Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Allah sayang saya..terima kasih Allah

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum apa khabar iman kita hari ni ye...

"aku sedang ditarbiah oleh Allah"

dah lama rasanya saya rasa saya semakin jauh denganNya..
namun saya hamba yang hina ini langsung tidak ambik tindakan untuk itu..
sekarang saya rasa aku betul-betul ditarbiahkan...
bukan ditarbiahkn oleh sahabat-sahabat
tapi Allah sendiri yang mentarbiahkan saya...

dulu kat CFS pernah juga berlaku perkara yang sama...
leka lalu Allah ingatkan..
dulu sakit kepala sampai MC 5 hari adalah perkara biasa bagi saya..
dulu sakit kepala tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain adalah perkara biasa bagi saya
dulu sakit kepala makan ubat berguni-guni adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala berjumpa dengan ustaz adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala, kena x -ray otak adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala, kena inject, dua tiga jarum sehari adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepla habis beratus-ratus duit mak saya adalah biasa bagi saya
lalu saya sedar bahawa itu adalah tarbiah dari Allah untuk ingatkan saya betapa lekanya saya
betapa lalainya saya..betapa berdosanya saya..
itu tarbiah Allah
Allah ingatkan saya dengan sakitkan saya..
sakit penghapus segala dosa-dosa saya...
lalu saya sedar khilafnya saya menjalankan tanggungjawab saya kepadaNya.
namun tiada sapa yang sedar yang saya "ditarbiahkan" oleh Allah melainkan sahabat-sahabta terdekat dan juga roommate.
lalu saya kembali kepada Allah dan sedikit-sedikit ianya beransur hilang walaupun bukan 100%

kini saya lalai lagi
mungkinkah ini jua tarbiah dari Allah untuk saya?

mula-mula saya rasa ianya sakit biasa kerana ianya sudah sebati dengan saya
tapi makin lama makin sakit...
macam-macam ubat dah saya makan namun ianya tetap tidak hilang
sakit pinggang yang melampau
sakit yang tidak membenarkan saya duduk lama-lama di kerusi melainkan saya boleh bersandar
sakit yang memerlukan saya berbaring di katil mungkin?
sakit yang saya membawa saya untuk mencuba ubat HPA..
namun bukan saya berputus asa
tapi setiap kali saya makan saya akan mengalami muntah-muntah...
saya terpaksa berhenti dahulu...
bila duduk lama-lama di kerusi,bergerak sikit..
maka akan dengar bunyi2 yang begitu enak di dengar


dalam keadaan begini saya cuba menggembirakan hati insan yang sentiasa bersama saya .
dia jemput saya untuk family day IRK..
saya pergi walau hakikat hati saya begitu berat..
akhirnya..saya ditarbiahkan lagi oleh Allah
kaki saya injured masa kat sana..
dua hari terhincut-hincut...
alhamdulillah saya sudah sihat dari sakit kaki..

namun tarbiah Allah tak terhenti setakat di situ..
balik dari seminar balancing between love and study hari sabtu lepas..
tarbiah dari Allah datang lagi...
saya mula rasa sakit di bahagian dada..
saya buat andaian saya sendiri
itu adalah pedih ulu hati
daripada apa yang baca tu, tak ada satu pun simtom tu berlaku kepada saya
saya cuma rasa sakit
tidak pula mengalami batuk dan lain2 gejala yang diceritakan
wallahu'alam
kepada roomate saya, saya maklumkan
saya takut apa-apa terjadi kepada saya
sebab sakitny begitu terasa
nak menelan pun saya sakit..
nasib baik nak minum air x sakit..
walaupun sakit selera makan xpernah berhenti..
sakit..sakit..sakit...
bukan 24 jam terasa
anytime dia nak rasa sakit dia datang
bila dah puas da berhenti..

semalam g closing ceremony zikrulmaut..
hati begitu berat kerana sakit
tapi kerana janjiku kepada sahabat-sahabta
aku berpura-pura menjadi orang yang nasihat..aku melangkah pergi
natijahnya..
balik..aku rebah di katil sendiri..
bersendirian
menahan sakit sehingga mengalir air mata memohon keampunan kepada Allah
sehingga terdetik
"masihkan ada esok untuk aku bertemu ibuku, keluargaku dan sahabat-sahabatku untuk aku memohon keampunan kepada mereka semua ataukah esok ada air mata yang mengalir untukku?"
sedar diri masih menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada Allah
aku gagahi untuk bangun dan berjumpa denganNya...
selesai berjumpa denganNYa dan mengadu kesakitan denganNYa, aku "pergi" buat sementara waktu dengan satu doa
"ya Allah bangunkanlah aku untuk esok hari supaya aku dapat kembali kepadaMU dan berjumpaMU dalam ibadahku"

dalam keadaan saya begini..sakit lama datang kembali walau tak sekerap dan sesakit dulu
ahlan wasahalan buat sekit kepala..
saya menerimamu seadanya jika ia
adalah tarbiah Allah kepada saya yang sering lalai
dala mengingatiNYa..

tarbiahmu Ya Allah begitu mengujiku
begitu membuatkan ku mengingatiMu
begitu membuatku terkesan
begitu membuatkan diri aku tersedar
khilafnya aku
berdosanya aku
kepadaMU
rabbul samawatiwal 'ardh...

betullah firman Allah dalam kitabnya
"apakah manusia mengra bahawa mereka dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"- al ankabut 2

Ya Allah dosaku menggunung tinggi, namun rahmatMu kepadaku begitu banyak..ampunkan salap dan silapku.. bersihkanlah diriku dari dosa-dosa..kembalikan aku kepadaMU dalam keadaan aku mengingatiMu...

Ya Allah kau dengarkanlah bisikkan ku ini kepada sahabat-sahabatku...aku memohon ampun dari mereka Ya Allah..sesungguhnya aku bukanlah seorang sahabat yang baik buat mereka..aku sering lukakan hati mereka YA Allah, namu Ya Allah aku menyayangi mereka...YA Allah kau berikan mereka kekuatan untuk mereka menjalani kehidupan di dunia ini.. YA Allah masihkan ada maaf dari mereka semua untukku?

Ya Allah bukan aku lupakan keluargaku dalam doaku, Kau berikanlah mereka hidayahMu Ya Allah supaya mereka semua sentiasa dalam Jalan Yang lurus, Jalan yang KAu redhai..YA Allah temukan kami semua di syurga kelak

Ya Allah, jika sakit ini tarbiah darimu, penghapus dosa-dosa ku..aku terima Ya Allah..aku redha Ya Allah... YA Allah jangnlah kau jadikan sakit ini sebagai bebanan buat sahabat-sahabat di sekelilingku, kerana aku tidak mahu menyusahkan mereka...YA Allah hanya kepadaMu aku memohon...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Amin Ya Rabbal "alamin...

p/s : mampukah aku mengekalkan lakonan aku sebagai orang yang paling sihat di depan mereka semua...
catatan ini bukan untuk meminta simpati atau belas kesihan kepada sesiapa mahupun untuk meng'aibkan diri yang sering lalai dan leka dalam mengingti PEnciptanya..namun ianya adalah satu pesan kepada semua bahawa Allah begitu sayangkan kita semua dan sering mengingatkan kita ketika kita leka..ampunkanlah hambaMU ni Ya Allah.






Monday, November 1, 2010

AMALKAN 12M UNTUK BERHENTI MEROKOK

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM..


o Melengah-lengahkan kemahuan untuk merokok

o Minum lebih banyak air

o Menarik nafas panjang

o Menbuat sesuatu/ menyibukkan diri dengan kerja tangan

o Menjauhkan diri dari kawan/ orang yang merokok\

o Mengelakkan diri dari situasi yang mendorong utuk merokok

o Memohon doa dari Tuhan

o Mengunyah sesuatu

o Membasuh tangan

o Mendi dengan kerap

o Melakukan senaman ringan

o meditasi

Tuesday, June 22, 2010

aduh!sakitnye kepala!

bismillahirahmanirahim
salam kesihatan untuk semua..

aduh! sakit kepala datang balik la..macam dulu..dah 2 hari nie..
nak g klinik? malas la..nanti jumpa doktor hensem plak..xpasal2 terlepas abg enggenier..heehe...

jom kite survey kay internet da ape dengan sakit kepala nie ...

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan

Jenis-jenis Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang Tegang
:::::Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain
:::Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
>Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.
>Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
> Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok
:::Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus
 Stres
 Corak tidur yang berubah
 Alkohol
 Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
 Cahaya yang terang
 Kelaparan
 Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
 Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
 Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
 Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
 Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
 Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian
Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
 Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).
 Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
(runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
 Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.
Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
 sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
 Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
 Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.
Tabiat Baru
 Belajar untuk beristirehat
 Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
keluarga anda membantu anda.
 Senam selalu dan jadilah bertenaga.
 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
 Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
 Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
 Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
 Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
 Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

huh xsangka plak skit kepala ade kaitan juga dengan sakit tekinga...ok la..nak menyambung wat kerja yang boleh mendatangkan orang belanja nanti..ok

semoga info ini dapt membantu kite semua dalam menangani sakit kepala
info ini dipetik dari
e-self care farmasi

Tuesday, June 8, 2010

sakit kepala: apa yang perlu anda tahu

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah
1-sakit kepala yang berdenyut-denyut
2-muntah-muntah
3-pitam.
Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.


PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

:::Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


::::Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

:::Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

:::Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

:::Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

:::Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA


>>Berehat seketika dengan berbaring.

>>Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam


>>Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.


>>Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.


>>Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.


>>Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.


>>Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

sumber: http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,1291434&_dad=portal&_schema=PORTAL