Wednesday, November 10, 2010

7 golongan yang mendapat naungan di akhirat

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum semua..
apa khabar iman kita hari ni?
sihatkah?
sakitkah?
(intro biasa)
bosan..:-(

7 golongan yang mendapat naungan di hari kiamat

Rasulullah bersabda yang bermaksud,:
“sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
* pemerintah yang adil,
*pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
*orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
*dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah,
*orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “aku takut kepada Allah!”,
*orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
dan
*orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain,
lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

(riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Justeru,dalam golongan manakah kita????
.::bintuawang::.

No comments: