Wednesday, December 26, 2012

message 18xs

Allah
Allah
Allah

semalam 25 disember 2012
balik dari Talaqi semalam dalam pukul 10 lebih..atau mungkin dalam 10:30 lebih..
mula-mula tu hajat nak stay up lebih sikit malam nie, nak habiskan sedikit target uqud yang masih belum tercapai
dari pagi sampai petang duk baca tajuk "hiwaalah" xhabis-habis...

sampai je bilik senang enak menikmati teo "o" panas sambil mata menjeling jeling buku fiqh uqud, tibe2 satu message masuk..dekat hp nokia..dari pengirim yang tidak bernama

0193xxxxxx : "ngah buat apa?" ( bila saya baca msg nie saya ingatkan dia tanya siti zulaikha roomate saya tgh buat apa, memandangkan kami semua panggil dia "ngah". rupanya dia tnya saya tengah buat apa?
saya: nie sapa? ( saya tidak menjawab soalannya "ngah" buat apa..sbb masa tu saya pikir,xkan la saya nak bagitau kat " anonymous" yg siti zulaikha dah tidur/

0193xxxxxx: xkenal ke
saya : x

0193xxxxx : "xyz56&*&jh3@#$" ( messege berbaur lucah atau 18xs)
saya : bengong ke apa budak nie ( dalam hati je)
         ( ignore messege dia) otak mula mencerna..baru dapat tengkap dia bukan tanya pasal ngah siti zulaikha tapi dia tnya saya tengah buat apa?

0193xxxxxxx : xbalas ke
( dan memang saya x balas)

0193xxxxxxx :( s%^*@*NJxdjddxxxws)
~hampir 10 messege yang xsenonoh masuk,satu persatu, panjang lebar..memang baca xhabis terus delete~

 hati dah mula membara nak marah..amboi hang yang " xberotak lagi tidak berakal" aku xreply mssege hang sedap hati hang je ye..dasar budak "crazy".  tapi ayat nie hanya berlegar legar dalam hati dan kepala je..
air teo "o" ditolak ke tepi, buku uqud, tutup kemas rapi, pen-pen disusun dalam bekas, besta di masukkan dalam bekasnya...hati terdetik berdoa
" YA ALLLAH KUATKAN HATI KU, KUATKAN IMANKU, JANGAN ENGKAU BIARKAN AKU TEWAS DENGAN GODAAN SEBEGINI, JANGAN BIARKAN AKU KALAH DENGAN AMARAHKU SENDIRI"
( hati berfikir, wajar ke tidak "sound" je budak tak berguna  ni atau buat xtau je.tpi sabar dah bertukar marah.)

dalam marah masih mencari rasional apa yang nak buat dengan budak tu.. nak marah pun bukan dia nampak aku mengamok, nak membebel pun penat mulut aku je..

akhirnya hari menaip satu messege untuk 0193xxxxxx " ni sapa"?
messege berreply..
sebelum baca messege tu, hati saya dah kuat untuk membaca ayat 18xs dia tu..tapi sangkaan saya meleset..

0193xxxxxx reply : saya Ali,tadi tu sepupu saya yang messege awak
( otak cuba mencerna lagi..Ali mana pulk nie...)
saya reply : x kisah sapa awak, ataupun sepupu awak tapi
" JANGAN DI PERMAINKAN DAN "PERJUDIKAN" KATA-KATA DALAM MESSEGE KAMU TADI KEPADA MANA-MANA WANITA SEKALIPUN KERANA WANITA ITU IMANNYA SENIPIS SEHELAI RAMBUT, BISA GOYAH BILA- BILA MASA SAHAJA.KAMU SEBAGAI KAUM ADAM PATUTNYA MEMBIMBING KAUM WANITA NIE KE ARAH JALAN YANG LURUS BUKANNYA MENYESATKAN DIA DAN MENGAJAK DIA KE ARAH MAKSIAT.
( Siapapun kamu atau sepupu kamu, saya rasa pada yang menghantar messege tadi saya kira sudah jatuh hukum WAJIB kahwin dah..tapi ingat jangan pula kamu khwin sebb nak melunaskan nafsu kamu semata- mata)
saya akhiri messege saya dengan satu hadis pada dia, xtau dia paham ke tidak hadis tu...

hadis saya "dedikasi" untuk budak xde otak lagi tidak berakal & crazy

wahai syabab di luar sana jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara 18xs ini..xda satu faedah pun
SAY NO TO 18xs


nota kaki : messege yang last saya hantar kat dia pending sampai la sekarang ( masa entry ni ditulis)


mungkin ramai yang akan cakap agak kurang hajaq bila saya beri gelaran budak tu sebagai budak xdeotak lagi tidak beraqal..
kenapa saya bagi gelaran begitu?
sebab dalam minggu study week nie ada lebih kurang 3kali dah saya terima yang sepisis ini..tapi yang ini paling melampau bahasa dan tindakannya

No comments: