Monday, October 4, 2010

titipan untuk kekasihku

bismillahirahmanirahim
assalamuaalikum wbt
rasenye dah lama saya simpan post nie sebab nye saya nak masukkan movie sekali dgnpost nie..tapi saya sendiri xtahu boleh upload x video yang saya buat 2..sebabnya agak panjag juga la..andai nnti video 2 xboleh nak upload,bolh tgk dkt facebook saya
video 2 dah lama siap tapi tangan saya agak malas untuk mengopload semua benda sebab kerja yang agak banyak..ok straight 2 point..
kata2 nie saye ceduk,saya copy dari risalah yang kurun ke beapa entah.saya jumpa kat rumah masa tengah mengemas dulu,so saya ubah sikit bahsa dia supya nmpak lebih moden..kihkihkih..biasa la ambik subjek bm kan sem ni...ok
mari kita hayati bersama-sama

Dengan nama Allah yang MAha pemurah Lagi maha mengasihani
Salam sejahtera buat kekasihku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tak pernah ku temui, namun daku tidak pernah berputus asa mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya
“seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan RAsulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehaha! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai,pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insya Allah

Kekasihku,
“dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya,kecantikannya, dan agamanya.Maka pilihlah hal keagamaannya ,maka beruntunglah kedua dua tanganmu.
Telah dinukilkan panduan sepanjng zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia bligh ini
Jik harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku ini tidak punya apa apa harta didunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkkanbuatku oleh ibu dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti .tiada harta sebagai jaminan bahawa aku akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenanagan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata kata
“ dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepdanya dan jadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang ( ar rum 21)
Jka keturunan yang mulia itu yang kau idamkan, ketahuilah jua aku hanyalah manusia biasa di dunia ini. Ibu dan ayahku telah menitipkan aku di baah pengaasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalh keturnan mulia, ayhanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as sama sepertimu ingiin aku berkongsi lafaz sahih ini dengan mu…

“maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadanya.Jika Allah menolong kmu, maka tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu dan jika is mengecewakan kamu,maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya yang beriman itu berserah diri..” (al imran 159-160)
Kecantikan . itulah pandangan pertama setiap insane. Malahaku meakini bahawa kau juga tidk trlepeas seperti insane yang lain. Ketahuilah jika kecantikan itu yang kau inginkan dariku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang ku cintai. Kau hanya membuang masa jka kau menginginkan kecantikan lahiriaah semata- mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu memnbahagiakan rumah tngga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama samaku menegakkakn dakwah islamiyyah ini dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah kea rah jihad hambanya kepada penciptanya yang agung. Melalui pencaran ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuanagn islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini,aku ingin menjadi isteri yang sentasa mendapt keredhaan Allah dan suamiku untuk mmudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku,kau dan anak2 kita untuk dibiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha ESa. Aku bercita cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjkan Rasul

“ semoga Allah member rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahnyang,dia merenjiskan air ke mukana. Semoga Allah member rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya”( riwayat abu daud dengan isnad yang sahih)
Renungilah firmannya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allahh atas namanya pertmuaan dan jodoh.
“ hai sekian manusia, bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya: dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak, dan betaqwalah kepada Allah yang dengan ( mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu ( a- nisaa’ : 1)


Kekasihku yang dirahmati,
“ kaum lelaki itu adalh pemimpin bgi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka 9lelaki) atas sebahgian yang lain 9wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebhagian dari harta mereka” (an-nisa’ : 34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakana dlam Qalamnya yang mulia, aku menyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-nk pewaris kejihadan islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata mata. Moga diriku sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNYa. Lakukanlah tnggungjawabmu itu dngan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga, insya Allah


Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbngkan akan kehendak bersifat duniawi seata mata.benar?! ketahuilah aku tidak menginginkan hantaran bersusun,mas kahwin yang hanya menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kta dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam mulia, Al-Quran kerna aku menyakini Qalam itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, keranaia adalah laluan untukku menyempurnakan separuh dari agamaku, insya Allah. Akhlaqmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan keran semuanya berada di dalam udara Qana’ah( berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah Negara Jannatunna’im. Lihatlah rumah tangga Rasulullah saw kadang2 berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah saw tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingna hingga ke hari ini.

Terlal panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Ciukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akn kemmbali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada perteuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan
Wasalam


..:::.. Ya Allah gembirakan kami dengan redhaMu..:::..
“ pertemuan..menghadiahkan kita kasih sayang..jika cinta satu pasti betemu.. ia tidak ternilai..kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yang hanya adalh cinta kasih ilahi..kita berpisah hanya sementara kerana pertemuan bukan milik kita.. jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi..biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikma bertemu tidak jemu..berpisah tidak gelisah..



No comments: