Saturday, November 20, 2010

BUATMU IBU YANG TERCINTA


bismillahirahmanirahim

assalamualaikum semua..

hari ini ada orang selongkar laptop bintuawang...dia tanya kenapa xada gamba mak awak pun dalam ni? xsayang kat mak awak ke?kat blog asyik cerita pasal arwah ayah awak je...

emmm-jawapannya sebab mak bintuawang memeng tak suka bergambar la dik oiii..

hatta raya pun susah nak ajak bergambar..

maka bintuawang pun bertanya kembali kepada insan yang bertanya bintuawang 2...

cinta dan sayang kita pada seorang tu perlu ke kita tunjukkan?

bintuawang kurang faham la...

pada bintuawang..

sayang kita pada mak kita bukan terletak pada banyaknya gmbar mak ayah kita dalam laptop kita..

betul x?

dia=emm sekurang-kurangnya bila teringat kat mak boleh tengok gambar mak kan?

bintuawang= paada bintuawang semuanya x..sebab mak bintuawang ada kat ahti bintuawang..bukan kat dalam gambar...

dia= emm kami selalu cerita kat kawan2 pasal mak kami..tapi bintuawang xpun..kalu cerita pun..cerita sikit2 je..

bintuawang+bintuawang bukan xnak cerita..tapi pada bintuawang,mak bintuawang nie terlalu istimewa orangnya..xdapat nak diluahkan dengan kata-kata la...

************************************************************

mak bintuawang tak macam mak orang lain k..speciall...

ibu..

ketika aku melangkah kaki

meninggalkan halaman

meninggalkan keluarga tercinta

menuji suatu destinasi asing

ibu

kan ku genggam segala pesanan

setelah kejayaan menjadi milikku

ibu akan ku jadikan ratu

walaupun tidak mengharapkan

semua itu dari aku

ibu

sebelum melangkah

aku akan mengigati

segala pesananmu…

harapanmu……

agar kepulanganku

akan menjdi kebanggaanmu

ibu

nantilah kepulanganku

dengan kesabaran walaupun

bersama persoalan yang belum pasti

akan ku buktikan kejayaan

milikku….

Sunday, November 14, 2010

cita-cita terpendam



bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...
sejuk hati mendengar lagu "haji menuju Allah " dendangan kumpulan raihan nie..

"laibakallah hummalabaik..laibaikallah sarikakalabaik..anna hamda wanikmata..lataralmuk..la sarikalak..(2x)
pergi haji ertinya menuju Allah yg esa..
membawa hati diri yg hina
memberi hadiah kepada Allah..
berhati2lah menghadapnya.."

sekarngkan musim haji..mesti ramai yg teringin nak gi ke sana kan..dan semestinya sapa yang dapat pergi tu rase teringin nak pergi lagi..

tetibe teringat zaman kecik2 dulu...kecik ke (masa sek men kot)
masa duk di pangkin rumah bersama kaum keluarga..
(my mum..my sis.anak2 sedare yang sebaya...)
~gambar tiada kaitan dengan tajuk~

masa 2 cerita pasal duit simpanan..

my mum ask...
duit simpan byk2 nak buat apa?
sorang2 cucu2 dan anak2 mak bintuawang jawab
ada yang nak masuk u..
ade yg nak beli kereta..
ada yang nak beli laptop..
ade yang nak beli rumah..
bila sampai part saya..
apa bintuawang jawab..
"orang nak g mekah..wat haji"

apa lagi semuanya tercengan la..
dan semestinya ada yang cakap..
"macam ni la budak asuhan sek agama"
-mungkin juga nada memerli-
dan dengan bangga juga bintuawang cakap hari 2..
jangan dicabar..
bintuawang pantang dicabar..

masa 2..semua orang menyanyi la lagu raihan nie..dan lagi satu lagu
"panggilan haji telah tiba lagi..
menunaikan ibadat.....(sambung sendiri)
tanah suci mekkah.....(sambung sendiri)"

p/s-keluarga bintuawang bukan berasal dari keluarga yang ditarbiyah dari agama islam..sebab tu la jadi kejadian tersebut-tapi bintuawang xkisah pun...

dan sejak hari 2 la tekad dan matlamat tujuan hidup bintuawang..ceh2..

bila dah ada masuk tingkatan 3 cepat2 bintuawang minta pada kakak bintuawang suruh tukar nama pada akaun tabung haji bintuawang
sebab?
senang nak check duit keluar masuk
dan 1 lagi...masa tu ustzh bintuawang minta num akaun tabung haji nak isi borang apa ntah...
so dengan sepenuh kepercayaan kakak bintuawang tukar la nama bintuawang..-happy-

masuk cfs...permintaan duit terhadap bintuawang sangat tinggi masa 2..so bintuawang xsempat nak menyimpan masa cfs..
ooo lupa masa sek..bintuawang simpan duit kat tabung haji selepas ditolak duit belanja yang bintuawang dapat dari mak bintuawang..so xade la banyak sangat..

satu malam 2 bintuawang terfikirkan..macam mana nak cukupkan duit bintuawang nie..emm
korang tau pkul 3 pagi.saat roomates bintuawang tengan study dan mungkin juga ada yang dilamun mimpi-welcome to my fabalous purple in gallery la 2- ...tangan ligat mencatat sesuatu pada memo pad..

mencatat jumlah kegunaan duit dalam bulanan...
dan selepas hampir setengah jam berkira-kira...
bintuawang dapatlah rumus nie..

elaun ptptn= lebih kurang rm50 genap rm2000
belanja sebulan=rm300 x 4bulan (1sem )= 1200
baki= 700 (save untuk short sem)
p/s=short sem xdpt elaun

belanja sebulan = rm 300
belanja makan-rm5 x 30= rm 150
top up rm10x 2= rm20
baki =rm 130
ditolak dengan perbelanjaan lain termasuk barang2 keprluan lain seperti milo (harus untuk minum pagi bintuawang,nescafe (bila nak stay up malam,sabun,ubat gigi dll..opps termasuk bedak-kihkihkih-) rm 80

so balance lagi rm 50

jadi selepas bintuawang tanya kawan bintuawang tentang cost pergi umrah dia cakap dalam rm 4000..ok 2 umrah..so bintuawang xdapat nak anggar jumlah keseluruhan g haji..dan bintuawang terpaksa tukar budget kepada umrah..
ok kos g umrah rm4000
kalu sebulan bintuawang simpan rm 50
bintuawang memerlukan 80 bulan untuk mencukupkan rm 4000..

80 bulan bersamaan 6 tahun lebih..
so bintuawang perlu cari inesiatif lain untuk cukupkn 4 ribu dalam masa 4 tahun bintuawang belajar kat sini..

***ting..ting...ting***
idea datang

ok..duit raya..lalala
walaupun bintuawang dah besar panjang bintuawang tetap dapat duit raya dari kakak2 dan abg2 k..
ok anggaran setiap tahun:

kak ini=xdapat-hihihi
kak ti & suami=rm50-rm100
abg halim & isteri =rm50-rm100
kak yah & suami =rm50-rm100
kak ni & suami-kadang2 dapat kadang x =rm 20
kak no =rm 10
kak zah =dia x bagi duit tapi selalu hantar makanan,buah dll kat uia...
abg gg= rm 100-memang xpernah lebih dan kurang-yang ni kena mintak baru bagi..tapi kalu dia dah kahwin nanti mesti berkurangan
kak nurul & suami=rm 20
p/s-bukan setiap tahun semua orang bagi k...dan jumlah adalah tidak konsisten...

so bintuawang budget dalam 3 ratus je setahun bintuawang dapat duit raya dalam setahun
4tahun maknanya dalam 1200
so untuk cukup 4 ribu bintuawang perlu dapatkan rm2800 lagi..
rm2800 dibahagi dengan rm 50 = 56
that mean=56 bulan diperlukan..
bermakna 5 tahun
so nak kurangkan setahun 2 bintuawang perlu cari inisiatif lain...
kalau sape2 ada cadangan untuk daptkan wang dengan cara halal boleh tinggalkan komen di sini atau emelkan je kat bintuawang..kat sebelah 2 bintiawang ada bagi emel...

nampaknya budjet bintuawang xberjaya nak cukupkan 4ribu dalam masa 4 tahun la...
ok la bintuawang perlu mnghabiskan coretan cita2 bintuawang ni kat sini dulu
-cerita tergantung-
sebab esok bintuawang ada paper quranic prophetic text-subjk susah- sebab ada je kawan bintuawang yang target lulus je paper ni-tapi x pada bintuawang sebab bintuawang belm habis berusaha dan bintuawang akan buat yang terbaik and the rest biar Allah yang tentukan...
ok..ok...ok..
jumpa lagi dalam coretan bintuawang yang dah makin xbetul dengan buku2 yang bertimbun nie..
buat yang terakhir selamat menyambut hari raya aidiladha semua...
-ada lagi-
kenangkanlah kembali pengorbanan nabi ibrahim dengan nabi ismail dalam melaksanakan perintah Allah...sanggupkah kita melakukannya jua andai perintah itu diturunkan kepada kita..
~tepuk dada tanya iman~
ya muqallibal qulub..thabit qulubana ala to'atik..
jap..smbung sikit lagi...
apa motif bintuawang post tajuk nie?
1-nak mintak simpati kot2 ada orang nak sponsor bintuawang ke
2-sebab xada orang pun tahu cita-cita tersembunyi bintuawang
3-nak kongsi formula simpan duit bintuawang yang xbape nak menjadi 2..
oooo..sape2 nak copy paste formula 2 boleh la ye...:-0

opsss tibe2 terpikir..boleh ke kita pergi haji @ umrah dengan keadaan kita masa 2 ada hutang lagi?
=hutang ptptn=

.::bintuawang::.

Friday, November 12, 2010

8 LANGKAH ATASI SUKAR TIDUR

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum

hahaha..tips ni ditujukan khas buat ku kasmawati..diyana..dan dayah

yang susah untuk tidur

selepas minum nescafe semata2 nak study...

1. * Mandi air panas

2. *Tidur tetap pada waktu yang sama

3. *Minum susu panas sebelum tidur

4. *Cubalah membaca novel/kitab dan berzikir

5. *Menulis tugas2 yang perlu dilaksanakan esok hari

6. *Hindari makan sbelum tidur

7. *Tidur di ruangan gelap dan tenang

8. *System udara dan hiasan ruang tidur yang teratur

Thursday, November 11, 2010

7 KALIMAT UNTUK DIAMALKAN

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

bismillahirahmanirahim

Sama ada sedar atau sengaja tidak mahu mengamalkannya ,sebenarnya dalam kehidupan seharian kita,kita boleh meraih pahala dari Allah swt. Dengan mudah.

Contohnya dengan menghafal dan mengamalkna tujuh kalimah di bawah.Jadikan ia sebagai amalan seharian kamu.semoga akan endapat lebih keberkatan daripada Allah swt

I. Mengucap bismillah setiap kali hendak melakukan ssuatu

II. Mebgucap alhamdulilah setiap kali selesai melakukan ssuatu

III. Mengucap astagfirullah jika lidah kita terselit perkataan yang tidah ptut.

IV. Mengucap insyaAllah,jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

V. Mengucap la haula wala quwata illa billah jika menghadapi sesuatu yg tidak disukai dan tidak diingini

VI. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi raji’un jika menghadpi dan menerima musibah

VII. Mengucap la ilaha illa allah muhammadun rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari tarsir hanafi

#### MUDAH-MUDAHAN INGAT, WALAU LAMBAT-LAMBAT MUDAH-MUDAHAN SELALU, WALAU SAMBIL LALU MUDAH MUDAHAN JADI BISA,KERANA SUDAH TERBIASA…

Wednesday, November 10, 2010

saya rindu ayah saya

bismillahirahmanirahim

assalamualaikum semua





haru nya hati

hari ni sehari xdpt study
exam xhbs lagi..
dah 2 minggu dah..asyik ingat kat arwah ayah je..
normal la kan
tapi rindusaya ni rindu yang terubat
dan xkan terubat
kadang2 rindu itu membuatkan saya egelisahan
ketiidaktentuan
dan yang paling teruk
tiada arah tuju
macam orang tak betul

kondisi bilik

ditambah pulak dng keadaan bilik..lagi haru aku
tyme2 exam nie..semua orang study sambil dgr lagu
dan part paling aku xsuka bila aku dengar lagu ayah kat dalam bilik 2
kalu aku duk bilik 2 (compartment org lain)
tbe2 dia pasang lagu 2
mesti aku blah( 2 kalu dah xtahan sangat la)
kalu blh tahan aku mmpu duk lagi situ..

apa yang mmpu buat aku mmpu bertahan dan terus bertahan..
yang hairan aku tidak rindukan plak mak aku tapi my mum tetap di hati..

hari2 yang akan dilalui dengan merindui seorang lelaki yang menghadirkan aku i dunia nie..
aku rindu ayah aku
aku sayang ayah aku
aku nak peluk ayah aku..
aku...aku..aku sayanggggg ayah aku..
lagi satu yang wat aku terkenang2an ayah aku bila
depe2 semua nie sibuk cerita pasah ayah masing2
ku ema seorang nelayan yang melayan kerenah anak perempuan tunggalnya
dayah dengan ayahnya...
diana dengan ceritanya
su dengan bapaknya yang sungguh baik hati

that why i really2 miss my father...
korang semua..
aku rindu
aku rindu dan aku rindu..

dalam orang lain semua dah tidur..
aku masih menatap laptop..
mencari idea untuk aku luahkan isi hati...kasih sayang seorang ayah..biarpun hanya 9 tahun aku merasakan semua itu..tapi aku tahuengkaulah ayah terbaik di dunia ni

KASIH SAYANG SEORANG AYAH

Kau adalah tempat kami bernaung berlindung teduh

Amat besar pengorbana yang telah engkau cursahkkan

Sedikitpun tidak pernah kau mengadu keluh

Indah kasih saying yang kau anugerahkan sangat membahagiakan kami


Harmoni dalam keluarg ini hadir lahir daripadamu ayah

Setiap hari setiap detik setiap saat kau memerah keringan

Anak-anak dan isteri perlu disuap walau sekadar satu sapan setiap keppala

Yan adakalanya perutmu sendiri ayanh, tidak berisi…

Apa yang kau jawab bil kami mengajakmenjamu selera bersamamu

“ nah makanlah dulu, ayah dah kenyang…”

Gugr luluh jantung hatiku mengenangkan semua ini, ayah..


Seorang auah sudah lali dengan keperitan dunia,

Enaknya paha ayam goring tetap dirasa tidak sama dengan seekor ikan masin

Dibahagi sepuluh

Orang lain mengimpikan kehiduan yang senang tapi…

Rahsia disanubarimu jauh berbeza daripada mereka

Anakanak paling utama diberi ilmu dengan secukupnya sempurna

Nanti bila sudah dewasa tidak perlu hidup berlinang air mata duka

Gugusan kesucian hatimu membanggakan kami anak-anakmu..


Ayah, terima kasih kami ucapkan

Yakinlah kami kini bahawa sesungguhnya memang benar

Ayah sangat menyayangi diri kami

Hidup mati hidup semula hanya dikaulah seorang ayah

Ayah kesayangan

Ayah kebanggaan kami

really2 miss u my father..

jangan sia-siakn pengorabanan ayah anda..


7 golongan yang mendapat naungan di akhirat

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum semua..
apa khabar iman kita hari ni?
sihatkah?
sakitkah?
(intro biasa)
bosan..:-(

7 golongan yang mendapat naungan di hari kiamat

Rasulullah bersabda yang bermaksud,:
“sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
* pemerintah yang adil,
*pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
*orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
*dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah,
*orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “aku takut kepada Allah!”,
*orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
dan
*orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain,
lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

(riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Justeru,dalam golongan manakah kita????
.::bintuawang::.

Tuesday, November 9, 2010

Apa Artinya Aku Menuntut Ilmu

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum

wah2 tajuk..
apa ertinya aku menuntut ilmu..
ala2 tajuk apa ertinya aku islam?
tapi ni copy paste je tau..lupa dah sumber dari mana tapi rasanya iluv islam..

selamat membaca dan beramal

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi, Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba, Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa, Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat, Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita, Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga, Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja, Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri, Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah, Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah, Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah, Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah, Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya, Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya, "Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?" "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui" (QS 39 : 9) Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya, Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak, Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat, Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical, Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja, Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian, kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama, diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya, Tidakkah dirimu nampak kurang matang, kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu, tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya, mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan, orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai, bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui, Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam, "Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah." khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali" Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh, Satu persoalan yang sering bermain di fikiran, Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya, InsyaAllah inilah jawapannya. Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya, Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya, maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat. Jika sebaliknya maka berhati-hatilah. Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga, Pengikhlasan niat hanya pada-Nya, Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari, semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla, "Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (QS 6 : 162) dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut, jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai, Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua, “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” Jangan kita berfikiran sempit, mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai, tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi, seperti sains dan astronomi, tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi, ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki, menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi, kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

Friday, November 5, 2010

aku ditunangkan

bismillahirahma nirahim

assalamualaikum...

ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantia
n.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


Siapakah pemberi itu? Apakah tandanya?

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Liang lahad bersedia menjemput...

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

(^_^)Terima kasih Sarah atas perkongsian yang sangat menyentuh jiwa & menyedarkan diri ini tatkala terleka dengan nikmat dunia & kalah dgn ujian dariNYA~


Buku yang dicari bagi mempersiapkan diri untuk dikhitbah

Semoga semua pembaca dapat mengambil iktibar daripada kisah ini...
Sudahkah kita bersedia untuk
BERKHITBAH DENGAN KEMATIAN???



liang lahad yang menanti

malam pertama di alam kubur
*dipetik daripada

Monday, November 1, 2010

AMALKAN 12M UNTUK BERHENTI MEROKOK

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM..


o Melengah-lengahkan kemahuan untuk merokok

o Minum lebih banyak air

o Menarik nafas panjang

o Menbuat sesuatu/ menyibukkan diri dengan kerja tangan

o Menjauhkan diri dari kawan/ orang yang merokok\

o Mengelakkan diri dari situasi yang mendorong utuk merokok

o Memohon doa dari Tuhan

o Mengunyah sesuatu

o Membasuh tangan

o Mendi dengan kerap

o Melakukan senaman ringan

o meditasi