Monday, December 5, 2011

12M


bismillahirahmanirahim
assalamualaikum semua..done tgk cerita juvana..hahaa..cerita 2 dah berhabuk kan...tapi saya baru je tengok..orang  sekarang duk sibuk tengok carita ombak rindu dah kan..tapi saya...xpela...

ok 12 M...apa yang dimaksudkan dengan M 2..nama lelaki kah...nama binatangkah...atau nama apa?

ok M boleh merujuk kepada Muhammad (boleh jadi nama orang) M juga untuk Malaysia (boleh jadi untuk negara) tapi M kali ni adalah bermaksuh "merokok" say no to rokok...so apa kaitan dengan 12M

12 M adalah tips untuk berhenti merokok..seriusly saya xsuka orang merokok...sangat2 x suka la..

ok 12M..jom tengok apa yang ada di sebalik 12M tersebut

1M- melengah-lengahkan seorang perokok tersebut..untuk pertingkat awal,lengahkan dalam 5 minit..lama2 10 minit..makin lama  dibuat maka lambatkan sehingga 1 jam  dan seterusnya.

2M- menarik nafas panjang-panjang. sebab apa nak kena tarik nafas panjang2 erk? apa kaitan dengan rokok...ha! hampa xbelejaq sains ke dulu..kan ke tarik nafas 2 boleh dapat oksigen..bila oksigen ada dlm otak,ketagihan merokok itu akan berkurangan

3M-minum air.minum air jangan seteguk, minum la dalam segelas ke,2 gelas ke xpun 8 gelas..elok untuk badan,untuk otak ,perut dan juga untuk mengurangkan ketagih merokok nie.ingat ye..minum air 2 air masak..air kosong..air suam..bukan tea atau coffea..sebab apa xleh minum tea dengan nescafe? sebabnya dua-dua minuman nie mengandungi kaffein..kita nie nak ngurangkan kaffein..so cuba elakkan xpun pantang terus je..

4M- menyibukkan diri..oppsss bukan sibukkan diri dengan hal orang lain..tapi "menyibukkan diri dengan perkara yang berfaedah..bila kita dan sibuk,kita dah xde masa dah nak merokok nie..

5M-menjauhkan diri  dari perokok yang lain.kata kan "xnak pada rokok"

6M-memberitahu kepada yang lain yang anda dah nak berhenti merokok. so bila orang tahu,nanti dia akan hormatkan anda untuk tidak merokok di depan anda dan semestinya xkan offer kepada anda alaupun sebatang rokok sekalipun

7M-menguyah sesuatu..like gula-gula getah..tapi jangan plak buang merata-rata gula-gula getah 2
8M-mengambil wuduk-sebabnya bila kita ambik wuduk,secara automatik otak kita dan xfikirkan rokok tapi lebih kepada ibadat..

9M- mandi dengan kerap

10M- merenggangkan otot-otot-bila ketagih rokok,maka lakukanlah senaman seperti membuat rengangan otot sebabnya badan akan mnjadi lebih segar dan akan terhindar daripada ketagih rokok.

11M- memberus gigi.kalau nak tahu,rokok nie boleh segarkan mlut.sebab 2 kalau perasan kebiasaannya orang yang merokok ni akan merokok bila lepas makan..so lepas nie.siap makan terus gosok gigi makan mulut akan terus segar dan bersih.

12M-memohon doa.macam biasa la.."فإذا عزمت وتوكلت على الله" maka berdolah kepada Allah semoga Allah perkenanan niat suci anda semua untuk berhenti merokok.

~ saya benci rokok tapi saya bukan benci perokok sebab saya tahu satu hari nanti mereka akan merubah~
 dah baca..apa lagi jom la amalkan...

2 comments:

EleeY NuleeZ said...

wah merokok..i hate perokok jugak..hee kebetulan tgh buat thesis pasal smoking..merokok mbhayakan kesihatan diri dan org lain .

bintuawang said...

wah bagus2..nti info nie boleh guna..pas2 jgn lupa belanja keh