Thursday, January 31, 2013


Gadisku, 
sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, 
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok,
menghiasi taman-taman indah,
lantas menjadi perhatian sang kumbang. 

Kau umpama sekuntum bunga, 
harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu. 
Namun...
tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yang memagari diri, 
umpamama warna merah, 
dari jauh sudah terhidu keharumannya. 
Penahan warnanya yang terselah indah 
mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, 
aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...
hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah, 
umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum 
dengan suatu permata yang diletakkan dalambekas tertutup.
Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yang tersembunyi, 
melebihi sesuatu yang terdedah.

Wanita solehah yang patuh dan taat kepada AL-Khaliq 
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.
Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi 
kerana bertentangan dengan nafsu serakah 
yang bersarang dalam dirimu.
Lebih-lebih lagi dengan title gadis yang engkau miliki, 
sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun ingatlah gadisku...
sesiapa yang inginkan kebaikan, 
maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. 
Yang penting gadisku 
engkau miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, 
akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, 
maka sudah tidak ada perisai yang dapat membetengimu.
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu 
"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita." 
Oleh itu gadisku, 
setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As Sunah. 
Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu 
untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahiddan mujahidah 
yang bakal menggocang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, 
dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.
Itulah fitrah semulajadi setiap insan, 
namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta....
bercinta tidak salah, 
tetapi memuja cinta itu salah. 
Ini adalah kerana, 
kerana cinta manusia sanggup menjual agama 
dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi 
sebahagian besarnya kerana cinta.

"Sesungguhnya cinta itu buta."
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yang hakdan batil, 
jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt.
Sebelum engkau mendekati cinta, 
cintailah dirimu terlebih dahulu.
Cintailah dirimu yang unik itu dengan mengkaji 
hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.
Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, 

lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. 

Semoga perasaan sebegitu dapa tmelahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, 

menyintai Allah danRasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi...

No comments: