Friday, December 7, 2012

3 soalan yang jangan ditanya

buat anda sekelian...
yang membaca warkahuntukhati..
dari hati saya sampaikan tulisan ini
" Jangan ditanya"

ye untuk masa sekarang..
jangan ditanya kepada saya
tiga jenis soalan ini
tiga sahaja..xbayak..

jangan ditanya soalan kepada saya 
1) Bila nak grad?
~Allah..soalan ni susah untuk saya jawab sebenarnya, bukan tidak tahu bila akan berakhirnya zaman menuntut ilmu di Taman Ilmu & Budi ini, tapi risau dan takut andainya apa yang dirancang itu tidak menjadi.
Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini, banyak sangat dihujani dengan soalan sebegini..boleh dikatakan hampir  sepuluh soalan sehari. kadang-kadang rasa rimas juga dengan soalan ni. kadang-kadang bila soalan ni diajukan oleh senior-senior, cukup malu sebenarnya untuk mengatakan jawapan sebenar,hanya senyuman yang mengukir di bibir..kalau kawan-kawan yang bertanya risau jawapan itu menyinggung jiwa dan perasaan mereka. tersepit antara dua..jadi Jangan ditanya saya soalan ini. Tunggu dan lihat sahaja. ooo soalan ini membuatkan saya malu dengan diri saya...

jangan ditanta soalan kepada saya
2)apa perancangan lepas ni?
~almaklumlah, bila dah dijawab soalan pertama akan ditanya pula soalan kedua. dah grad nanti nak kerja dekat mana? nak minta J-Qaf ke? KPLI? Bank? JAIP? JAKIM? Tabung Haji? Syarikat Swasta? Ke nak sambung Master?
Allah jawapan yang memeng xde jawapan. CUkuplah perancangan yang ada tersemat di dalam hati dulu buat masa sekarang. Bukan tidak mahu dikongsi, tapi cukuplah alah kadar sahaja bercerita tentangnya. kaki masih belum cukup kuat untuk terus melangkah, masih lai bertatih untuk itu.. jadi jangan ditanya saya soalan ini.
 jangan ditanya saya soalan ini
3) bila nak kahwin?
~bila soalan ke dua tidak dijawab, maka banyak pulak timbul assumption kata saya nak kahwin lepas habis belajar..kadang-kadang layan kan aja kata-kata mereka.. anggaplah ianya satu doa dari mereka. kadang-kadang bila ditanya, " fida nak buat apa lepas ni?" jawapan paling senang dari saya yang kadang-kadang membuatkan mereka akan "senyap" dari terus bertanya " nak jadi suri rumah tangga, nak bekerja dengan suami sendiri"lepas tu saya gelak-gelak.. kalau kat bilik tu xhabis-habis diusik dan diasak dengan "jenaka" satu ketika dulu " saya nak kahwin dengan orang kaya"..hahaha.. layan jelah weh...kadang-kadang naik bosan dengan soalan nie...sebenarnya untuk soalan ini saya sendiri pun xada jawapan, xde target umur berapa..yang lebih senag, tidak mempunyai perangcangan langsung tentang ini..kadang-kadang soalan ini membuatkan saya lebih malu dengan diri sendiri berbanding dengan seoalan yang pertama tadi.. andai kata dah sampai jodoh, InsyaAllah semua dijemput :-)
oooohhhh...buat masa sekarang...stop asking me 3 things...
1) bila nak grad
2) nak buat apa lepas belajar
3) bila nak kahwin