentang subjek itu setelah peperiksaan berakhir?"
"jika diminta untuk ditunjuk ajar oleh junior-junior mu,berbekalkan result A,adakan kamu mampu untuk mencurahkan semula ilmu tersebut kepada mereka...

Ya Allah kuatkan kaki yang sedang cuba melangkah kepadaMU..doronglahnya...pandulah jalannya...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::
butaufiq wanajah untuk semua bakal pemimpin negara
exam bakal menjelma..seminggu sahaja berbaki..
gunakan sebaiknya...
pesanan untuk diri sendiri juga

dari  si pengemis ilmu
buat pemberi ilmu
sukran jazilah kepada semua asatizah-asatizah saya yang telah mendidik saya selama ini..

No comments: