Sunday, October 31, 2010

tidak ada perbuatan baik yang sia2

bismillahirahmanirahim

''Apa gunanya saya membaca al-Quran tapi tidak memahaminya!'' Tanya seorang murid. ''Bacalah dahulu, perlahan-lahan nanti tok akan ajar maknanya,'' jawab gurunya. Muirid itu pun terus membaca. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Lama kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semula. ''Tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami makna al-Quran ini sesuatu yang tidak berfaedah,'' katanya.' 'Baiklah.Tok akan menyuruh kamu melakukan satu pekerjaan yang lebih bermakna,'' kata Tok Guru tersebut. Wajah murid itu kembali ceria. Tok Guru menyerahkan sebuah raga dan berkata, ''Kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini, si murid kehairanan. Mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku, detik hatinya. Dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari untuk menuangkan air ke dalam kolah. Namun sebaik sampai, air telah habis, menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu. begitulah yang dilakukannya berulang-ulang kali. air menitis keluar dari celah ragadan kolah masih tidak dapat dipenuhi. ''Tok, perbuatan ini lebih tidak bermakna. Kalau Tok gantikan raga ini dengan timba, barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!'' Tok guru tersenyum. ''Setiap yang Tok suruh pasti ada maknanya,'' katanya perlahan. ''apa maknya Tok/' ''Menimba air samalah dengan membaca al-Quran walaupun tidak memahami maknanya, jawab Tok Guru. ''Sama-sama tidak ada faedahnya. Begitu/' ''Tidak,sama-sama ada faedahnya,'' Pintas Tok guru anak muridnya jadi lebih hairan. ''Cuba tengik raga yang kamu gunakan sejak tadi itu. Mulanya ia kotor, tetapi sekarang bukankah sudah bersih/ Walaupun air di kolah tidak penuh tetapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. Betul tak/'' ''Betul Tok,'' jawab anak murid mengiakan. ''Ha begitulah hati juga hati kamu ketika membaca al-Quran berulang-ulang kali. Walaupun belum memahami maknanya, tetapi paling tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan. Muridnya mengangguk. Hebat rupa-rupanya Tok Guru mendidik,bukan sekadar mengajar



Saturday, October 30, 2010

dedikasi untuk dayah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam imtihan buat semua pelajar iium..

Post kali ni saya dedikasi khas untuk sahabat saya yang bernama Nur Hidayah Bt Muhammad.

Saya doakan dayah sihat selalu panjang umur dan semoga impian untuk dapat dean list pada sem ni dan berikutnya Allah makbulkan…

Rasenya xade apa yang nak cakap kat sini sebab dah cakap banyak dah dengan dia hari2…

Cuma saya rasa,saya nak mintak maaf atas semua kesalahan yang saya lakukan dari awal kita kenal sampai la kita berpisah satu hari nanti sama ada berpisah hidup atau pun mati..

sebab apa erk saya buat entry nie..

sebab saya bila f2f dengan dia banyak menda yang ingin saya cakap dan luahkan ckan terluah dan xkan tercakap..

macam semalam..saya xwish pun kat dia..

saya cuma sent messege je kat dia..

so saya ambil cara ni.

untuk expresikan apa yg saya nak ckp kat dia

Dayah..

Dalam mengharungi hidup dengan dayah, sepanjang 2 tahun ni..( lebih kurang r ) banyak sangat yang kia lalui bersama nak2 plak sem ni kita sebilik kan..

Macam2 kerja giler kita buat..

Macam2 kerja baik kita buat

Kita study sama2

Sama2 stay up bila nak exam

Terima kasih dayah

Dan yang paling penting

Dayah la kompas kehidupan kami

Dan saya rasa x keterlaluan jika saya katakana dayah adalah penyeri hidup kami semua

Dayah xade kat bilik

Sunyi je..

Entah r dayah..xtau nak ungkap kana apa dah..

Ha satu lagi..

Soryy plan malam ni hancur la..

Tapi xpe..yang penting kenyang kan

Dayah,saya..dan sahabat yang lain…

Sedarlah kita hidup di dunia yang fana, yang kekal hanya di akhirat sana..sama2lah kita manfaatkan usia yang dipinjam ke jalanNya..marilah kta mengorak langkah kea rah kebaikan..jauh dari kemungkaran..lakarkanlah lembaran hidup yang lebih bermakna, marilah kita sama2 berusaha mengejar nur hidayagNya.. pasti kita akan lebih bahagia..Happy birthday dayah..moga bertambahnya umur dayah,maka akan bertambahlah segala amalan..InsyaAllah..sama2lah kita

Emm dayah

Hadirnya saya dalam hidup dayh untuk menjadi teman pemberi ingtan bukan untuk melalaikan dayah, adanya saya dalam sebagai penyokong di belakang dayah dalam menempuh mehnah di bumi tarbiyah iium ni bukan pematah semangat dayah, namun andai dayah rasa diri saya ini ibarat embun, muncul kala terbitnya matahari, maka dayah kene selalu ingat saya masih di sini, sentiasa mendoakan dayah semoga terpelihara sepanjang hari, walaupun saya hanya menyepi…

Dayah..

Hidup ini susah kita duga, kadang2 kita rasa dekat je dengan seseorang tu, tapi sebenarnya jauh, walaupun kita dapat capai dan genggam tangan orang tu, tapi belum tentu hati dia kita dapat salami.. mungkin kadang2 kita dapat tngok dia ketawa tapi kita kita xtau apa disebalik senyumannya..bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya wahal kehadiran kita langsung tak desenangi.. dayah..itulah rencah dunia..kita tak akan tahu sapa kawan kita dan sapa lawan kita samapi la satu hari nanti kita jatuh..masa tu kita tengok adakah ada tangan yang akan menghulurkan bantuan ataupun x… tapi satu yang perlu dayah tahu yang tangan saya sentiasa ada untuk membantu dayah bangun semula dari jatuh 2…

Dayah

Rasanya dah lama saya mencoretkan isi hati ni.(ceh2..) ulum hadith 2 dah tunggu saya dah..

Dayah..

Kiranya 1 hari nanti tempias hujan membasahi jendelamu. Ingatlah..itu tandanya air mata saya mengalir mengingati dayah,kiranya dayah tersedar ada darah di jari darah, itu tandanya ada sesuatu yang terjadi pada saya.andai dayah tersentak dari lamunann yang begitu panjang. Itu tandanya saya sedang merindui dayah dan andai dayah terbangun dari tidur dan terdengar sayup2 ayat2 quran yang mendayu,itu tandanya saya telah pergi sebelum dayah…tak perlulah dayah iringi pemergian saya dengan tangisan air mata..cukuplan iringi saya dengan al fatihah dan ampunkan segala salah silap saya dan halalkan makan minum saya…

Buat yang terakhir

Sanah helwa dayah

Happy birthday

Selamat hari ulang tahun




zatie & dayah


saya, syahirah & dayah


dayah,zatie,saya & syahirah


birthday girl dayah


gambaran awal dayah di hari convocationnya


bersama roomates terchenta: saya, dayah,diana & ema


kek birthday daya




Ikhlas daripada:

Bintuawang

Asiah e 1.1

02:37am

Wednesday, October 27, 2010

10 angguan Syaitan Dalam Solat

1

1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar" , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir.

Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.

2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu".

Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku". (HR. Muslim)

3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam". (HR Bukhari dan Muslim)

4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat". (HR Bukhari)

5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan terburu-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian

ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin". (HR Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah

seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (HR Bukhari dan Muslim)

9)BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menggangu kekhusyu'an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara"

10)TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya". (HR Muslim) Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Tuesday, October 26, 2010

15 perkara yang mendatangkan bala

bismillahirahmanirahim

assalamualikum

hari ini cuma bicara pendek..bicara peringatan untuk kita semua..
jom..baca jap..xsampi 5 min pun...

15 perkara yang mndatangkan bala

1- apabila kekuasaan dianggap keuntungan
2-anamat dianggap gahimah
3-membayar zakat dianggap sebagai satu perkara yang merugikan
4- suami tunduk pada isteri
5-derhaka pada ibu
6-mentaat kawan yang trpesong dari kebenaran
7-membenci ayah
8-pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
9-membuat bising di dalam masjid
10-orang disanjungi kerana kejahatannya
11-minum arak berleluasa
12-semakin ramai lelaki memakai sutera
13-wanita menari i khalayak ramai dianggap perkara biasa
14-permainan muzik merata-rata
15- umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu

jihad exam vs perasaan

bismillahirahmanirahim

assalamualikum wbt

exam..untuk kali ni..aku rasa aku banyak mengeluh dan makan hati la..
makan hati? dengan sapa?
dengan kawan2 la
mkan hati aku 2 sampai aku hilang rasa untuk study

i dont know why
but this is my feeling (betul ke ayt bi nie)

bermula dengan kejadian assgment bm
dari jauh..aku makan hati

disambung dengan 'ulum hadith
walau dekat selalu tapi hati yang merana

bertambah pulak dengan qpt..

sekarang aku rasa aku berjuang seorang diri..
aku xade mood nak study
aku geram
aku marah
aku sakit hati

aku? sekarang sudah hilang tumpuan aku..
samapia satu hari aku dah xtahan dengan perasaan mazmumah yang ada dalam diri aku..dan aku msg kawan mintak pandangan dia...

so dia reply
" fidah,kita ni hamba biasa je,layak ke kita nak sakit hati dengan orang, banyak sangat ke amalan kita? kat akhirat kelak kita semua sama je..tapi yang membezakan diri kita semua adalah taqwa..tapi nak dapat taqwa bukan mudah dan bukn perkara yang senang,hatii kene selalu bersih dari sifat mazmumah, antaranya ialah susah ak maafkan orang lain nak jadi fardu muslim yang sempurna antaranya kena ada salamatulsodri dengan orang..biarpun hubungan kita dengan Allahkita baik tapi dengan manusia kita ada masalah, maka Allah xkan pandang kita jika kita tak settle dengan manusia itu lagi... "

msg yang cukp simple mampu mengalirkan air mata di saat orang lain tengan sibuk membaca buku..dan aku...masih menialai diri aku yang hina ni di mata pandangan sahabat dan di mata pandangan Allah.

terima kasih buat si pebgirim nasihat yang sungguh berguna kat aku 2...
dan sekarang masa untuk aku fokus apa yang aku dah belajar..buka masa untuk baca buku untuk exam..tapi masa unuk fokus untuk ilmu2 yang aku telah kuti 4 bulan di sini...

dan aku juga ucapkan bitaufiq wanajah untuk teman2 seperjuangan ynag mungkin aku sendir xpernah wujud dalam doanya..

untk jadual exam aku??

23/10-study circle
28/10-tilawah 1
1/11-ulum hadith
3/11-bm
8/11-dirasah fil quran
9/11-almadkhal ila fiqh
15/11-qur'anic propethic text

buat sahabat2..aku sentiasa mendoakan kejayaan kalian..
ampun dan maaf aku minta seandainya dir aku ni banyak melakukan salah silap dekat korang semua..

.::bintuawang::.
library
1037am