Akal senipis rambut,tebalkan dengan ilmu.
Hati separuh kaca,kuatkan ia dengan IMAN
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan Akhlaq
Suburkanlah ia kerana disitu nanti mereka akan melihat nilai keadilan Allah
Bisikkanlah di telinga mereka,
bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
ia bukan diskriminasikan oleh Allah,
sebaliknya di situlah kasih sayang Allah
wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya pasti tak akan terhibur
dan tidak akan menghiburkan
tanpa iman,ilmu dan akhlaq mereka tidak akan lurus,
bahkan mereka akan semakin membengkok,
itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan Tuhannya
dan bila wanita menjadi derhaka
maka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
No comments:
Post a Comment