Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

mulia peribadimu suluhan hatiku muhammad saw

 bismillahirahmanirahim
dah lama rasanya x menjengah ke ruang warkah utuk hati ini..
betulla kata orang tanggujawab itu lebih banyak dari masa kita kan..tapi bukan kah Allah itu maha adil kan..maha  merangcang dan Allah adalah sebaik baik perangcang..Dia rancang untuk  kita sibuk supaya kita ni xlalai ke arah lain...opsss dah terkeluar topik plak...
before we back to our topic, nak ucapkan selamat menyambut ma'al hijrah..

our topic :
just want to shara my knowledge  to all my friends

kelahiran Rasulullah ke muka bumi ini sebenarnya membawa satu rahmat yang sangat besar untuk umat nya iaitu kita..kecekalan dan kesungguhan Rasulullah dalam menyebarkan wahyu dan membimbing umatnya patutnya kita sebagai remaja mengambil teladan . selain dari itu,ketokohan dan keperibadian Rasulullah juga patut dijadikan contoh ikutan kita sepanjang bergelar khalifah du dunia ini.

 kata orang xkenal maka xcinta kan..apatah lagi nak dijadikan ikutan kan..ok..let we refresh our memory about our prophet saw..

Nabi Muhammad telah dilahirkan pada 12 rabiulawal tahun gajah.Itulah kelahiran yang memberi rahmat ke seluruh alam. ketabahan ibu dan bapa baginda Rasulullah nyata menjadi menyumbang besar kepada ketinggian besar peribadi Rasulullah. menjadi anak yatim dan ketabahan ibunya Siti  Aminah meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal pasti memerlukan ketabahan yang luar biasa. inlah ujian ketabahan merangkap latihan rohani untuk RAsulullah kan. di usia yang sangat muda bagainda telah diuji oleh Allah.

back to our situation:
ok kita ni sebagai remaja cabaran dan dugaan itulah penguat jatidiri kitakan. cuba kita tengok berapa ramai remja-remaja sebaya kita sanggup membunih diri kerana putus cinta..(e'eleh baru putus cinta).nabi dulu Isteri baginda meninggal (Khadijah) dia x buat la macam korang buat sekarang nie..tengok betapa cekal dan tabahnya Rasulullah..xpernah merungut..moral of the story: ikutlah teladan dan jati diri Rasulullah.

jika nabi dulu ada proses pembersihan hati ( ketika baginda berusia 4 tahun dada baginda telah dibedah oleh malaikat Jibrail atas arahan Allah untuk dibersihkan hatinya menggunakan air zam-zam) maka kita ni hok muda2 lagi nie pun perlu dan sangat2 berhajat kepada pembersihan hati kan.sebenarnya hati yang suci dan bersih nie sangat sangat memudahkan untuk doa dimakbulkan.bukan setakat tu je,hati yang bersih boleh membawa kita  menggunakan akal dan nafsu kita dengan cara yang betul dan of course la ke jalan yang diredhai Allah kan?betul dok?

so macam ne nak jadikan  hati kita nie bersih?nak kena minum air zam-zam sokmo ke?ke nak kena g operata kat spital?
tipsnya mudah sangat  la...banyak2kan la berzikir dan beristigfar...plus banyak2 baca quran,faham maksudnya dan mengamalkannya..plus lagi (bukan  air 100 plus ye) solat jangan lupa dan tunaikan di awal waktu.jangan  duk lupa topup iman juga dengan solat-solat sunat terutama solat taubat.so easy kan..bak kata pepatah omputih 2..easy as abc (????erk betul ke ni)

back balik pada topic kat ats tu..mulia akhlaqmu Ya rasulullah suluhan hati ku...ye..engkau la penguat hatiku YA Rasulullah...dikala susah dan senang..kaula penguat hati ku untuk aku terus melangkah terus kehadapan dalam terus bergelar sebagai hamba Allah di bumu ini..dalam menggapai segala yang dihajati..engkau lah YA Rasullulah ikutan dan penguat semangatku di kala kaki ni mula goyah untuk terus melangkah...

terima kasih Ya Rasulullah..terima kasih..terima kasih...

Friday, February 18, 2011

sebuah kisah Muhammad Rasulullah ( bermula awal detik kelahiran hingga awal kerasulan )


Jarak waktu yg merntnga pepisahan
Tidak prnah menjauhkan ingtaan
Tatkala tiba detik 12 rabiulawal
Trgambar masam manis resah tahun gajah
Masih nyaring di cupingku
Jerit hilai dan gegak gempita tntera Abrahah
Memacu kesombongan menui kaabah
Unta2 peliharaan penduduk mekah dirampas

Berdiri megah Abdul Mutalib sambil membisik
“ini abdul mutalib.kembali untaku,kerana itu hakku
Jika kaabah itu yang aku mahu kau hancurkan
Hampirlah,beradu dengan Tuhan
Kerana kAabah itu milik Tuhan

Mendidih kemarhan abrahah
Keangkuhannya membutakan matanya terhadap Allah
Kaabah yang dicemburuinya kerana tidak dikunungi
Tetap mahu dihancurkan
Tanah Habsyi( yaman) diperdagangkan
Gemerincing suara pendang silang menyiring
Bergemuruh suara prajurit bgai ombak membadai di lautan
Debu2 berhamburan dicecah ribuan gajah
Sorak sarai membahana,memecah sepi padang pasir
Tentera abrahah mara penuh keangkuhan

Tiba saat penghuni mekkah menghundur diri mencari perlindungan
Tinggallah Aminah denagn Muhammad 2 bulan dalam kandungan
Abrahah yang kegilaan lua ingatan
Kuasa tuhan mangatsi gajah selautan
Tatkala tiba langkah di luar kota mekkah
Bertiuplah angin kencang dari pelbagai arah
Taufan menggila di setiap lembah
Dengan kehendak tuhan semesta alam\
Datanglah ababil bagai awan hitam
Menyambaikan salam derita denganbatu membkar
Hancur luluh segenap diri yang terluka
Bagai daun dimakan ulat berbisa
Tentera bergajah musnah dalam sekelip mata
Tewaslah abrahah dalam kejahatannya

!!
Penaka pencerobohan Abrahah masih terasa
Dating pula khabar duka
Abdullah (ank abdul mutallib) kembali menghadap yang Esa
Tinggallah abdul mutalib dalam nestapa
Sedih hatinya tidak terkira
Kenangkan anknya yang hilang dimata
Kenangkan kandungan aminah yang menanti masa
Bersam kasih aminah dipeliharra

Tiba saat terpaut qada’ dan qadar
Padamlah api sembaan majusi
Terbentanglah lembayung eahmat Ilahi
Dari awal mashrib hingga ke akhir maghrib
Cahay iman membenih dalam heninng pagi
Tanggal 12 abuil awal isnin tahun gajah
Terputeralah baginda nabi
Gembira Abdul Mutalib menyambut putera lelaki
Cucu yang dinanti
Cucu yang diberkati
Cucu yang irahmati
Muhammad nama yang diberi

Bagai hujn diturunkan pada bumi yang ketndusan
Dilanda kemarau panjang
Bagai embun mendingin pagi yang kepanasan di waktu siang
Lakana mentari menumpahkan cahaya dI kala
manusia kegentaran pada gelapnya malam
Demikianlah kegentaran pada gelapnya malam
Demikianlah Engkau Muhammad insane pilihan
Diputerakan di kala umat nanar dalam kejahilan
menjadi penerang pembela dan penyuluh jlan kehidupan
memurnikan akhlak membersih jiwa kemanusiaan
!!!
Di dsun bani Saat dalam negeri Taif
Disitulah membesar pesuruh Tuhan
Disusukan orang kebnyakkan
4 thaun Engkau dalam dakapan Ummi halimah
Berligar dalam keramahan desa
Muhammad membesar dengan keelokan asuhan
Terhindar dari hiruk piruk kota
Disinilh Muhammad “dibersihkan”
Sifat mazmumah dikeluarkan

!v
Ujian Tuhan dating siih berganti
Tika dalam perjalanan pulang dari makam Abdullah
Tanah Abwa’ yang panas dipupuk angin kering
Menyambut Aminah yang menahan sakit
Takdir tuhan menemukan janji
Dalam sedu tangis Muhammad
Ibunya Aminah dijemput kehadrat ilahi
Mengiringi ayahnya yang sudah lama pergi

Dalam waktu yang tidak jauh jaraknya
Abdul Mutalib yang kian lanjut kehidupannya
Kembali menghadap Tuhan
Muhammad yang kafanaan
Diambil pula oleh Abu Talib dalam jagaannya
Bersama Ali.Muhammadmembesar
Bersama kambing gembalaan dan khalifah pedagang
Meniti kehidupan tanpa jemu dan bimbang

V
Mekkah yang kusut dengan percakaran
Semak dengan pelbagai “tuhan”
Satu ketika pemuka bertelagah pasl hajar aswad
Lalu diputuskan hakim siapa yang bakal menghakimkan
Seawall pagi yang jenih Muhammad melangkah ke masjid
Teriaklah kabilah ‘al amin’ manusia yang abid
Hajar aswd ini perletakkannya mohon diadili
Kebikjasanaannya tergambar di penjuru serban
Yang dijinjing oleh empat kabilah
Akhirnya Muhammadlah penyudahnya
Meletakkak hajr aswad pada kedudukannya

V!
Ttakala usianya menjejah menjangkau 25 tahun
Muhammad mengusahakan dagangan khadijah
Dia adalah peniaga paling amanah
Benar dan jujur dalam timbang dan kira bicara
Snangnya khadijah perniagaaan bertambah
Untung melimpah hilanglah gundah
Kebaikan Muhammad menambat hati khadijah
Sukanya menjadi cinta
Cintanya berombak dalam lembut bicara
Ditolak lamaran pemuda perkasa kerana harta
Muhammad jua yang bertakhta di jiwa
Muhammad dan Khadijah diijabkbulkan
Menjalinkan ikatan dalam aturan Tuhan
Di sisi khadijah Muhammad membina kayakinan
Disisi Tuhan kedua-duanya unduk menghambakan

V!!
Dalam hening malam yang menghitam
Dan dalam kelam sepi yang yang menyelimuti mimpi
Gua Hira’ menjadi saksi kebenaran
Diambang usia 40 tahun, tibalah detik KeRasulan
Muhammad yang keseorangan beruzlah
Diwahyukan firman Tuhan
Bcalah! Aku tidak tahu membaca
Bcalah! Aku tidak tahu membaca
Bacalah! Aku tidak tahu membaca
“bacalah dengan nama Tuhanmu” ajar jibril
“yang menciptakan,menciptakan manusia dari
Segumpal darah
Bacalah! Dan Tuhanmu Maha Pemurah
Yang mengajarkan dengan pena
Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya”
Gementar tubuh Muhammad
Bergelora rasa gerun bagai gulungan angin di gurun
Bergemuruh darah menyirat ke ubun kepala
Mendengar gema suara yang sangat luar biasa
Mengajar Al Alaq dalam 5 ayat
Sebelum pergi Malaikat Jibrail mengucapkan kata kata
“engkau utusan Allah”
Tanggal 17 pertengahan ramadhan
Bermulalah deik kerasulan
Muhammad diangkat menjadi rasul penyudah
Manjadi rahmat ke sekian alam
“wama arsalnaka illa rahmatan lilalamin”
“dan tiak dibangkitkan kamu wahai Muhammad
melainkan untuk menjadi rahmat ke sekian alam”

p/s : copy paste..bukan hasil tangan sendiri

Wednesday, February 16, 2011

warkah untuk rasulullah


sebelumku coretkan catatan sepiku

Selawat dan salam ku rakamkan

Buatmu ya kekasih Allah

Betapa rindunya aku dan mereka pengikut setiamu

Pada mutiara agung kasihmu yang kudus

Dan seraut wajahmu yang tenang

Jua irama padang pasirmu dari tuntutan zaman

Kami indu padamu ya rasulullah

Bagai rindu seorang kekasih

Jika kau hidup kini wahai kekasih ummah

Akan menitislah air mata salju

Membasahi pipi lembutmu yang dibelai bayu padang pasir

Kekesalan akan menyelimuti hatimu

Tidak sanngup untuk menghitung kemungkaran

Pilu dan hiba akan meraung dilubuk jiwa kasihmu

Menyaksikan kebobrokan umatmu yang semakin kurang ajar

Hidup berbondongkan nikmat-nkmat dosa dan noda

Bertemankan bisikan syaitan durjana

Menghitung titik hitam yang mewarnai hidup

Sambil ketawa dan berpesta dengan kemenangan

Hidup yang telanjang

Lalu mereka terus alpa di pentas kehancuran

Mereka mahu menghidupkan lagi sejarah jahiliyah

Lihtlkah ya rasulullah

Kebodohan umatmu yang ditutupi dengan kepalsuan

Mereka berbicara dengan kepuraan

Memperkatakan tentang sunnahmu

Berpidato tentang risalah yang kau ewariskan

Untuk generasi aman berzaman

Tapi mereka memperkecilkan dan memepersendakan

Kemampuan isi al-quran

Lantas mereka enggan menegakkan hokum tuhan

Yang bakal menghancurkan kepalsuan kebobrokan

Kerana itu makanana mereka

Jika kau masih berdiri di ruang bumi ini

Pasi kau akan sedih dan hiba

Aduhai permmata cahaya ummah

Kehancuran demi kehancuran menodai bumi indah ini

Manusia semakin angkuh dengan kekuatan yang tak seberraa

Menindas kaum yang lemah

Merantai suara-suara mereka dengan jarring-jaring besi

Para ulama’ yang berbicara tentang kebenaran

Dilukiskan sebagai penentang dan penceroboh

Keamanan dan perpaduan

Maka manusia semakin angkuh dengan kuasa dunia

Tanpa menghitung robek2 dosa

Yang menggigit jari-jari mereka

Lalu kau berdiri di tengah kesombongan meeka

Kau akan tunduk malu dan hiba

Menghitung umatmu yang bakal memenuhi neraka…

p/s : lepas balik dari opening ceremony zikrumaut kat main od..ternampak 2 pasangan "romantik" di tepi tasik uia..

dan satu pasangan yang tengah "menghangatkan cinta asmara di dalm kereta depan mahllah asiah..namun selepas disuluh oleh pakguard (lepas kami bagitau pak guard) mereka masih dalam keadaan begitu (tidak bergerak kedudukan mereka) sehingga menyebabkan pakguard terpksa pergi dekat kearah kereta tersebut..)

adakah dengan cara begini mereka menzahirkan rasa cinta mereka terhadap Rasulullah?



Thursday, December 9, 2010

analogi salji

assalamualaikum..
nak loading bka blogger lama sgt mlm nie..internet slow..xtahu apa prob nya..

back to our topic 4 today..
"Ya Allah ya Tuhanku...aku gerun sebenarnya bila aku dan mata aku sendiri tengok maksiat berlaku berleluasa didepan mata.."-rintihan hamba Allah

ok sekarang ni xpayah nak cerita la..banyak sungguh orang wat dosa (xterkecuali bintuawang) sama ada dosa besar atau dosa kecil..
macam bintuawamg sendiri..depan mata je..(sakit permandangan mata nie)

2 depan bintuawang..belum lagi kat belakang kan..
belum lagi kita cerita bab solat..bab sembahyang
bab zakat..
bab rasuah (apa ke nme iklan 2..integriti...)
~integriti 2 apa erk ~

so banayak sangat kemungkaran yang berlaku pada dunia hari ni..
bila cerita pasal kemungkaran mesti ust dan ustzh kat luar sana teringat 1 hadis nabi..mafhumnya:

"jika kamu lihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan.. jika xmmpu ubahlah dgn lisan, jika xmampu benci dalam hati­
dan sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman"

dan apa yang ada pada bintuawang sekarang ni adalah selemah-lemah iman..
tapi sampai bila nak jadi selemah-lemah iman ni?
jika semua orang nak pkai dalil "selemah-lemah iman" iaitu membenci dgn hati maka x mustahil satu hari nanti dunia kita duduk sekarang ni penuh dengan perkara2 kemungkaran dan kemaksiatan (pesanan untuk diri sendiri terutamanya)

analogi salji
salji..
kalau kita kat negara 4 musim sekarang mesti kita tgh seronok main salji kan
(seronok ke) but sekarang payah pergi luar negara pun..kat genting pun ada salji gak..(salji cilok)

seperti sedia maklum..salji ni putih melepak kan..cantik..bersih..suci..semua la yg bgus2 pada salji nie..pada mula2 trun salji nie semua orang suka main dengan salji..buat orang2 la..bola la..macam2..

lama2..salji ni akan dipenuhi dengan warna2 hitam..hodoh la 9xde la hodoh sgt)..dah xcntik mcm dulu2 lagi dah..
dan bila dah nak hbs musim salji ni (nak bersihkan semua salji yg ada..nak bertukar musim barangkali juga)
maka Allah turnkan hujan yang begitu lebat sekali..maka hilanglah semua salji yg ada tadi..maka tidak ada lagi salji selepas itu..

ibrah analogi salji

bukankah Allah dah tunjukkan kekuasaan Allah..kenapa kita xpandang dan liht dengan mata hati kita?
atau kita semua dah tutup rapat2 mata hati kita..
dan kita buka luas2 mata yang Allah bagi ni..

salji yang putih melepak itu umpama orang yang soleh..
salji yang kotor itu umpama orang yg selalu berbuat maksiat..
maka Allah turunkan bala untuk membersihkan kembali umat atau hambanya dengan mengilangkan hamba yang berlaku mungkar kepadanya..
maka Allah turunkan bala..
(berlaku kepada umat terdahulu)
tapi kita lihat..bukan sahaja salji yang kotor saja yg hilang
malah salji yang bersih suci pun turut hilang juga..

dan semua orang didunia ni tut mendapt bala tersebut..
teringat masa bintuawang belajar tafsir masa form 1 dulu..
belajar dengan ust maz fadhilah..
apa yg ust 2 cakap

"kalau Allah nak datangkan bala atau musibah semua orang kene tempiasnya sekali..bukan orang yang buat kemungkaran je..tpi orang yang mencgah kemungkaran turt terkena.."
hal ini ada dicatatkan dalam kitabullah..(lupa ayat apa dan surah apa)..

oleh itu wahai orang orang2 yang mempunyai selemah2 iman ( bintuawang xterkecuali)..marilah sama2 kita berdoa kepada Allah azza wajalla semoga Allah menaikkan iman kita supya lebih banyak kemungkaran dapat dicegah dan kita semua selamat di dunia dan akhirat..

buat akhirnya sebelum bintuawang menhentikan coretan ini bintuawang tinggalkan antum semua dengan 1 hikam

"dunia dan akhirat ni ibarat padi dan rumput..jika kita tanam padi maka kita turut mendapat rumput..tapi kalau kita tanam rumput..mustahil bagi kta untuk mendapat padi..
samalah juga dengan dunia..jika kita "tanam" akhirt maka kita akan dapat kedua-duanya yakni dunya wal akhirat tapi jika kita "tanam" dunia..kita hanya dapat dunya bila akhirat (tanpa akhirat)
jadi renung2kanlah dan selamat beramal


Wednesday, December 8, 2010

takkan hilang dara kerana si teruna

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum semua..tgk ayat 1st sekali 2..."takkan hilang dara kerana teruna". ayat bahaya 2..gempak gler..sory ye entry kali nie mungkin menyanyat hati bagi semua anak2 gadis di luar sana..(menyayat hati la sangat)

entry ni bintuawang copy paste je..bkn penyelidikan bintuawang ye..

bintuawang nak minta ampun & maaf ye kat semua kalu ada yang terasa dgn entry nie...

si gadis ayu

entry nie menceritakan mcm mane nak tahu ank gadis itu masih dara..seperti yang bintuawang cerita tadi..ni just copy & paste je..jadi setakat mana kesosihan cerita ni..xtau la ye..

wallahu'alam..

ok ni care2 dia..

"Rekahan Bibir

Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

Dahi Yang Berkedut
Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel2 punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari2 dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang2. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.

Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Ini hanyalah kaedah2 untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara2 yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

kepada perempuan..kalau mahukan dirimu tidak di”reject”…jagalah daramu untuk suamimu…

p/s: maaf jika bahasa yang digunakan agak kasar

copy and paste dari

http://petuakitasemua.blogspot.com/2010/12/petua-mengenali-dara-part-1.html#more

Friday, November 12, 2010

8 LANGKAH ATASI SUKAR TIDUR

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum

hahaha..tips ni ditujukan khas buat ku kasmawati..diyana..dan dayah

yang susah untuk tidur

selepas minum nescafe semata2 nak study...

1. * Mandi air panas

2. *Tidur tetap pada waktu yang sama

3. *Minum susu panas sebelum tidur

4. *Cubalah membaca novel/kitab dan berzikir

5. *Menulis tugas2 yang perlu dilaksanakan esok hari

6. *Hindari makan sbelum tidur

7. *Tidur di ruangan gelap dan tenang

8. *System udara dan hiasan ruang tidur yang teratur

Tuesday, October 26, 2010

15 perkara yang mendatangkan bala

bismillahirahmanirahim

assalamualikum

hari ini cuma bicara pendek..bicara peringatan untuk kita semua..
jom..baca jap..xsampi 5 min pun...

15 perkara yang mndatangkan bala

1- apabila kekuasaan dianggap keuntungan
2-anamat dianggap gahimah
3-membayar zakat dianggap sebagai satu perkara yang merugikan
4- suami tunduk pada isteri
5-derhaka pada ibu
6-mentaat kawan yang trpesong dari kebenaran
7-membenci ayah
8-pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
9-membuat bising di dalam masjid
10-orang disanjungi kerana kejahatannya
11-minum arak berleluasa
12-semakin ramai lelaki memakai sutera
13-wanita menari i khalayak ramai dianggap perkara biasa
14-permainan muzik merata-rata
15- umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu

Thursday, August 19, 2010

apa nak jadi?

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum wbt

1. Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .
Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

2. Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah kes rasuah dan pelbagai lagi kes-kes yang berprofil tinggi.3.Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan Julai , August dan September ini bulan menetas ertinya bulan December sebelumnya adalah musim mengawan .
Dalam bahasa mudah , jika bulan Julai , August dan September ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan December sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

3. Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar Masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 January dan sambutan itu akan dirayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

4. Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad akivis dakwah jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas September nanti . Berikut saya senaraikan kes-kes buang bayi yang berlaku antara Julai dan Ogos yang sempat saya rekodkan untuk tatapan pembaca-pembaca budiman sekalian:

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri Kelantan Bandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Terkini, saya mendapat maklumat bahawa ada juga kes buang bayi yang berlaku semasa waktu sahur. Saya tergelak sekejap kemudian beristighfar apabila membaca kenyataan ini.

Maafkan saya!Saudara,apa yang berlaku ini? Kiamat sudah dekat saudara. Persoalannya,bersediakah kita?Astaghfirullah...

(Adaptasi dari sebuah blog)

p/s: sila forward kepada seramai mungkin kawan2 kita supaya mereka sedar akan apa yang berlaku sekarang.Tak cukup dengan kita menggeleng-gelengkan kepala