Monday, January 24, 2011

untuk kak uda

untuk kak uda..walau masih menunggu hari...
wish awal supaya saya orang pertama yang mengucapkannya...

assalamualaikum semua..
untuk kak uda..
kenapa kak uda..
sebab kak uda dah nak kawin bulan 3 nie...
saya pun dah dapat jemputan dari suami dia...
oppps bakal suami dia..
kat fb...

siapa kak uda nie?
sape2 yang dah kenal kak uda..xpayah la baca yang part nie...

kak uda adalah pelajar irk (quran and sunnah) iium..
saya kenal dia masa kat matrik lagi..
kat cfs..
1 bilik dengan dia..
kat e.3.7 dulu..
dia budak dq..
ust razak bagi gelaran kat dia..
"ustz kalut"
sebab ust razak cakap dia nie kalut je memanjang dalam kelas..

untuk kak uda..tahniah..mabruk...barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair...

semoga bahagia dunia dan akhirat...

emmm sapa plak bakal suami kak uda nie..
kalu xsilap budak dq gak..
engeniering iium
insyaAllah soleh2..

bila sebut pasal soleh nie..
apa yang perlu ada pada seorang lelaki yang melayakkan dia digelar soleh?
jom baca nie...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.



6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

No comments: