Friday, February 18, 2011
sebuah kisah Muhammad Rasulullah ( bermula awal detik kelahiran hingga awal kerasulan )
Wednesday, February 16, 2011
warkah untuk rasulullah

sebelumku coretkan catatan sepiku
Selawat dan salam ku rakamkan
Buatmu ya kekasih Allah
Betapa rindunya aku dan mereka pengikut setiamu
Pada mutiara agung kasihmu yang kudus
Dan seraut wajahmu yang tenang
Jua irama padang pasirmu dari tuntutan zaman
Kami indu padamu ya rasulullah
Bagai rindu seorang kekasih
Jika kau hidup kini wahai kekasih ummah
Akan menitislah air mata salju
Membasahi pipi lembutmu yang dibelai bayu padang pasir
Kekesalan akan menyelimuti hatimu
Tidak sanngup untuk menghitung kemungkaran
Pilu dan hiba akan meraung dilubuk jiwa kasihmu
Menyaksikan kebobrokan umatmu yang semakin kurang ajar
Hidup berbondongkan nikmat-nkmat dosa dan noda
Bertemankan bisikan syaitan durjana
Menghitung titik hitam yang mewarnai hidup
Sambil ketawa dan berpesta dengan kemenangan
Hidup yang telanjang
Lalu mereka terus alpa di pentas kehancuran
Mereka mahu menghidupkan lagi sejarah jahiliyah
Lihtlkah ya rasulullah
Kebodohan umatmu yang ditutupi dengan kepalsuan
Mereka berbicara dengan kepuraan
Memperkatakan tentang sunnahmu
Berpidato tentang risalah yang kau ewariskan
Untuk generasi aman berzaman
Tapi mereka memperkecilkan dan memepersendakan
Kemampuan isi al-quran
Lantas mereka enggan menegakkan hokum tuhan
Yang bakal menghancurkan kepalsuan kebobrokan
Kerana itu makanana mereka
Jika kau masih berdiri di ruang bumi ini
Pasi kau akan sedih dan hiba
Aduhai permmata cahaya ummah
Kehancuran demi kehancuran menodai bumi indah ini
Manusia semakin angkuh dengan kekuatan yang tak seberraa
Menindas kaum yang lemah
Merantai suara-suara mereka dengan jarring-jaring besi
Para ulama’ yang berbicara tentang kebenaran
Dilukiskan sebagai penentang dan penceroboh
Keamanan dan perpaduan
Maka manusia semakin angkuh dengan kuasa dunia
Tanpa menghitung robek2 dosa
Yang menggigit jari-jari mereka
Lalu kau berdiri di tengah kesombongan meeka
Kau akan tunduk malu dan hiba
Menghitung umatmu yang bakal memenuhi neraka…
p/s : lepas balik dari opening ceremony zikrumaut kat main od..ternampak 2 pasangan "romantik" di tepi tasik uia..
dan satu pasangan yang tengah "menghangatkan cinta asmara di dalm kereta depan mahllah asiah..namun selepas disuluh oleh pakguard (lepas kami bagitau pak guard) mereka masih dalam keadaan begitu (tidak bergerak kedudukan mereka) sehingga menyebabkan pakguard terpksa pergi dekat kearah kereta tersebut..)
adakah dengan cara begini mereka menzahirkan rasa cinta mereka terhadap Rasulullah?
Wednesday, December 22, 2010
PETUA IMAN SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN
1-Makan daging
2-memakai haruman
3-kerap mandi
4- berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1-banyak berkelamin
2-selalu cemas
3-banyak minum air ketika makan
4-banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1-duduk menghadap kiblat
2-bercelak sebelum tidur
3-memandang yang hijau
5- berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1-memandang najis
2-melihat orang dibunuh
3-melihat kemaluan
4-membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1- 1- Tidak banyak berbual kosong
2- 2-Rajin bersugi
3- 3-Bercakap dengan orangsoleh
4- 4-Bargaul dengan para ulama’
Tuesday, December 21, 2010
PESAN LUQMAN AL-HAKIM
Kata Luqman al Hakim kepada anaknya :
“wahai anakku, apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) , maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijksaanmu. Semua anngota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kahalusannya di mana hati yang bersih itu, hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah) . “
kata Luqman al Hakim lagi “
wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak banyak nya maka apabila kamu dewasa kelak (pada hari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.
Selanjutannya katanya :
“ wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah,janganlah kamu mengikuti jamuan perkhawinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuatkan kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.
Kata luqman al hakim :
“wahai anakku, aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
Luqman al Hakim berkata lagi :
“ wahai anakku, aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan”
Monday, December 13, 2010
Alunan persahabatan
Sekadar seri rasa bicara
Meniti denai kehidupan
Ku angkat panju keceriaan
Yang pasrah kita lukis
Di kanvas perjanjian
Rentetan pertemuan dulu
Mengalun sebuah persahabatan
Bertemali berterusan
Ukur prinsip yakin diri
Semangat kejituan harus dikibarkan
Berkobar didada hayat
Tiada bermusim di pksi bicara
Tanpa sendu dan kelu
Dan… persahbatan kian jitu
Berlabuh di aliran keakraban
Moga buih indah ini
Tidakkan pecah di pantai hayat
Tidakkakn karam di lautan keinsafan
Sunday, December 5, 2010
13 wasiat luqman al hakim
251) bismillahirahmanirahim..assalamualaikum semua..wasiat luqman al-hakim..sape yang xkenal dengan nama yang cukup gah..nama yang tercatat nama nya di dalam al-quran...surah luqman..surah yang diulang ulang oleh si anak kecil pada hari ini..yang selalu dibaca oleh ibu-ibu yang mengandung...namun kita tahu dan kita ade ambik tahu x apa yang terkandung dalam surah 2...ooo..jangan salah faham ye sebab entry kali ni bukan nak kupas surah luqman tapi nak mencatatkan 25 wasiat luqman al-hakim untuk "anak-anak"nya...jom baca...moga bermanfaat untuk semua
jom 1) Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISI nya ialah IMAN dan LAYAR nya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
2) Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
3) Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH.Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
4) Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
5) Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
6) Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
7) Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
8) Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
9) Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
10) Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah.Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
11) Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
12) Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
13) Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Tuesday, June 29, 2010
beza antara suka cinta dan sayang
assalamualikum
Beza antara suka, cinta & saying
Di hadapan orang yang kau cintai,
musim dingin berubah menjadi musim semi yg indah,
Di hadapan org yg kau sukai
Musim dingin tetap saje musim dingin hanya
Suasananaya lebih indah sekali
Di hdpan org yg kau cntai
Jntgmu tb2 bdebar lbh cpt
D hadapan orag yang kau sukai,
kau hnya merasa senang dan gembira saje
Apabila engkau melihat pada mata
Orang yang kau cintai,matanya berkaca2
Apabila kau melihat pada mata
Orang yang kau sukai,engkau hanya tersenyum saje
Di hadapan orang yang kau cintai
Kata2 yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam
Di hadapan orang yang kau sukai
Kata2 hanya keluar dari fikiran saje
Jika orang yang kau cintai menangis
Engkau pun akan ikut menangis di sisinya
Jika orang yang kau sukai menangis
Engkau hanya menghibur saje
Perasaan cinta itu dimulai dari mata
Sedangkan rasa suka dimulai dari telinaga
Jad ijika kau mahu berhenti menyukai seseorang
Cukup dengan menutup telinga
Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dari
Orang yang kau cintai,cinta itu berubah menjadi
Titisan air mata dan terus tinggal di hatimu
Dalam jarak waktu yang cukup lama
“tetapi selain rasa suka dan rasa cinta…
AdA PERAsAan lain yang lebihh mendalam
Iaitu rasa sayang….
rsa yang x hilang
Seperti rasa cinta yg xmudha berubah.
Perasaan yang dapat membuatmu berkorban
Untuk orang yang kamu sayang
Maffu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi
Cinta ingin dimiliki…..
tp sayang nya ingin
Melihat orang yang di sayangi bahagia..
Walaupun harus kehilangan…
::bintuawang::