Friday, November 23, 2012

Andainya Cinta itu hendak ku beri...



Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
kaifa hal?
Andainya cint itu hendak ku beri, ada syaratnya, bukan dengan semudahnya semudah memetik epal di pokok, bukan sesenang memetik jari untuk menarik perhatian, bukan juga semudah A,B dan C.
Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, maka pilihan saya adalah :

1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, sembahyang pada awal waktu. Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. berlembah lembut dalam ketegasan atau ketegasan dalam berlemah lembut...Sabda Nabi SAW
"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah 

Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang ada maksiatnya..

4. Amanah 

5. Tidak Boros 
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak. bak kata teman.." fidah cari la orang kaya"

6. Tidak Mengelingas Matanya 
apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang di sekelilingnya. Jika ya,maka dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami. 

7. Terbatas Pergaulan 
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang. 

8. Bertanggungjawab 
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab. 

9. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang dicari.

10. syarat-syarat lain: boleh menerima diri ini dengan seadanya sebagaimana saya boleh menerima dirinya, memahami ooo dan yang paling penting jangnla yang kuat cemburu..kalau yang dapat yang pendiam pun ok gak..dan Alangkah gembiranya hati jika sidia bernama bermula dengan huruf "A"..







p/s : namun diriku sedar siapalah diri ini, untuk mendapatkan insan sesempurna ini...???

No comments: