Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

mulia peribadimu suluhan hatiku muhammad saw

 bismillahirahmanirahim
dah lama rasanya x menjengah ke ruang warkah utuk hati ini..
betulla kata orang tanggujawab itu lebih banyak dari masa kita kan..tapi bukan kah Allah itu maha adil kan..maha  merangcang dan Allah adalah sebaik baik perangcang..Dia rancang untuk  kita sibuk supaya kita ni xlalai ke arah lain...opsss dah terkeluar topik plak...
before we back to our topic, nak ucapkan selamat menyambut ma'al hijrah..

our topic :
just want to shara my knowledge  to all my friends

kelahiran Rasulullah ke muka bumi ini sebenarnya membawa satu rahmat yang sangat besar untuk umat nya iaitu kita..kecekalan dan kesungguhan Rasulullah dalam menyebarkan wahyu dan membimbing umatnya patutnya kita sebagai remaja mengambil teladan . selain dari itu,ketokohan dan keperibadian Rasulullah juga patut dijadikan contoh ikutan kita sepanjang bergelar khalifah du dunia ini.

 kata orang xkenal maka xcinta kan..apatah lagi nak dijadikan ikutan kan..ok..let we refresh our memory about our prophet saw..

Nabi Muhammad telah dilahirkan pada 12 rabiulawal tahun gajah.Itulah kelahiran yang memberi rahmat ke seluruh alam. ketabahan ibu dan bapa baginda Rasulullah nyata menjadi menyumbang besar kepada ketinggian besar peribadi Rasulullah. menjadi anak yatim dan ketabahan ibunya Siti  Aminah meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal pasti memerlukan ketabahan yang luar biasa. inlah ujian ketabahan merangkap latihan rohani untuk RAsulullah kan. di usia yang sangat muda bagainda telah diuji oleh Allah.

back to our situation:
ok kita ni sebagai remaja cabaran dan dugaan itulah penguat jatidiri kitakan. cuba kita tengok berapa ramai remja-remaja sebaya kita sanggup membunih diri kerana putus cinta..(e'eleh baru putus cinta).nabi dulu Isteri baginda meninggal (Khadijah) dia x buat la macam korang buat sekarang nie..tengok betapa cekal dan tabahnya Rasulullah..xpernah merungut..moral of the story: ikutlah teladan dan jati diri Rasulullah.

jika nabi dulu ada proses pembersihan hati ( ketika baginda berusia 4 tahun dada baginda telah dibedah oleh malaikat Jibrail atas arahan Allah untuk dibersihkan hatinya menggunakan air zam-zam) maka kita ni hok muda2 lagi nie pun perlu dan sangat2 berhajat kepada pembersihan hati kan.sebenarnya hati yang suci dan bersih nie sangat sangat memudahkan untuk doa dimakbulkan.bukan setakat tu je,hati yang bersih boleh membawa kita  menggunakan akal dan nafsu kita dengan cara yang betul dan of course la ke jalan yang diredhai Allah kan?betul dok?

so macam ne nak jadikan  hati kita nie bersih?nak kena minum air zam-zam sokmo ke?ke nak kena g operata kat spital?
tipsnya mudah sangat  la...banyak2kan la berzikir dan beristigfar...plus banyak2 baca quran,faham maksudnya dan mengamalkannya..plus lagi (bukan  air 100 plus ye) solat jangan lupa dan tunaikan di awal waktu.jangan  duk lupa topup iman juga dengan solat-solat sunat terutama solat taubat.so easy kan..bak kata pepatah omputih 2..easy as abc (????erk betul ke ni)

back balik pada topic kat ats tu..mulia akhlaqmu Ya rasulullah suluhan hati ku...ye..engkau la penguat hatiku YA Rasulullah...dikala susah dan senang..kaula penguat hati ku untuk aku terus melangkah terus kehadapan dalam terus bergelar sebagai hamba Allah di bumu ini..dalam menggapai segala yang dihajati..engkau lah YA Rasullulah ikutan dan penguat semangatku di kala kaki ni mula goyah untuk terus melangkah...

terima kasih Ya Rasulullah..terima kasih..terima kasih...

Monday, February 21, 2011

Allah sayang saya..terima kasih Allah

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum apa khabar iman kita hari ni ye...

"aku sedang ditarbiah oleh Allah"

dah lama rasanya saya rasa saya semakin jauh denganNya..
namun saya hamba yang hina ini langsung tidak ambik tindakan untuk itu..
sekarang saya rasa aku betul-betul ditarbiahkan...
bukan ditarbiahkn oleh sahabat-sahabat
tapi Allah sendiri yang mentarbiahkan saya...

dulu kat CFS pernah juga berlaku perkara yang sama...
leka lalu Allah ingatkan..
dulu sakit kepala sampai MC 5 hari adalah perkara biasa bagi saya..
dulu sakit kepala tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain adalah perkara biasa bagi saya
dulu sakit kepala makan ubat berguni-guni adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala berjumpa dengan ustaz adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala, kena x -ray otak adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepala, kena inject, dua tiga jarum sehari adalah biasa bagi saya
dulu sakit kepla habis beratus-ratus duit mak saya adalah biasa bagi saya
lalu saya sedar bahawa itu adalah tarbiah dari Allah untuk ingatkan saya betapa lekanya saya
betapa lalainya saya..betapa berdosanya saya..
itu tarbiah Allah
Allah ingatkan saya dengan sakitkan saya..
sakit penghapus segala dosa-dosa saya...
lalu saya sedar khilafnya saya menjalankan tanggungjawab saya kepadaNya.
namun tiada sapa yang sedar yang saya "ditarbiahkan" oleh Allah melainkan sahabat-sahabta terdekat dan juga roommate.
lalu saya kembali kepada Allah dan sedikit-sedikit ianya beransur hilang walaupun bukan 100%

kini saya lalai lagi
mungkinkah ini jua tarbiah dari Allah untuk saya?

mula-mula saya rasa ianya sakit biasa kerana ianya sudah sebati dengan saya
tapi makin lama makin sakit...
macam-macam ubat dah saya makan namun ianya tetap tidak hilang
sakit pinggang yang melampau
sakit yang tidak membenarkan saya duduk lama-lama di kerusi melainkan saya boleh bersandar
sakit yang memerlukan saya berbaring di katil mungkin?
sakit yang saya membawa saya untuk mencuba ubat HPA..
namun bukan saya berputus asa
tapi setiap kali saya makan saya akan mengalami muntah-muntah...
saya terpaksa berhenti dahulu...
bila duduk lama-lama di kerusi,bergerak sikit..
maka akan dengar bunyi2 yang begitu enak di dengar


dalam keadaan begini saya cuba menggembirakan hati insan yang sentiasa bersama saya .
dia jemput saya untuk family day IRK..
saya pergi walau hakikat hati saya begitu berat..
akhirnya..saya ditarbiahkan lagi oleh Allah
kaki saya injured masa kat sana..
dua hari terhincut-hincut...
alhamdulillah saya sudah sihat dari sakit kaki..

namun tarbiah Allah tak terhenti setakat di situ..
balik dari seminar balancing between love and study hari sabtu lepas..
tarbiah dari Allah datang lagi...
saya mula rasa sakit di bahagian dada..
saya buat andaian saya sendiri
itu adalah pedih ulu hati
daripada apa yang baca tu, tak ada satu pun simtom tu berlaku kepada saya
saya cuma rasa sakit
tidak pula mengalami batuk dan lain2 gejala yang diceritakan
wallahu'alam
kepada roomate saya, saya maklumkan
saya takut apa-apa terjadi kepada saya
sebab sakitny begitu terasa
nak menelan pun saya sakit..
nasib baik nak minum air x sakit..
walaupun sakit selera makan xpernah berhenti..
sakit..sakit..sakit...
bukan 24 jam terasa
anytime dia nak rasa sakit dia datang
bila dah puas da berhenti..

semalam g closing ceremony zikrulmaut..
hati begitu berat kerana sakit
tapi kerana janjiku kepada sahabat-sahabta
aku berpura-pura menjadi orang yang nasihat..aku melangkah pergi
natijahnya..
balik..aku rebah di katil sendiri..
bersendirian
menahan sakit sehingga mengalir air mata memohon keampunan kepada Allah
sehingga terdetik
"masihkan ada esok untuk aku bertemu ibuku, keluargaku dan sahabat-sahabatku untuk aku memohon keampunan kepada mereka semua ataukah esok ada air mata yang mengalir untukku?"
sedar diri masih menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada Allah
aku gagahi untuk bangun dan berjumpa denganNya...
selesai berjumpa denganNYa dan mengadu kesakitan denganNYa, aku "pergi" buat sementara waktu dengan satu doa
"ya Allah bangunkanlah aku untuk esok hari supaya aku dapat kembali kepadaMU dan berjumpaMU dalam ibadahku"

dalam keadaan saya begini..sakit lama datang kembali walau tak sekerap dan sesakit dulu
ahlan wasahalan buat sekit kepala..
saya menerimamu seadanya jika ia
adalah tarbiah Allah kepada saya yang sering lalai
dala mengingatiNYa..

tarbiahmu Ya Allah begitu mengujiku
begitu membuatkan ku mengingatiMu
begitu membuatku terkesan
begitu membuatkan diri aku tersedar
khilafnya aku
berdosanya aku
kepadaMU
rabbul samawatiwal 'ardh...

betullah firman Allah dalam kitabnya
"apakah manusia mengra bahawa mereka dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"- al ankabut 2

Ya Allah dosaku menggunung tinggi, namun rahmatMu kepadaku begitu banyak..ampunkan salap dan silapku.. bersihkanlah diriku dari dosa-dosa..kembalikan aku kepadaMU dalam keadaan aku mengingatiMu...

Ya Allah kau dengarkanlah bisikkan ku ini kepada sahabat-sahabatku...aku memohon ampun dari mereka Ya Allah..sesungguhnya aku bukanlah seorang sahabat yang baik buat mereka..aku sering lukakan hati mereka YA Allah, namu Ya Allah aku menyayangi mereka...YA Allah kau berikan mereka kekuatan untuk mereka menjalani kehidupan di dunia ini.. YA Allah masihkan ada maaf dari mereka semua untukku?

Ya Allah bukan aku lupakan keluargaku dalam doaku, Kau berikanlah mereka hidayahMu Ya Allah supaya mereka semua sentiasa dalam Jalan Yang lurus, Jalan yang KAu redhai..YA Allah temukan kami semua di syurga kelak

Ya Allah, jika sakit ini tarbiah darimu, penghapus dosa-dosa ku..aku terima Ya Allah..aku redha Ya Allah... YA Allah jangnlah kau jadikan sakit ini sebagai bebanan buat sahabat-sahabat di sekelilingku, kerana aku tidak mahu menyusahkan mereka...YA Allah hanya kepadaMu aku memohon...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Amin Ya Rabbal "alamin...

p/s : mampukah aku mengekalkan lakonan aku sebagai orang yang paling sihat di depan mereka semua...
catatan ini bukan untuk meminta simpati atau belas kesihan kepada sesiapa mahupun untuk meng'aibkan diri yang sering lalai dan leka dalam mengingti PEnciptanya..namun ianya adalah satu pesan kepada semua bahawa Allah begitu sayangkan kita semua dan sering mengingatkan kita ketika kita leka..ampunkanlah hambaMU ni Ya Allah.






Friday, February 18, 2011

sebuah kisah Muhammad Rasulullah ( bermula awal detik kelahiran hingga awal kerasulan )


Jarak waktu yg merntnga pepisahan
Tidak prnah menjauhkan ingtaan
Tatkala tiba detik 12 rabiulawal
Trgambar masam manis resah tahun gajah
Masih nyaring di cupingku
Jerit hilai dan gegak gempita tntera Abrahah
Memacu kesombongan menui kaabah
Unta2 peliharaan penduduk mekah dirampas

Berdiri megah Abdul Mutalib sambil membisik
“ini abdul mutalib.kembali untaku,kerana itu hakku
Jika kaabah itu yang aku mahu kau hancurkan
Hampirlah,beradu dengan Tuhan
Kerana kAabah itu milik Tuhan

Mendidih kemarhan abrahah
Keangkuhannya membutakan matanya terhadap Allah
Kaabah yang dicemburuinya kerana tidak dikunungi
Tetap mahu dihancurkan
Tanah Habsyi( yaman) diperdagangkan
Gemerincing suara pendang silang menyiring
Bergemuruh suara prajurit bgai ombak membadai di lautan
Debu2 berhamburan dicecah ribuan gajah
Sorak sarai membahana,memecah sepi padang pasir
Tentera abrahah mara penuh keangkuhan

Tiba saat penghuni mekkah menghundur diri mencari perlindungan
Tinggallah Aminah denagn Muhammad 2 bulan dalam kandungan
Abrahah yang kegilaan lua ingatan
Kuasa tuhan mangatsi gajah selautan
Tatkala tiba langkah di luar kota mekkah
Bertiuplah angin kencang dari pelbagai arah
Taufan menggila di setiap lembah
Dengan kehendak tuhan semesta alam\
Datanglah ababil bagai awan hitam
Menyambaikan salam derita denganbatu membkar
Hancur luluh segenap diri yang terluka
Bagai daun dimakan ulat berbisa
Tentera bergajah musnah dalam sekelip mata
Tewaslah abrahah dalam kejahatannya

!!
Penaka pencerobohan Abrahah masih terasa
Dating pula khabar duka
Abdullah (ank abdul mutallib) kembali menghadap yang Esa
Tinggallah abdul mutalib dalam nestapa
Sedih hatinya tidak terkira
Kenangkan anknya yang hilang dimata
Kenangkan kandungan aminah yang menanti masa
Bersam kasih aminah dipeliharra

Tiba saat terpaut qada’ dan qadar
Padamlah api sembaan majusi
Terbentanglah lembayung eahmat Ilahi
Dari awal mashrib hingga ke akhir maghrib
Cahay iman membenih dalam heninng pagi
Tanggal 12 abuil awal isnin tahun gajah
Terputeralah baginda nabi
Gembira Abdul Mutalib menyambut putera lelaki
Cucu yang dinanti
Cucu yang diberkati
Cucu yang irahmati
Muhammad nama yang diberi

Bagai hujn diturunkan pada bumi yang ketndusan
Dilanda kemarau panjang
Bagai embun mendingin pagi yang kepanasan di waktu siang
Lakana mentari menumpahkan cahaya dI kala
manusia kegentaran pada gelapnya malam
Demikianlah kegentaran pada gelapnya malam
Demikianlah Engkau Muhammad insane pilihan
Diputerakan di kala umat nanar dalam kejahilan
menjadi penerang pembela dan penyuluh jlan kehidupan
memurnikan akhlak membersih jiwa kemanusiaan
!!!
Di dsun bani Saat dalam negeri Taif
Disitulah membesar pesuruh Tuhan
Disusukan orang kebnyakkan
4 thaun Engkau dalam dakapan Ummi halimah
Berligar dalam keramahan desa
Muhammad membesar dengan keelokan asuhan
Terhindar dari hiruk piruk kota
Disinilh Muhammad “dibersihkan”
Sifat mazmumah dikeluarkan

!v
Ujian Tuhan dating siih berganti
Tika dalam perjalanan pulang dari makam Abdullah
Tanah Abwa’ yang panas dipupuk angin kering
Menyambut Aminah yang menahan sakit
Takdir tuhan menemukan janji
Dalam sedu tangis Muhammad
Ibunya Aminah dijemput kehadrat ilahi
Mengiringi ayahnya yang sudah lama pergi

Dalam waktu yang tidak jauh jaraknya
Abdul Mutalib yang kian lanjut kehidupannya
Kembali menghadap Tuhan
Muhammad yang kafanaan
Diambil pula oleh Abu Talib dalam jagaannya
Bersama Ali.Muhammadmembesar
Bersama kambing gembalaan dan khalifah pedagang
Meniti kehidupan tanpa jemu dan bimbang

V
Mekkah yang kusut dengan percakaran
Semak dengan pelbagai “tuhan”
Satu ketika pemuka bertelagah pasl hajar aswad
Lalu diputuskan hakim siapa yang bakal menghakimkan
Seawall pagi yang jenih Muhammad melangkah ke masjid
Teriaklah kabilah ‘al amin’ manusia yang abid
Hajar aswd ini perletakkannya mohon diadili
Kebikjasanaannya tergambar di penjuru serban
Yang dijinjing oleh empat kabilah
Akhirnya Muhammadlah penyudahnya
Meletakkak hajr aswad pada kedudukannya

V!
Ttakala usianya menjejah menjangkau 25 tahun
Muhammad mengusahakan dagangan khadijah
Dia adalah peniaga paling amanah
Benar dan jujur dalam timbang dan kira bicara
Snangnya khadijah perniagaaan bertambah
Untung melimpah hilanglah gundah
Kebaikan Muhammad menambat hati khadijah
Sukanya menjadi cinta
Cintanya berombak dalam lembut bicara
Ditolak lamaran pemuda perkasa kerana harta
Muhammad jua yang bertakhta di jiwa
Muhammad dan Khadijah diijabkbulkan
Menjalinkan ikatan dalam aturan Tuhan
Di sisi khadijah Muhammad membina kayakinan
Disisi Tuhan kedua-duanya unduk menghambakan

V!!
Dalam hening malam yang menghitam
Dan dalam kelam sepi yang yang menyelimuti mimpi
Gua Hira’ menjadi saksi kebenaran
Diambang usia 40 tahun, tibalah detik KeRasulan
Muhammad yang keseorangan beruzlah
Diwahyukan firman Tuhan
Bcalah! Aku tidak tahu membaca
Bcalah! Aku tidak tahu membaca
Bacalah! Aku tidak tahu membaca
“bacalah dengan nama Tuhanmu” ajar jibril
“yang menciptakan,menciptakan manusia dari
Segumpal darah
Bacalah! Dan Tuhanmu Maha Pemurah
Yang mengajarkan dengan pena
Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya”
Gementar tubuh Muhammad
Bergelora rasa gerun bagai gulungan angin di gurun
Bergemuruh darah menyirat ke ubun kepala
Mendengar gema suara yang sangat luar biasa
Mengajar Al Alaq dalam 5 ayat
Sebelum pergi Malaikat Jibrail mengucapkan kata kata
“engkau utusan Allah”
Tanggal 17 pertengahan ramadhan
Bermulalah deik kerasulan
Muhammad diangkat menjadi rasul penyudah
Manjadi rahmat ke sekian alam
“wama arsalnaka illa rahmatan lilalamin”
“dan tiak dibangkitkan kamu wahai Muhammad
melainkan untuk menjadi rahmat ke sekian alam”

p/s : copy paste..bukan hasil tangan sendiri

Wednesday, February 16, 2011

warkah untuk rasulullah


sebelumku coretkan catatan sepiku

Selawat dan salam ku rakamkan

Buatmu ya kekasih Allah

Betapa rindunya aku dan mereka pengikut setiamu

Pada mutiara agung kasihmu yang kudus

Dan seraut wajahmu yang tenang

Jua irama padang pasirmu dari tuntutan zaman

Kami indu padamu ya rasulullah

Bagai rindu seorang kekasih

Jika kau hidup kini wahai kekasih ummah

Akan menitislah air mata salju

Membasahi pipi lembutmu yang dibelai bayu padang pasir

Kekesalan akan menyelimuti hatimu

Tidak sanngup untuk menghitung kemungkaran

Pilu dan hiba akan meraung dilubuk jiwa kasihmu

Menyaksikan kebobrokan umatmu yang semakin kurang ajar

Hidup berbondongkan nikmat-nkmat dosa dan noda

Bertemankan bisikan syaitan durjana

Menghitung titik hitam yang mewarnai hidup

Sambil ketawa dan berpesta dengan kemenangan

Hidup yang telanjang

Lalu mereka terus alpa di pentas kehancuran

Mereka mahu menghidupkan lagi sejarah jahiliyah

Lihtlkah ya rasulullah

Kebodohan umatmu yang ditutupi dengan kepalsuan

Mereka berbicara dengan kepuraan

Memperkatakan tentang sunnahmu

Berpidato tentang risalah yang kau ewariskan

Untuk generasi aman berzaman

Tapi mereka memperkecilkan dan memepersendakan

Kemampuan isi al-quran

Lantas mereka enggan menegakkan hokum tuhan

Yang bakal menghancurkan kepalsuan kebobrokan

Kerana itu makanana mereka

Jika kau masih berdiri di ruang bumi ini

Pasi kau akan sedih dan hiba

Aduhai permmata cahaya ummah

Kehancuran demi kehancuran menodai bumi indah ini

Manusia semakin angkuh dengan kekuatan yang tak seberraa

Menindas kaum yang lemah

Merantai suara-suara mereka dengan jarring-jaring besi

Para ulama’ yang berbicara tentang kebenaran

Dilukiskan sebagai penentang dan penceroboh

Keamanan dan perpaduan

Maka manusia semakin angkuh dengan kuasa dunia

Tanpa menghitung robek2 dosa

Yang menggigit jari-jari mereka

Lalu kau berdiri di tengah kesombongan meeka

Kau akan tunduk malu dan hiba

Menghitung umatmu yang bakal memenuhi neraka…

p/s : lepas balik dari opening ceremony zikrumaut kat main od..ternampak 2 pasangan "romantik" di tepi tasik uia..

dan satu pasangan yang tengah "menghangatkan cinta asmara di dalm kereta depan mahllah asiah..namun selepas disuluh oleh pakguard (lepas kami bagitau pak guard) mereka masih dalam keadaan begitu (tidak bergerak kedudukan mereka) sehingga menyebabkan pakguard terpksa pergi dekat kearah kereta tersebut..)

adakah dengan cara begini mereka menzahirkan rasa cinta mereka terhadap Rasulullah?



Monday, January 24, 2011

untuk kak uda

untuk kak uda..walau masih menunggu hari...
wish awal supaya saya orang pertama yang mengucapkannya...

assalamualaikum semua..
untuk kak uda..
kenapa kak uda..
sebab kak uda dah nak kawin bulan 3 nie...
saya pun dah dapat jemputan dari suami dia...
oppps bakal suami dia..
kat fb...

siapa kak uda nie?
sape2 yang dah kenal kak uda..xpayah la baca yang part nie...

kak uda adalah pelajar irk (quran and sunnah) iium..
saya kenal dia masa kat matrik lagi..
kat cfs..
1 bilik dengan dia..
kat e.3.7 dulu..
dia budak dq..
ust razak bagi gelaran kat dia..
"ustz kalut"
sebab ust razak cakap dia nie kalut je memanjang dalam kelas..

untuk kak uda..tahniah..mabruk...barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair...

semoga bahagia dunia dan akhirat...

emmm sapa plak bakal suami kak uda nie..
kalu xsilap budak dq gak..
engeniering iium
insyaAllah soleh2..

bila sebut pasal soleh nie..
apa yang perlu ada pada seorang lelaki yang melayakkan dia digelar soleh?
jom baca nie...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.



6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wednesday, December 22, 2010

PETUA IMAN SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT

EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN

1-Makan daging

2-memakai haruman

3-kerap mandi

4- berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1-banyak berkelamin

2-selalu cemas

3-banyak minum air ketika makan

4-banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1-duduk menghadap kiblat

2-bercelak sebelum tidur

3-memandang yang hijau

5- berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1-memandang najis

2-melihat orang dibunuh

3-melihat kemaluan

4-membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1- 1- Tidak banyak berbual kosong

2- 2-Rajin bersugi

3- 3-Bercakap dengan orangsoleh

4- 4-Bargaul dengan para ulama’

Tuesday, December 21, 2010

PESAN LUQMAN AL-HAKIM

Kata Luqman al Hakim kepada anaknya :

“wahai anakku, apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) , maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijksaanmu. Semua anngota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kahalusannya di mana hati yang bersih itu, hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah) . “

kata Luqman al Hakim lagi “

wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak banyak nya maka apabila kamu dewasa kelak (pada hari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.

Selanjutannya katanya :

“ wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah,janganlah kamu mengikuti jamuan perkhawinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuatkan kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.

Kata luqman al hakim :

“wahai anakku, aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”

Luqman al Hakim berkata lagi :

“ wahai anakku, aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan”

Sunday, December 5, 2010

13 wasiat luqman al hakim

251) bismillahirahmanirahim..assalamualaikum semua..wasiat luqman al-hakim..sape yang xkenal dengan nama yang cukup gah..nama yang tercatat nama nya di dalam al-quran...surah luqman..surah yang diulang ulang oleh si anak kecil pada hari ini..yang selalu dibaca oleh ibu-ibu yang mengandung...namun kita tahu dan kita ade ambik tahu x apa yang terkandung dalam surah 2...ooo..jangan salah faham ye sebab entry kali ni bukan nak kupas surah luqman tapi nak mencatatkan 25 wasiat luqman al-hakim untuk "anak-anak"nya...jom baca...moga bermanfaat untuk semua

jom 1) Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISI nya ialah IMAN dan LAYAR nya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

2) Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

3) Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH.Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

4) Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

5) Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

6) Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

7) Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

8) Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

9) Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

10) Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah.Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

11) Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

12) Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

13) Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum semua...

heheh..style tulisan baru....

bergaris-garis lagi 2...

ingat lagi x kita semua apa yang allah sebut dalam surah al-anbiya'(35) dan al ankabut (57)

hafiz dan hafizah mesti tau kan..ayat mengenai ajal..

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan..dan kamu akn dikembalikan hanya kepada kami (al anbiya' 35)"

"setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati..dan kepada kami kamu dikembalikan ( al-ankabut 57)"

al-a'araf 34-mencaritakan tentang kita tidak boleh melambatkan dan mempercepatkan kematian kita walau sesaat...

saat malaikat maut datang nak menjemput kita.xada sorang pun yang tah..bersediakah kita semua nak menumpuh alam yang satu lagi..alam kubur..bersenderian plak 2..

beruntungla kepada sesiapa yang telah "bertunang "dengan kematian...

janganlah bila kita diberitahu bahawa kita bertunang dengan kematian..kita hanya mengeluh...sedarlah...pertunangan kita dengan kematian itu sebenarnya tanda Allah sayangkan kita...

allah mahu kita buat persediaan sepenuhnya sebelum kita berjumpa dengan kematian...

macam mana pula kalau tiba2 sahaja maut datang menjemput kita saat kita sedang bersuka ria?

bagaimana pula kita saat maut datang menjemput kita saat kita semua tengah lalai...(nauzubillah)

senang ke susah kita nak menghadapi jalan dan laluan ke syurga nanti..

berdoalah selalu semoga kita semua dimatikan dalah husnul khatimah...

ade caranya untuk memudahkan laluan kita semasa di akhirat..jom baca tips di bawah nie...

semoga bermanfaat..

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)


LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala


LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

ya Allah ya Tuhanku..tunjukkanlah aku jalan yang lurus..jalan yang diredhaiMu selalu..

Thursday, November 11, 2010

7 KALIMAT UNTUK DIAMALKAN

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

bismillahirahmanirahim

Sama ada sedar atau sengaja tidak mahu mengamalkannya ,sebenarnya dalam kehidupan seharian kita,kita boleh meraih pahala dari Allah swt. Dengan mudah.

Contohnya dengan menghafal dan mengamalkna tujuh kalimah di bawah.Jadikan ia sebagai amalan seharian kamu.semoga akan endapat lebih keberkatan daripada Allah swt

I. Mengucap bismillah setiap kali hendak melakukan ssuatu

II. Mebgucap alhamdulilah setiap kali selesai melakukan ssuatu

III. Mengucap astagfirullah jika lidah kita terselit perkataan yang tidah ptut.

IV. Mengucap insyaAllah,jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

V. Mengucap la haula wala quwata illa billah jika menghadapi sesuatu yg tidak disukai dan tidak diingini

VI. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi raji’un jika menghadpi dan menerima musibah

VII. Mengucap la ilaha illa allah muhammadun rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari tarsir hanafi

#### MUDAH-MUDAHAN INGAT, WALAU LAMBAT-LAMBAT MUDAH-MUDAHAN SELALU, WALAU SAMBIL LALU MUDAH MUDAHAN JADI BISA,KERANA SUDAH TERBIASA…

Friday, November 5, 2010

aku ditunangkan

bismillahirahma nirahim

assalamualaikum...

ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantia
n.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


Siapakah pemberi itu? Apakah tandanya?

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Liang lahad bersedia menjemput...

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

(^_^)Terima kasih Sarah atas perkongsian yang sangat menyentuh jiwa & menyedarkan diri ini tatkala terleka dengan nikmat dunia & kalah dgn ujian dariNYA~


Buku yang dicari bagi mempersiapkan diri untuk dikhitbah

Semoga semua pembaca dapat mengambil iktibar daripada kisah ini...
Sudahkah kita bersedia untuk
BERKHITBAH DENGAN KEMATIAN???



liang lahad yang menanti

malam pertama di alam kubur
*dipetik daripada