Saturday, August 28, 2010

coret2 ramadhan

bismillahiahmanirahim

assalamualaikum semua
dah lame x mencoret coret ni
maklumla sejak ade "buku azimat" nie dia mcm mls sikit nak mencoret rutin harian dia

bulan puasa di bumi terbiah iium..
nak cerita ape erk?

1st day puasa..aku terpaksa balik kampung sebab anak sedare aku meninggal..so 5 hari dirumah..aku xade ape2 pengalaman dengan kawan2..tpi puasa tahun nie begitu perit juga la bagi aku..sebab xade orang nak "ngutuk" aku dah time pose2 nie..dia dah xade dah..dah xboleh dah aku nak perli2 dia kalu dia datang rumah..xboleh dah aku nak suruh dia topupkan hp aku...banyak mende aku dah xboleh buat dah dengan dia sebab dia dah pergi kat rumah baru dia..

hari ke 6 aku balik uia dan buka puasa dgn roomate aku..cye lah diorang nie..boleh tahan juga kan...
dab begitulah seharian harian hidup aku..kalu xdapat jemputan iftar kat mane2 aku buka kat bilik je..kadang2 syahirah datang buka puasa kat bilik maklumlah nad selalu tinggal dia sorang2 kan...hehehe

apay yang best buka puasa dengan roomate2 aku nie?
kami punya trademark pasal makanan nie
don't shy2..just take it!
p[art nie paling seronok la kan..semua beli makanan berbeza beza dan tukar2..
sponsr utama kurma dayah la..tq dayah...

dan kalu bab air..ni xsenonoh sikit ..
buat air dalam 1 "perigi' dan sumbat straw dalm 2 batang so main pakat minum r..berkat weh...
makan kongsi2 ni cepat kenyang r...
setakat aku kat sini (selama blog ni ditulis)aku bru 2 tempat g terawih..kat asiah dan shas mosque..
kawan2 aku dan merata tempat dia jelajah...aminah la..asma' la...

part buka pose dah..terawih dah..emm sahur plak
macambiasa r..macam dulu2 aku akan jadi jam kat budak2 nie semua..kalu aku bangun awal sempat la si diana 2 makan sahur dengan nasi..kalu x air milo je la jawabnya..and sory r my roomates mnggu nie sahur dgn air jela korang ye...

makanan paling best pernah makan...
mestilah makanan yang xperlu keluarkan duit kan...
bila ade jmputan iftar 2 makanan semua best tau..
pernah makan "dunki" donut
semalam mkn domino...caye lah diyana..

part paling xbest time ramdhan..
bila time nak g ambik air sembahyang..lalu la bilik e14..
masya Allah bau kat bilik 2...
bau kai yang terlampua
(biik 2 dihuni oleh porener)\diorang nie suka memaak..hari2 masak kari
hari2 makan kari
dan hari2 juga la kami akan hidu bau kari..
xtahan aku....
dah r melalut aku nie..
aape2 roomates aku pose nie mmg best ...

tq u all
tq dayah
tq ema
tq diyana

korang semua membuatkan aku lupa sekejap pemergian dia dalam hidup aku buat selama lamanya

tapi korang ingat aku x sedih ke..
time duk sorang2 tu kat compartment aku..ade r tragis sikit2 kan..
hhahah
segan aku....


wasalam
.::bintuawang::.

Friday, August 27, 2010

13 pedoman hidup manusia

bismillahirahminirahim

assalamualaikum wbt

hari nie nak kongsi 1 benda la..emm xtau nak panggil ape...diambil dan dicilok dari 1 risalah..sejak masuk uia nie saya adalah penggemar dan pengumpul risalah paling setia tau x..hehhee...jom discover jap..apa yg dia nak sampaikan memandangkan tajuk dia begitu menarik sekali...
" 13 pedoman hidup'

a) Mush utama manusia adalah dirinya sendiri
b) Kegagalan utama manusia adalah kesombongan
c) Kebodohan utama manusia adalah sifatnya yang penipu dan munafik
d) Kesedihan utama nmanusia adalah sifat iri hati
e) Kesalahan utama manusia adalah dengan mengabaikan dirinya sendiri
f) Dosa utama manusia adalah menipu dirinya sendiri
g) Sifat utama manusia yang menyedihkan adalah perasaan rendah diri
h) Sifat manusia yang terpuji adalah semangat dan kesulitannya
i) Kehancuran besar adalah rasa putus asa
j) Harta utama manusia adalah kesihatannya
k) Hutang terbesar manusia adalah hutang budi
l) Hadiah utama manusia adalah berlapang dada dan pemaaf
m) Kekurangan terbesar manusia adalah sigat keluh kesah dan tidak bijaksana

Monday, August 23, 2010

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum


4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang siasia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita
6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka : “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

dipetik daripada
iluvislam.com

.::bintuawang::.

Saturday, August 21, 2010

al mu'min

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualiakum


dah lama dah raenye kita tak membincangkan tentang ayat quran ni kan..sempna ramdhan nie..jom kita selak2 sikit intisari kandungan surah al mu'min...



surah ke 40
diturunkan di mekkah-85 ayat
1. Al mu’min (orang2 yang beriman,kerana perihal seorang mu;min dari kaum fir’aun- yang menyembunyikan imannya-ada diceritakan mulai auyat 28-45

2. Surah ini juga dinamakan “al-ghaffir” (yang mengampunkan dosa),kerana awal surah ini, Allah menegaskan bahawa ; turunnya al –quran ini dari Allah yang maha kuasa, lagi maha mengetahui yang mengampunkan doasa dan yang menerima taubat dalam pada itu Allah juga berat azabNya terhadap orang2 yang degil dalam keingkaran dan kekeufuran mereka
3. Intisari kandungannya: membentangkan soal bena dan salah, soal iman dan kufur,soal da’wah-menyiarkan agama Allah-dan golongan yang menentangnya dan akhirnya soal perbuatan sombong angkuh dan bermaharajalela di muka bumi Allah,sebagaimana yang dilakukan oleh fir’aun dan azab Tuhan yang ditimpakan kepadanya dan kpada orang2 yang bersikap demikian

4. Kemudian diterangkan perihal malaiakat yang mencintai prang2 yang beriman serta berdo’a untuk mereka dan untuk ib bapa mereka,anak isteri serta keurunan mereka,semoga mereka semuanya diampuni n dan diberi rahmat oleh Allahj ta’alaa yang maha melimpah rahmatnya
5. Setelah menerangkan kebenaran berlakunya hari kiamat,maka Allah ta’ala perintahkan supaya umat manusia sentiasa beribadat dan berdoa kepadanya untuk kebaikan mereka di dunia dan akhirat

6. Ibadat itu adalah salah satu cara yang dilakukan oleh seseorang untuk membuktikan kepercayaannya kepada kebesaran, kemuliaa dan kekuasaan, kemuliaan dan kekuasaan allah azza wajalla, serta orang yang dikehendaki melahirkan kesedaran kepada kehinaan,kemiskinan dn kelemahan dirinya. Dengan yang demikian, sesiapa yang sombong takbur daripada melakukan ibadat,bermakna ia berlaku sombong daripada engakui kebesaran Tuhan dan kehinaan serta kelemahan dirinya sendiri sebagai makhlukNya.
so semoga kandungan kali nie penuh bererti dan bermakna...
sukran..ma'a salamah
.::bintuawang::.

Thursday, August 19, 2010

apa nak jadi?

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum wbt

1. Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid . Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .
Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

2. Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah kes rasuah dan pelbagai lagi kes-kes yang berprofil tinggi.3.Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan Julai , August dan September ini bulan menetas ertinya bulan December sebelumnya adalah musim mengawan .
Dalam bahasa mudah , jika bulan Julai , August dan September ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan December sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

3. Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar Masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 January dan sambutan itu akan dirayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

4. Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad akivis dakwah jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas September nanti . Berikut saya senaraikan kes-kes buang bayi yang berlaku antara Julai dan Ogos yang sempat saya rekodkan untuk tatapan pembaca-pembaca budiman sekalian:

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri Kelantan Bandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Terkini, saya mendapat maklumat bahawa ada juga kes buang bayi yang berlaku semasa waktu sahur. Saya tergelak sekejap kemudian beristighfar apabila membaca kenyataan ini.

Maafkan saya!Saudara,apa yang berlaku ini? Kiamat sudah dekat saudara. Persoalannya,bersediakah kita?Astaghfirullah...

(Adaptasi dari sebuah blog)

p/s: sila forward kepada seramai mungkin kawan2 kita supaya mereka sedar akan apa yang berlaku sekarang.Tak cukup dengan kita menggeleng-gelengkan kepala

Friday, August 13, 2010

dikau pergi dulu..muhammad fadhirul helmi~dalam kenangan~

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum wbt

salm takziah buat akak dan keluarga atas pemergiaan anakanda tercinta mihammad fadhirul helmi b awang had..

aku rase nie la ank sedare aku yangpaling nakal sekali..tapi aku tahu senakal nakal dia,dia xpenah nak tinggi suara kat mak ayah dia trmasuk la mak2 sedare dia dan nenek dia..ni sedikit biodta dia yang aku tahu la

nama: muhammad fadhirul helmi b awang had..anak sulung dari 7 orang adik beradik namun 4 darinya sudah meninggal semasa kecil lagi dan seorang lagi adalah ank angkat..sesudah fadhirul meninggal kini jumlah yang tinggal bagi adik beradik mereka ialah hanya 2 orang..fadhirul dilhairkan di kampung berhamah merapoh kuala lipis dan meninggal ddi km24 jalan kuala lipis-gua musang...beliaudilahirkan pada 14 january 1992 dan meninggal pada11/8/2010 pada 1 ramadhan.menurut sijil kamatian beliau,beliaumenalmi kecederaan di kepala disebabkan xcident 2..

kalu nak tahu dia ni paling banyak pindah sekolah..sek ren di sek keb merapoh and then pindah sek keb padang tengku..sekolah men di sma alamaidah addiniah padang tengku,pindah ke sekolah teknik dan seterusnya ke sek kmen keb meerapoh..dankalu xsilap dia dpt uitm tapi dia xnak g..dia ckp kat mak dia
'xpela ma..nnti kalu abgg kan jadi ape2 kan kat abg rugi je duit yuran 2"

so lepas spm mmgdia xsmbung belajar dah..dia tolong ayahnya berniaga ikan ari 1 pekan sehari ke 1 pekan sehari..dan dlam seminggu atleast 2kali dia kan datang kampung @ mak saya..

seminggu sebelum perginya dia meninggalakn kami dia datang rumah mk saya dan ckp kat mak saya yang dia dah lama xjumpa mak2 sedare dia..so dia ckp kat mak saya
"mek 9panggilan untuk mak saya0 abg nak g kl (untuk beli ikan )-rutin mingguan-mek xnak kirim buah ke kat mok zah ,mok dah dan mak do?"
ang thendia ckpgpun abg dh lme xjmpoa mereke semua..soharapan dia untuk jumpa kami xtercapai dan dia hnya sempat jumpa akak saya yang kat gombak 2 je.sebb akak saya yang kat shah alam terlibat dengan trafic jam..

hari kejadian:
dia borak dengan ayah dia tentang bisnes (jual ikan)secara personal dan mende nie dia xpernah lakukan pun
and then dia g jumpa mak dia kat bilik jaahit(mak dia tukng jahit)and then borak2 dengan mka dia tapi masa borak2 tu mak dia xpandang un dia..cuma sebeelum dia melangkah keluar2 mak dia sempat pandang dia..

bila dia start enjin kereta untuk ke sungai temau akak saya smpt menadah tngn dan berdoa "ya Allah ya Tuhankukau selamatkan lah perjalanan anak ku.."

dan sepatutunya dalam 0 min dia dah sampaai rumah semuala..tpi masa 2 dah lebih dari sejamnamun dia masih belum balik..dalam area 12;45 si adi yang paling bongsu 9rea6 tahun) menangis sekuat2nya...xade sape yng mmpu pujuk si addik 2..dan masa yang sama mak saya di rumah sudah macam kehilangan tenaga yang amt sangat samapi xmampu untuk berdiri..

dalam pkul 1ade orangdatng rumh dan bgtau yng fadhirul xcdent...dn ketika abg ipar saya sampai kat teempat kejadian..tengok keadaan dia yang tersepit dalam kereta 2..dan bila angkat dia meleleh leleh darah keluardari kepala dia..dan menurut abg ipar saya..dia sempat berkata2 dan mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir di riba ayahnya sendiri..

dan mayat dia dibawa ke hospital untk dibedah siasat namun akak saya xmahu dia dibedah siasat dan dia dibenarkan untuk dibawa pulang dalm pukul 4:30ptg
dan akusampai rumah dalam pukul 8 malam..
bila aku samapi 2lagi la meraung akakaku 2..yela aku sendiri membesarbersama fadhirul..5tahun aku duk rrumah dia dan aku sendiri pernah tampar pipi diadan sekarang 9masa 2) aku tengok pipi dia penuh dengan darah..sayu sungguh hati aku
sepas sorangsorang sdara mara yang sampai..aku yang masa 2 berbuka dengan 3 biji kurma dan air masak tidak terasalapr langsung bila mengenangkan akak aku ..

dan buat kali kedua aku menyaksikan kematian yang berlaku di rumah aku..aku terkenangkan memori ulu..aku rse mcm......aduh..beratnya ujiaNMU...biladikafankan sebelum ditutup semuanya aku tengok satu persatu ahli keluraga dia datangmencium dia cuma aku jex..sebab aku xsnggup dan lagi sayu bila semua ynag datang cium dia 2 berkata"......halalkan semua makan minum abg dan maafkan semua silap salah......."
bila disembahyang kan dan aku ikut juga ke kubur walaupun pada ketika itu sudah pukul 12 tgh malm..aku tengok dia dimasukkan ke tempat tinggal dia sekarang aku tengok tanah yang ditimbus ke dalamnya...
kini sudah 3 hari dia tidak bersama kami..adik bongsunya sudah jadi pendiam..ibunya..seolajh olah sudah tidak mampu berkata apa lagi..semuanya hilang..hilang serinya lagi setelah kehilangan dia..yang ade kini hanyalah kenangan yang susah untuk hilang di ingatan..
dan aku berdoa semoga dikau disan bahagia selamnaya...
nnti saya masukkan gambarnya..
.;;bintuawang::;

Monday, August 9, 2010

dedikasi buat temanku

bismillahirahmanirah
assalamualaikum semua
apa khbr agaknya iman kita hari nie..


~sahabat~
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatanmempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menimbulkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan akan tumbuh mekar kerananya.

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapimemerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkanbesi,demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman
suka dan duka,
dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan,
didengar-diabaikan,
dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,
justru kerena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan supaya sahabatnya berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kitammemerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasimencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi ia beriinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya,karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati,namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.
Beberapa hal seringkali menjadi penghancur persahabatan antaranya ialah :
1. Masalah bisnis (duit)
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan antara lawan jenis
5. Ketidaksetiaan.Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan
oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.
Renungkan :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**






wallau'alam
.::bintuawang::.

renungan

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum semua
lama dah tak berblog ni
sebab nya saya buat aku janji dengan diri sendiri..
selagi xcPAI TARGET YANG SAYA NAK..SAYA XKAN BERBLOG..HEHEHE
dan sekarang dah boleh dah..
alhamdulillah..
jom kita wat renungan sejenak..

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong .......

T E T A P I... KITA JUGA LUPA......SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan... . .
Contohnya: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur.

.......Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.
Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... .......infiniti. ...... Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

'Telah bersabda Rasullullah S.A.W:'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
-1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

'Sekian untuk ingatan kita bersama.Wassalam.
p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

wallahu'alam
.::bintuawang::.