Tuesday, June 12, 2012

cinta random

Ada orang dating 5 tahun tapi lepas kahwin 1 bulan bercerai...

Ada yg kahwin bertahun tahun tiada masalah, tapi Allah s.w.t beri ujian dari segi kewangan (kena berhenti kerja) atau masalah kesihatan (perlu duit bnyak utk operation)...

Ada yg perkahwinan sgt tenang bersama pasangan, sekali tu family pulak buat hal...

Ada yg serasi bertahun-tahun, selepas itu suami/isteri berubah tiba-tiba...

Oleh itu mmg kita tidak boleh tentukan perkahwinan kita akan jadi sempurna atau dapat pasangan serasi sampai mati di dunia... Sbb itulah di syurga tempat "sempurna" dan tempat seronok...

Dan sbb ingin mencari keserasian dan nak perkahwinan sempurna inilah, ramai org Islam buat dosa berterusan dgn dating... Tak dikira lagi dgn duit yg dihabiskan masa dating...

Masa bercinta semuanya indah dan ramai pula akan mula sedar, rupanya perangai pasangan hanya dpt dilihat lepas kahwin, masa dating kebanyakkanya cover....

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi nafsu
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan
Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yang sesungguhnya.



*Andai ada cinta, janganlah ada benci.
Andai ada benci, segeralah memaafi...
*Andai ada cinta, janganlah mengkhianati.
Andai ada khianat, segeralah insafi...

*Andai ada cinta, janganlah mendustai.
Andai ada dusta, segeralah berhenti...
*Andai ada cinta, belajarlah untuk syukuri.
Andai tidak disyukuri, bimbang cinta tiada lagi...



Pada yg pernah bercinta or pernah gagal bercinta , ketahuilah :

Cinta Bukan Milik Kita. Cintailah yg berada di Atas , kerana dialah yg sesempurnanya. DemiNya , tinggalkan lah dia walaupun dirimu sukar melupakannya. Kerana jika dibanding dirinya dgn Allah Azza Wajalla , Dialah segala-galanya. Biar berpisah dahulu , mmbawa hala tuju msg2 , bila tiba masanya insyallah pasti bersua. Di saat itu , jika kau pasti agama dan akhlaknya sedialah menerimanya sbg teman hidupmu. ^___^

p/s :: Ingat ! Cinta Bukan Milik Kita :)


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu". ^_^ TRUST . ? In sha'Allah ? Assalammualaikum.



~entry copy paste~

No comments: