Sunday, July 4, 2010

tanda-tanda anda disihir.

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum
selawat dan salam ke atas nabi besar junungan Nabi Muhammad saw..

emm tajuk best nie..
sebenarnya dah lama nak share crta pasal sihir nie..tpi selalu je lupa nak post..

dan akhirnya jumaat ade tengok semanis kurma..ulangan punya..tjuk sihir pemisih..tpi nie untuk yang dah kahwin punya la..tpi apa salahnye kita ambik sedikit maklumat kongsi2 kan..
dan tetamu jemputan masa 2..ust syarhan..mesti ramaikan yang kenal dia..dia ni pengasas attobibi......(lupa r nme pnuhnye)..dia ade tuis buku..wat cd..bgus buku dia..cri la kat kedai..xrugi r..dan sorang lagi fiza elite

ok nie maklumt yang saye dapat dari semanis kurma..kalu ade yang slah hara ditegur ye..

*sihir ni bermula sejak dari dulu lagi..pada zaman Nabi Musa alaihisalam lagi
*Nabi Muhammad sendiri pernah disihir oleh seorang yahudi yang bernama Labi' b Ansor

tanda-tanda disihir
1) ketika tidur (dalam mimpi)
*mimpi jatuh dari tempat tinggi
*mimpi dibelit ular/dipatuk ular-nie tandanya sihir itu telah meresap masuk dalam badan kita
(tpi org dlu2 kate bila mimpi dipatuk ular ade orang nak masuk meminang kan..salah tu..disihir itu bla dipatuk ular

2)ketika sedar
*perasaan sayang tetiba jadi benci
*enggan minta maaf walaupun dia tahu yang dia bersalah
*benda kecik diperbesarkan contohnya: suami bawa balik ikan suruh goreng tpi kta gulaikan ikan 2..so hbs perang besar:

kalu nak tahu.jin akan benci kat kita bila saat akad nikah itu dilafazkan dan jadi 1 bonus kepada jin2 tersebut bila ade orang yang nak gunakan khidmat "pawang" 'bomoh" untuk pisahkan suami isteri tersebut...

dan mengikut ust syarhan jin nie sebenrnya ade kabinet2 dia..mcm kabinet malaysia juga r..dn jin nie dapat bonus besar bila suami isteri ni bercerai..

apa mksud disebalik pengunaan limau dalam perubatan islam?
ha sebenarnya limau 2 ibarat pisau yang tjam buat jin2 tersebut..sbb 2 dia akan rasa sakit bila kita gunakan limau...

dan sebenarnya hukum menjadi tukang sihir ini adalah haram dan tukang sihir ini boleh dihukum pancung berdasarkan ayat surah jin ayat 6
maksudnya:
"dan sesungguhnya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki2 dari jin,tpi jin2 itu menjadikan mereka sesat"

tips melindungi dari gangguan jin
* baca ayat kursi (baqarah 255_tiap 2 lepas solat 5 waktu
*baca 3 qul sebelum tidur
*baca dua ayat terakhir dari surah albaqarah dan jadikan ayat itu zikir dan baca setiap kali nak masuk maghrib
*selalu baca taa'wuz
*surah Al-qasas ayat 21

yang nie saya ambil dri sebuah buku :

Factor-faktor gangguan
=antara punca dari jin :-jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat dengan manusia
-jin yang ingin menzalimi manusia
-dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah malah ada yang bercita-cita menjadi manusia
-balas dendam

=antara punca dari manusia -kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil,magkuk tandas dan mengganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.sikap manusia yang takbur dan mencabar. Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk :spt- terlalu marah, terlalu takut, nafsu syahwat yang tinngi, manusia yang lalai dan jahil

Tanda-tanda gangguan

Gejala ketika tidur
 Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah
 Mudah terjaga dari tidur dalam keadaan takut
 Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak terdaya
 Mimpi buruk yang menakutkan
 Mimpi melihatkan binatang seperti kucing, anjing, unta, ular ,serigala ,singa. Tikus, dan sebagainya. Ada kemungkinan sihir telah meresao ke dalam dirinya
 Ketawa, menangis, dan menjerit-jerit ketika tidur
 Bunyi gigi bergetar/ berlaga ketika tidur
 Mimpi jatuh dari tempat tinngi
 Bediri dan berjalan ketika tidur
 Bermimpi berada di tempat yang sunyi
 Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan
 Mimpi melihat makhluk halus
 Mimpi melihat salib dan gereja
 Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka
 Mimpi melihat budak kecil.berjaga-jaga kalau mimpi menyusui budak kecil dan kia merasakan terlalu saying kepadanya
 Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau cukur, paku, miang buluh dan sebagainya 9tanda santau )
Gejala ketika jaga
 Sering lalai daripada mengigati Allah swt
 Hilang ingatan (gila)
 Lesu dan malas
 Rasa sakit pada sebahagian anggota badan
 Sakit di bahagian belakang badan terutama tulang belakang
 Lenguh sendi-sendi
 Melihat sesuatu yang pelik
 Ketumbuhan yang sukar diubati
 Terasa seolaha-olah memijak telur atau batu dibahgian tapak kaki
 Mudah panic bila berhadapan dengan masalah
 Jiwa lemah dan mudah mengalah
 Selalu mengantuk
 Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
 Mudah marah dan panas baran
Jenis-jenis gangguan
 Gangguan sepenuhnya iaitu gangguan di seluruh tubuh badan seperti menhgalami masalah ganguan saraf tersumbat dan seumpamanya
 Gangguan sebahagian anggota
 Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di bahagian badannyan dalam jangka yang agak lama
 Gangguan sejenak tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk

Melindungi diri daripada gangguan jin

Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh nabi saw
Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan
Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap
Jangan menyakiti bnatang seperti anjing dan kucing
Jangan tidur bersendirian,jka terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur
Jangan membuang air kecil terutama di dalammlubang dan jangan mencurahkan air panas ke mana-mana lubang atau takungan air
Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang wenagnya.

ha satu lagi tips..kalu nak tahu air yang kita minum 2 dah disihir atau pun x...mcm nie crenya

ok kalu kita minum air sejuk..air yang dibawah 2 akan panas
dan jika kita minim air panas..air yang dibawah itu akan sejuk..

dan sentiasalah beringant..pegang bawah cawan dulu sebelum minum air tersebut..

wasalam
.::bintuawang::.

3 comments:

zahidah dihaz said...

thanx for sharing the info..

Anonymous said...

syukran atas perkongsian (:

bintuawang said...

my pleasure.please come again