Thursday, December 23, 2010

12 barisan

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris " Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri....

" Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA :

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA:

diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..

." BARISAN KETIGA:

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..

." BARISAN KEEMPAT :

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA:

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM :

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH:

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN:

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN:

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH:

Diring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS :

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS:

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam. sumber-ma'aruf club uiam

Wednesday, December 22, 2010

PETUA IMAN SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT

EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN

1-Makan daging

2-memakai haruman

3-kerap mandi

4- berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1-banyak berkelamin

2-selalu cemas

3-banyak minum air ketika makan

4-banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1-duduk menghadap kiblat

2-bercelak sebelum tidur

3-memandang yang hijau

5- berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1-memandang najis

2-melihat orang dibunuh

3-melihat kemaluan

4-membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1- 1- Tidak banyak berbual kosong

2- 2-Rajin bersugi

3- 3-Bercakap dengan orangsoleh

4- 4-Bargaul dengan para ulama’

Tuesday, December 21, 2010

PESAN LUQMAN AL-HAKIM

Kata Luqman al Hakim kepada anaknya :

“wahai anakku, apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) , maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijksaanmu. Semua anngota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kahalusannya di mana hati yang bersih itu, hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah) . “

kata Luqman al Hakim lagi “

wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak banyak nya maka apabila kamu dewasa kelak (pada hari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.

Selanjutannya katanya :

“ wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah,janganlah kamu mengikuti jamuan perkhawinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuatkan kamu berasa senang dengan kehidupan dunia.

Kata luqman al hakim :

“wahai anakku, aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”

Luqman al Hakim berkata lagi :

“ wahai anakku, aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan”

Monday, December 20, 2010

Perempuan vs Muslimah???

Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu

Siapakah kita????renung2kanlah...

Monday, December 13, 2010

Alunan persahabatan

terpanggil untuk mencoretkan sedikit luahan hati bila entah kali ke berape bintuawang baca entry blog seorang sahabt yang menbicarakan tentang perubahan 90darjah sahabiah2 yang lain...bintuawang belum berani untuk mengatkan apa2 tentang hal itu dan hanya mampu berdoa moga Allah tak membolak balik kan hati bintuawang dan sahabat2 yang lain...



Sekadar seri rasa bicara

Meniti denai kehidupan

Ku angkat panju keceriaan

Yang pasrah kita lukis

Di kanvas perjanjian

Rentetan pertemuan dulu

Mengalun sebuah persahabatan

Bertemali berterusan

Ukur prinsip yakin diri

Semangat kejituan harus dikibarkan

Berkobar didada hayat

Tiada bermusim di pksi bicara

Tanpa sendu dan kelu

Dan… persahbatan kian jitu

Berlabuh di aliran keakraban

Moga buih indah ini

Tidakkan pecah di pantai hayat

Tidakkakn karam di lautan keinsafan